PermohonanInformasi

TERKINI: Bantuan PKP 3.0 Atau Bantuan PEMERKASA Tambahan

Senarai Bantuan Terkini Kerajaan

Susulan peningkatan kes COVID19 yang mendadak di negara Malaysia, pada 28 Mei 2021, Perdana Menteri telah mengumumkan untuk melaksanakan Pentutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau Total Lockdown Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Dalam tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan Majlis Keselamatan Negara

Baca Juga: SOP PKP Total Lockdown Mulai 1 Jun 2021

Menurut kenyataan media tersebut juga, berikutan keputusan kerajaan untuk melaksanakan total lockdown, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat serta sektor ekonomi yang terkesan. Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa yang terdekat

TERKINI: 

 

Bantuan PKP 3.0: Bantuan Pemerkasa Tambahan

Berikut akan disediakan senarai Bantuan PKP 3.0 atau Bantuan Pemerkasa Tambahan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi Total Lockdown mulai 1 Jun 2021 nanti:


TERKINI: Bantuan PKP 3.0 :

📌 BPR ditambah baik:

Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
Tambahan RM100 : Bujang

Akan dibayar hujung bulan Jun nanti

Panduan lanjut: https://www.mysumber.com/bpr-bantuan-prihatin-rakyat.html

📌 Bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro danPKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan

Panduan Lanjut: https://www.mysumber.com/moratorium-bank.html

📌 Kadar GKP akan ditambah menjadi RM1500

Dibayar Jun 2021: RM1,000
Dibayar Julai 2021: RM500

Panduan Lanjut: https://www.mysumber.com/geran-khas-prihatin-gkp.html

📌 Bantuan Khas RM500 one off kepada pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, e-hailing, pemandu pelancong

Infografik dan senarai penuh bantuan rujuk di sini: 

Boleh sertai telegram Mysumber untuk update terkini: https://t.me/mysumber

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button