Permohonan

Cara Renew Passport Online. Tak Perlu Beratur & Tunggu Lama Di Kaunter. Mudahnya!

Cara Permohonan Pembaharuan Passport Malaysia Secara Atas Talian

Masih ramai lagi tak tahu tentang cara renew passport online. Bila pasport mati atau tamat tempoh, kita memang perlu perbaharui. Dahulunya semua memang perlu buat di kaunter pejabat cawangan imigresen berdekatan, tapi kini boleh buat secara atas talian sahaja. Jimat masa dan jimat duit juga untuk kita tunggu dan beratur lama di kaunter kan. Ye lah, bukan kita seorang je yang nak renew passport ni, ada berjuta lagi rakyat Malaysia yang mungkin nak buat pasport juga.

Kadar tempoh bagi sesebuah Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) adalah selama lima tahun. Jadi korang boleh check pasport masing-masing sama ada masih valid ataupun dah tamat tempoh. Lepastu kalau nak pergi ke luar negara tu, korang kena pastikan tempoh sah laku pasport tu melebihi 6 bulan dari tarikh nak balik. Baru lah boleh terbang dan pulang dengan aman. Tak sempat nak beratur panjang pun jangan risau boleh buat online je sekarang.

Cara Renew Passport Online (Pasport Malaysia Antarabangsa)

TERKINI: Ambil Nombor Giliran di Imigresen Guna Aplikasi QMS

Untuk perbaharui pasport secara online, Jabatan Imigrisen Malaysia telah memperkenalkan sistem MyOnline Passport. Cara renew pasport menggunakan sistem ini adalah seperti berikut:

1. Layari Portal MyOnline Pasport

2. Klik Setuju

3. Isikan maklumat yang diperlukan, pilih pejabat pungutan dan klik Carian

4. Sila baca Peringatan dan klik Setuju

5. Sila pastikan gambar pasport sesuai dan klik Setuju

6. Muatnaik gambar dan klik kotak persetujuan pengakuan dan Teruskan Kepada Bayaran

7. Buat bayaran melalui sama ada FPX, kad debit, atau kad kredit

8. Simpan resit bayaran dan transaksi. Cawangan kutipan, tarikh dan masa kutipan akan ditunjukkan dalam slip resit.

9. Hadir ke cawangan kutipan pada masa yang ditetapkan. Pastikan bawa bersama resit, kad pengenalan dan pasport asal. Untuk pemohon bawah 18 tahun, sila bawa kad pengenalan penjaga dan surat beranak.

 

Semakan Status Permohonan Pasport Online

Untuk menyemak status permohonan pasport online boleh ikuti langkah berikut:

1. Layari MyOnline Pasport: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?pertanyaanStatusPMA

2. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Carian

3. Status permohonan akan dipaparkan

 

Waktu Pengambilan Passport Renew Online

Untuk pengambilan pasport bagi permohonan pembaharuan atas talian adalah seperti berikut:

  • Rujuk tarikh dan masa di cetakan slip resit
  • 1 Jam selepas bayaran pada hari bekerja (8 pagi – 4 petang)
  • Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama
  • Permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya

 

Info Penting

  • Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas tiga (3) bulan daripada tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan. Permohonan baharu mengikut proses biasa beserta bayaran hendaklah dikemukakan.
  • Passport hilang atau rosak tidak dibenarkan permohonan secara atas talian.

 

Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter

Bagi permohonan penggantian pasport, buku pasport baru akan dikeluarkan

  • Baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat:
    i. Bukan kes hilang atau rosak; dan
    ii. Bukan kes dalam siasatan
  • Dokumen yang diperlukan sama seperti permohonan kali pertama
  • Pemohon perlu membawa Pasport Malaysia terakhir yang digunakan

Sumber Gambar Siraplimau

Pasport Hilang / Pasport Rosak

Untuk permohonan gantian pasport yang hilang / rosak, ianya boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:

  • Laporan Polis (kes hilang)
  • MyKad / MyKid Pemohon
  • Sijil lahir dan MyKad ibu/bapa (pemohon bawah 18 tahun)
  • Jika tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) pemohon diperlukan.
  • Borang Soal Selidik (IM42c)
  • Salinan PMA terdahulu (jika ada)
  • Sijil nikah atau Surat Cerai (pemohon bawah 18 tahun jika telah bercerai)
  • Surat pengesahan majikan yang bertugas luar negara ( jika berkaitan)
  • Sijil Perakuan Cemas dan laporan dari pintu masuk (jika berkaitan)
  • Sijil dari Bomba bagi kes kebakaran
  • Surat dari Majlis Berkuasa Tempatan bagi kes bencana alam

Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah hilang / rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima

Kehilangan Pasport di luar negara hendaklah dilaporkan segera di pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat bagi mendapatkan gantian

 

Permohonan Passport Kali pertama

Untuk yang memohon pasport buat kali pertama, pemohon hendaklah:

  • Hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
  • Permohonan di kaunter bagi Pejabat Imigresen di Malaysia atau di Pejabat Atase di Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta TIDAK PERLU membawa gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
  • Kanak-kanak di bawah 4 tahun digalakkan membawa bersama gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan berikut:

Jangan lupa beli passport cover yang bagus macam yang di bawah ini. Beg luggage pun pastikan beli yang ringan dan berkualiti agar dapat berjalan ke luar negara dengan senang hati. Boleh beli online je lagi murah seperti ini:

Pas Sempadan 

Berikut adalah info lanjut mengenai Pas Sempadan / Border Pass

Video Panduan

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button