RumahPermohonan

Cara Beli Rumah Guna Duit KWSP, Tak Perlu Tunggu Umur 50 Tahun. Bina Rumah Pun Boleh!

Panduan Membeli Atau Membina Rumah Menggunakan Akaun 2 KWSP

Memiliki rumah mestilah satu impian buat semua orang tapi ramai tak tahu sebenarnya boleh beli rumah guna duit KWSP. Tak perlu pun tunggu sehingga umur kita capai 50 tahun, boleh dah buat pengeluaran sebahagaian simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini amat memudahkan kita terutamanya golongan B40 untuk mempunyai bantuan kewangan semasa ingin membeli rumah ataupun membina rumah.

Orang kata sekarang ni rumah kalau nak beli mahal, nak bina rumah sendiri pun lagi mahal jadi menyewa jelah sampai ke tua. Sebab itu KWSP menyediakan bantuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mampu memiliki sebuah rumah tempat berteduh hingga ke akhir hayat nanti. Kalau nak tunggu beli rumah lambat lagi takut makin mahal dan tak mampu kan.

Panduan Membeli Atau Membina Rumah Menggunakan Akaun 2 KWSP

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan pengeluaran sebahagian KWSP bagi membeli rumah dan membina rumah:

Beli Rumah

Dengan harga hartanah yang melonjak tinggi, agak mustahil untuk kebanyakan kita memiliki rumah, justeru KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Rm500 dalam Akaun 2
  • Membeli rumah kediaman*
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** atau pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Penegeluaran Perumahan / telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya / melupuskan pemilikan

Nota:
*Rumah kediaman : jenis banglo / teres / berkembar / apartmen / kondominium / apartmen studio / apartmen servis / townhouse / SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia

**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.

Kategori Pengeluaran

Terdapat 2 jenis dan kategori pengeluaran iaitu:

Pinjaman Perumahan

Pengeluaran Individu

Pengeluaran Bersama

Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah

atau

Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mana lebih rendah)

Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah

atau

Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mana lebih rendah)

 

Pembiayaan Sendiri / Tunai

Pengeluaran Individu

Pengeluaran Bersama

Harga rumah + tambahan 10%

atau

Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mana lebih rendah)

Harga rumah + tambahan 10%

atau

Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mana lebih rendah)

 

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen 
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – bagi penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
  • Buku bank/penyata akaun simpanan (untuk pengesahan)

Dokumen Tambahan Untuk Rumah Pertama Atau Kedua

Untuk rumah pertama atau kedua boleh rujuk dokumen tambahan yang diperlukan di pautan berikut:

Cara Mohon

Pemohon boleh membuat pengeluaran sebahagian KWSP untuk beli rumah melalui cara berikut:

1. Rakan Strategik e-Pengeluaran

2. Pengeluaran Manual 

3. Melalui e-Pengeluaran 

Untuk membuat permohonan online iaitu melalui e-Pengeluaran KWSP ikuti langkah berikut:

  • Log masuk ke i-Akaun KWSP 
  • Klik bahagian Pengeluaran di belah atas kanan
  • Klik Permohonan Baharu 
  • Pilih jenis pengeluaran Beli / Bina Rumah
  • Pilih Nama Institusi dan isikan tarikh perjanjian jual beli
  • Isikan maklumat yang diperlukan sehingga selesai dan hantar

 

 

Bina Rumah

Untuk membantu ahli pencarum membina rumah impian, KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Rm500 dalam Akaun 2
  • Ahli / pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut*
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** atau pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Penegeluaran Perumahan / telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya / melupuskan pemilikan
  • Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima

Nota:

*Kos membeli tanah boleh diambil kira dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perjanjian Bina Rumah

**Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjata Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.

Kategori Pengeluaran

Terdapat 2 jenis dan kategori pengeluaran iaitu:

Pinjaman Perumahan

Pengeluaran Individu

Pengeluaran Bersama

Perbezaan di antara kos pembinaan rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah

atau

Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mana lebih rendah)

Perbezaan di antara kos pembinaan rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah

atau

Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mana lebih rendah)

Pembiayaan Sendiri / Tunai

Pengeluaran Individu

Pengeluaran Bersama

Kos Pembinaan + tambahan 10%

atau

Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mana lebih rendah)

Kos Pembinaan + tambahan 10%

atau

Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mana lebih rendah)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen 
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – bagi penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Buku bank atau salinan penyata akaun bank (bagi tujuan pengesahan)
  • Perjanjian bina rumah (dengan ahli, pasangan atau nama bersama)

Dokumen Tambahan Untuk Rumah Pertama Atau Kedua

Untuk rumah pertama atau kedua boleh rujuk dokumen tambahan yang diperlukan di pautan berikut:

Cara Mohon

Pemohon boleh membuat pengeluaran sebahagian KWSP untuk beli rumah melalui cara berikut:

1. Rakan Strategik e-Pengeluaran

2. Pengeluaran Manual 

3. Melalui e-Pengeluaran 

Untuk membuat permohonan online iaitu melalui e-Pengeluaran KWSP ikuti langkah berikut:

  • Log masuk ke i-Akaun KWSP 
  • Klik bahagian Pengeluaran di belah atas kanan
  • Klik Permohonan Baharu 
  • Pilih jenis pengeluaran Beli / Bina Rumah
  • Pilih Nama Institusi dan isikan tarikh perjanjian jual beli
  • Isikan maklumat yang diperlukan sehingga selesai dan hantar

 

Maklumat lanjut pengeluaran beli / bina rumah boleh rujuk laman web rasmi KWSP di pautan:

Mudah sahaja kan nak mohon pengeluaran KWSP untuk membeli atau membina rumah. Tapi bila dah beli dan bina rumah guna pinjaman tu mestilah nak kena bayar ansuran bulanan pula kan. Ramai yang tak tahu sebenarnya boleh buat pengeluaran KWSP untuk bayar ansuran bulanan pinjaman perumahan. Nak tahu lanjut boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button