PermohonanKesihatan

Cara Claim Bantuan PERKESO Positif COVID 19 Di Tempat Kerja

Cara Mohon Skim Bencana Kerja Berkaitan COVID-19 PERKESO

Sebenarnya masih ramai yang belum tahu ada bantuan PERKESO positif Covid 19 ini. Ianya dikenali sebagai faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi kes COVID-19 yang diberi nama Skim Bencana Kerja berkaitan COVID-19 PERKESO. Jadi sesiapa yang bekerja dan mencarum dengan PERKESO atau SOCSO ini dan disahkan positif covid yang dijangkiti akibat/terbit dari aktiviti pekerjaan layak dilindungi di bawah skim ini.

Dengan kes yang semakin tinggi berikutan kehadiran varian baharu omicron di mana ianya lebih cepat merebak dan menjangkiti, akibatnya ramai di antara kita ataupun kenalan kita telah dijangkiti. Sebagai makluman, selain pekerja disahkan positif covid-19 di tempat kerja, Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.

Cara Mohon Bantuan PERKESO Jika Positif COVID-19 Di Tempat Kerja

Berdasarkan PERKESO, pencarum yang dijangkiti COVID-19 akibat/terbut dari aktiviti pekerjaan layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menawarkan faedah seperti berikut:

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Untuk pencarum yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

 

Syarat Skim Bencana Pekerjaan PERKESO COVID-19

  1. Masih lagi bekerja
  2. Masih aktif sebagai pencarum PERKESO
  3. Dijangkiti COVID-19 di tempat kerja

 

Jumlah Bayaran / Faedah

Untuk pencarum yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja, mereka layak mendapat faedah daripada PERKESO. Manakala untuk kes kematian, pencarum yang berusia kurang 60 tahun layak memnerima faedah walaupun jangkitan bukan di tempat kerja

Perkiraan pampasan jumlah bayaran yang layak diterima adalah mengikut perkiraan berikut:

  • ( 80% Purata gaji ÷ 30 hari ) x Jumlah hari dirawat / kuarantin

*Untuk kes indeks, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca jangkitan sekali gus dapat menilai kelayakan mereka bagi menerima faedah PERKESO

Cara Mohon Buat Tuntutan Claim

Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada PERKESO dengan kadar segera iaitu :

  • Mengemukakan permohonan melalui Borang 34 (Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah).
  • Permohonan yang telah lengkap perlulah dihantar ke pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai
  • Majikan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian menerusi Portal Permohonan Faedah di pautan https://faedah.perkeso.gov.my dengan log masuk menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama bagi Portal ASSIST.

Dokumen Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan;

  • Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil Cuti Sakit Asal
  • Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
  • Laporan Pengesahan Positif Covid-19
  • Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
  • Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
  • MC / surat kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM)
  • Isi Ruang Penyakit Khidmat

Nota: Permohonan mestilah dikemukakan oleh pihak majikan

Tambahan: Majikan perlu buat sedikit kronologi jangkitan di tempat kerja. (Contohnya: Siapa yang dijangkiti dahulu dan apa tindakan majikan apabila pekerja terkena jangkitan)

 

Tempoh Proses Tuntutan

Permohonan bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti wabak COVID19 semasa bertuga akan diproses secepat mungkin dan tempoh maksimum diambil PERKESO adalah selama 45 hari daripada hari kes diterima.

Ini susulan PERKESO telah menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah skim ini untuk mempercepatkan urusan bayaran kepada mereka yang terbabit.

 

Tak rumit pun kan nak mohon bantuan PERKESO sekiranya positif COVID19 di tempat kerja. Yang penting kena mohon baru lah dapat. Bekerjasama lah dengan pihak majikan korang untuk lebih memudahkan kerja. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh terus rujuk pihak PERKESO di SINI

Baca Juga : Cara Mohon Bantuan Khas NADMA COVID-19

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button