KesihatanInformasi

Risau Nak Pulang ke Kampus Semasa Kes Covid Tinggi? Ini Tips Hadir Kelas Fizikal dengan Lebih Selamat!

Panduan Selamat Pulang Ke Kampus Bagi Pelajar Universiti & Kolej

Sumber Gambar Sinar Harian

Setelah sekian lama belajar secara Online Distance Learning (ODL), akhirnya para pelajar dibenarkan masuk ke kampus untuk sesi pembelajaran. Nak masuk kembali ke kampus dan mulakan proses pembelajaran secara bersemuka semasa musim pandemik ni memang akan mengundang resah ramai pelajar. Wabak Covid-19 masih menular dan kita tak tahu siapa yang dijangkiti virus tersebut. 

Risiko untuk dijangkiti Covid-19 itu ada, lagi-lagi bila terpaksa berhadapan dengan ramai orang dalam satu ruang yang tertutup. Walaupun telah divaksin, ianya bukan bermakna kita kebal daripada dijangkiti. Namun tak bermaksud tak perlu vaksin pula, dengan mengambilnya kita dapat mengurangkan risiko untuk sakit teruk apabila dijangkiti. 

Tips Pulang ke Kolej Semasa Pandemik COVID19

Sebab itu kita kena pastikan kita yang menjaga diri sendiri, tanpa mengharapkan orang lain. Kadang-kadang, orang lain akan memandang enteng akan keseriusan wabak yang sedang tular ni. Di bawah ni, dikongsikan beberapa tips yang korang boleh amalkan, supaya proses pembelajaran di kampus akan menjadi lebih selamat, walaupun Covid-19 masih belum hilang:

Tips Umum ketika Berada di Kampus

Sumber Gambar Berita Harian

 

  • Pastikan sentiasa memakai pelitup muka di mana saja korang berada. Tak kiralah ketika berada di kelas, ataupun bilik, lagi-lagi apabila nak bercakap dengan orang lain.
  • Kalau boleh, elakkan kumpulan orang ramai. Dalam keadaan yang ramai orang ni, kadang-kadang kita tak boleh nak kawal apa yang berlaku. Nanti ada yang bersin tak pakai pelitup mukalah, yang sesuka hati menyentuh kitalah.
  • Pastikan pelitup muka dipakai dengan betul, iaitu menutupi hidung, mulut dan dagu. Lebih elok untuk amalkan double masking atau pelitup muka berganda.
  • Sentiasa amalkan penjarakan sosial 1 meter.
  • Sentiasa basuh tangan sebelum dan selepas kelas dengan sabun. Ataupun gunakan hand sanitizer.

Tips Tinggal Bersama Teman Serumah/Sebilik

  • Kalau tinggal di luar kampus, kalau mampu, cuba sewa sebilik seorang diri. Kalau tinggal di dalam kampus pula, selalunya perlu ikut peraturan kolej. Kalau boleh minta duduk di dalam bilik seorang, lebih baik korang mohon.
  • Elakkan daripada berkongsi barang dengan teman serumah/sebilik. Lagi-lagi kutleri dan pinggan mangkuk. Asingkan barang peribadi sendiri di satu ruang khas dan beritahu teman serumah/sebilik untuk tak gunakannya sesuka hati.
  • Tapi kalau perlu pinjam juga, pastikan korang dah nyahkuman semuanya selepas dah digunakan.
  • Nyahkuman juga sinki, tandas dan paip sebelum nak digunakan.
  • Kalau korang gunakan mesin basuh awam (yang digunakan oleh ramai pelajar lain), nyahkuman juga bahagian penutup dan butang-butang dengan sanitizer.

Tips Makan di Kampus

  • Basuh tangan dengan sabun sebelum makan. 
  • Jangan berkongsi makanan dan kutleri dengan orang lain. Lebih digalakkan untuk gunakan sudu atau garfu pakai buang.
  • Jaga jarak dengan orang lain sebanyak 1 meter.

Tips Hadiri Kelas

Sumber Gambar Berita Harian

  • Lapkan meja dan tempat duduk korang dengan tisu nyahkuman.
  • Duduk selang satu atau dua kerusi dengan orang lain.
  • Kalau boleh cadangkan dengan profesor untuk lakukan kelas secara online, lebih baik kalau buat demikian.
  • Sentiasa memakai pelitup muka dengan betul di dalam kelas.
  • Gunakan tangga dan elakkan daripada menggunakan lif yang sempit.

Tips Jika Jatuh Sakit Ketika di Kolej

  • Ketahui dulu apa simptom-simptom Covid-19.
  • Lakukan ujian kendiri (self-test kit) Covid-19 sekiranya mempunyai gejala.
  • Kekal di rumah atau bilik dan jangan hadiri kelas fizikal sementara nak sihat.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau lengan ketika bersin atau batuk. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cepat-cepat basuh tangan dengan sabun.
  •  

Memang tak dapat disangkal lagi yang korang akan rasa resah, takut, dan bimbang untuk hadiri kelas fizikal semasa pandemik ni. Tapi bila dah bersedia dengan lebih awal, korang akan pulang semula ke kampus dengan lebih selamat dan tak rasa stres lagi.

Satu benda lain yang boleh buatkan kita stres adalah bila laptop lembab. Nak buka Microsoft Word pun kadang-kadang ambil masa sampai seminit. Terus tak ada mood nak buat assignment kan? Jangan risau, sebenarnya ada je cara nak buat nak bagi laptop kita laju balik. Korang ikut je cara-caranya di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button