Cara MudahKewangan

Cara Transfer Duit Daripada Bank Ke Tabung Haji Melalui THiJARI. Mudah, Tanpa Caj & Cepat, Tak Perlu Tunggu

Panduan Simpan Duit Tabung Haji Melalui Pindahan Wang Daripada Bank di THiJARI

Tahu tak sekarang ini dah ada cara transfer duit daripada bank ke tabung haji melalui thijari. Jadi ianya lebih mudah dan cepat tanpa perlu tunggu, duit terus masuk ke akaun tabung haji. Menariknya lagi transaksi ini tidak akan dikenakan sebarang caj. Dah lah jimat tak perlu bayar duit minyak naik kereta pergi ke tabung haji, duit parking dan sebagainya, transaksi ini juga boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Ya betul boleh dibuat pada bila-bila masa dan juga di mana-mana sahaja selagi ada sambungan internet. Ianya juga boleh dibuat sama ada menggunakan komputer ataupun telefon pintar. Selain itu boleh dibuat terus menerusi laman sesawang THiJARI ataupun menerusi aplikasi THiJARI. Kalau belum install lagi boleh muat turun daripada pautan yang disediakan di bawah.

Baca Juga : Cara Simpan Duit Tabung Haji Dengan Potongan Gaji Setiap Bulan

Cara Transfer Duit Daripada Bank Ke Tabung Haji Melalui THiJARI

Berikut adalah cara untuk transfer duit daripada akaun bank ke tabung haji melalui THiJARI:

1. Log masuk ke THiJARI :

2. Klik Menu 

3. Klik Pindahan 

4. Klik Pindahan Bank Ke Akaun TH

5. Pilih Akaun yang ingin dimasukkan, masukkan Amaun, Rujukan dan Emel dan klik Berikutnya

6. Pilih Bank Yang Ingin Dipindahkan duit daripada akaun tersebut dan klik Teruskan

7. Paparan login perbankan internet bank tersebut akan dipaparkan. Log masuk dan sahkan transaksi dengan memasukkan kod TAC.

8. Pindahan wang berjaya dilakukan dan skrin seperti berikut akan dipaparkan

Nota: Boleh juga cetak atau save resit transaksi untuk rujukan atau rekod

Mudah sahaja kan nak transfer online daripada akaun bank kita kepada akaun tabung haji. Tak perlu susah-susah nak ke bank lepasni keluarkan duit, lepastu pergi pula tabung haji untuk simpan duit. Tak perlu juga pergi ke kaunter ambil nombor dan tunggu lama, boleh buat online sahaja. Yang penting perlu daftar dulu THiJARI pun mudah sahaja boleh rujuk di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button