AgamaCara Mudah

Cara Buka Akaun Tabung Haji & Daftar Haji Online. Tak Perlu Beratur Lama Di Kaunter!

Permohonan Pembukaan Akaun Tabung Haji Dan Daftar Haji Secara Maya

Macam mana cara buka akaun Tabung Haji? Dari zaman kita kecil lagi selalu mak ayah dah ajar simpan duit nanti boleh buat pergi haji. Paling tak pun guna duit raya yang dapat tu simpan dekat akaun tabung haji. Tapi budak kecil boleh ke buka akaun Tabung Haji (TH) ? Boleh je buka bawah nama mak atau ayah. Tapi sekarang ni macam mana nak buka akaun atau daftar haji, perlu pergi ke kaunter ke?

Boleh sahaja pergi ke kaunter tapi buat mereka yang tak ada masa sibuk bekerja tu jangan risau. Sekarang ni pendeposit TH boleh buka akaun baru secara online saja. Tak perlu lah ambil nombor dan tunggu lama di kaunter. Walau bagaimanapun, nak aktifkan akaun ini perlulah hadir ke kaunter TH berhampiran. Tapi jangan risau, keutamaan layanan dengan masa paling singkat seminit akan diberikan.

Cara Buka Akaun Tabung Haji & Daftar Haji Online

Jadi tanpa buang masa, ini cara untuk buka akaun TH online, cara daftar haji online serta maklumat lain berkaitan:

Syarat Kelayakan

Sebelum membuka akaun tabung haji. seseorang perlu lah memenuhi kelayakan berikut:

  1. Beraagama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas

Langkah Buka Akaun TH

Untuk membuka akaun tabung haji online, ianya adalah menerusi Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) melalui laman web atau aplikasi THiJARI.

1. Layari lama web atau aplikasi THiJARI:

2. Klik pada ‘Tiada akaun TH? BUKA SEKARANG!”

3. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan

  • Nama (seperti dalam MyKad)
  • Tarikh Lahir
  • No. Surat Beranak
  • No MyKad
  • Agama
  • Warganegara

4. Setelah lengkapkan semua maklumat, isikan kod pengesahan yang dipaparkan

5. Klik pada butang ‘Berikutnya’

6. Sila hadir ke mana-mana kaunter Tabung Haji yang berhampiran untuk mengaktifkan akaun dalam tempoh 30 hari (untuk buat pengesahan biometrik)

7. Nombor giliran istimewa akan diberikan dan proses pengaktifan akan selesai dalam masa seminit sahaja. Selesai!

Bila dah ada akaun tabung haji, korang boleh lah mula membuat simpanan di tabung haji. Nak buat pindahan secara online sahaja pun boleh, dah cukup RM1,300 dalam simpanan terus boleh daftar haji dah. Buat online pun boleh, rujuk langkahnya berikut:

Cara Daftar Akaun THiJARI Online

Sebelum mendaftar haji secara online, pengguna perlu daftar dahulu akaun di THiJARI online. Ini caranya:

1. Layari portal atau aplikasi THiJARI seperti pautan di atas

2. Klik butang “Daftar”

3. Masukkan butir-butir berikut:

  • No. MyKad
  • No. Akaun Tabung Haji

4. Klik butang “Berikutnya”

5. Masukkkan nombor telefon yang telah didaftarkan

6. Klik butang “Hantar”

7. Klik “Mohon TAC” dan masukkan nombor TAC yang dihantarkan ke no. telefon yang telah didaftarkan

8. Klik butang “Seterusnya”

9. Lengkapkan butrian yang diperlukan seperti berikut:

  • ID Pengguna
  • Kata Laluan
  • Sahkan Kata Laluan
  • Nama Pengguna
  • Negeri Semasa
  • Cawangan Semasa

10. Sila pilih gambar keselamatan. Semasa log masuk, gambar keselamatan tersebut akan ditunjukkan untuk pengenalpastian akaun.

11. Sila baca Terma & Syarat, dan tandakan pada kotak Terima Terma & Syarat

12. Klik butang “Hantar”

13. Jika tiada berlaku sebarang masalah, skrin Pendaftaran Berjaya akan ditunjukkan. Selesai

Cara Daftar Haji Online

Untuk buat pendaftaran haji secara online, pengguna hendaklah menggunakan portal atau aplikasi THiJARI.

1. Layari portal atau aplikasi THiJARI seperti pautan di atas

2. Klik butang “Menu” atau tiga garisan di bahagian atas kiri skrin

3. Klik “Perkhidmatab Haji”

4. Klik “Pendaftaran Haji”

5. Sebelum teruskan langkah seterusnya, pastikan pengguna melepasi syarat pendaftaran haji berikut:

  • Pendeposit Tabung Haji (Ada Akaun TH)
  • Baki minima di dalam akaun TH sebanyak RM1,300
  • Tidak pernah menunaikan

6. Klik “Setuju”

7. Klik “Tambah Pemohon”

8. Nombor akaun TH & Kad Pengenalan pemohon akan dipaparkan, klik “Tambah Pemohon”

9. Pastikan maklumat dipaparkan adalah betul dan klik “Hantar dan Siap”

10. Klik “Mohon TAC” dan isikan di ruangan disediakan

11. Klik “Sahkan Pendaftaran” dan selesai!

 

Cara Semak Baki Tabung Haji Online

Berikut adalah cara untuk semak baki akaun tabung haji serta dividen TH secara online:

1. Log Masuk ke THiJARI:

2. Klik butang menu di bahagian kiri atas skrin seperti di gambar:

3.Klik Ringkasan Akaun

4. Klik Pada Akaun Yang Ingin Dilihat

5. Klik Penyata Akaun dan klik Muat Turun PDF bulan terkini

6. Paparan penyata TH akan ditunjukkan dan baki atau dividen yang dimasukkan akan ditunjukkan di situ

Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak / Bayi Online

Berikut adalah cara untuk daftar akaun tabung haji anak secara online yang dikongsikan saudari Areefah Ahmad:

  1. Layari aplikasi THiJari atau laman web https://www.thijari.com.my/
  2. Pilih ‘Pembukaan Akaun Kanak-Kanak’ (seperti gambar di bawah)
  3. Isikan maklumat lengkap dan Hantar
  4. Setelah siap hantar, akan terima emel pengesahan
  5. Pergi ke cawangan yang dipilih, bawa dokumen berikut
    • Surat Beranak Anak & Salinan
    • MyKid Anak & Salinan
    • Mykad Pendaftar (Ibu/Bapa) & Salinan
    • Deposit Akaun Pembukaan (Minima RM10, jika RM1,310 boleh terus daftar haji)
    • (Untuk bayi yang lahir 2021 dan tak ada MyKid lagi boleh bawa surat beranak sahaja)
  6. Daftar di kaunter, dan siap! Tak sampai 5 minit masa diperlukan untuk sahkan dokumen.
  7. Selepas daftar, boleh semak status dan akaun anak dalam aplikasi THiJari seperti gambar di bawah

Tak susah pun kan nak daftar akaun baru tabung haji dan juga daftar haji secara online. Dah tahu ni boleh lah share pada yang lain agar dapat manfaatnya juga. Tak cukup duit lagi tak apa yang penting kita mula menyimpan atau menabung. Kalau nak tahu cara simpan duit atau masuk duit secara online boleh rujuk panduan di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button