Tips JimatTeknologi

Cara Semak Harga Murah Waktu Sale Beli Online Shopping (Price History)

Tips Jimat Beli Barang Online Bandingkan Harga Paling Murah

Ada ke cara semak harga murah waktu sale?Ramai dalam kalangan kita sering kali fikir ataupun dimomokkan dengan kata-kata “Beli online je sebab lagi murah terutama sekali waktu ada sale“. Tanggapan ni ada betul dan ada juga yang kurang tepat sebab tak semua barang yang dijual online terutama sekali waktu tengah promosi adalah harga yang lebih murah. Boleh jadi penjual tu naikkan harga ataupun harga yang sama saja sepanjang promosi. Jadi macam mana cara semak harga murah atau tidak waktu sale?

Sama juga seperti barang yang dijual di kedai, kalau tiba je musim perayaan yang mana permintaan tinggi, boleh jadi harga barang tersebut akan naik. Jadi akan ada segelintir penjual di platform online yang mengambil kesempatan semasa permintaan tinggi seperti promosi 7.7, 11.11, payday dan sebagainya. Jadi kita sebagai pengguna yang bijak hendaklah tahu tips jimat beli barang online dengan bandingkan harga paling murah.

Tips Jimat Beli Barang Online Bandingkan Harga: Cara Semak Harga Murah Waktu Sale Guna Aliprice Shopping Assistant

Syukur dengan teknologi maju yang kita ada sekarang, banyak rekaan yang telah dicipta dapat memudahkan urusan harian kita. Dalam kes ini, ada teknologi atau aplikasi yang telah dibangunkan untuk membandingkan harga apabila beli barang secara online.

Menerusinya kita boleh lihat sejarah harga atau price history bagi barang yang ingin dibeli. Jadi kalau tengok harga barang tersebut tiba-tiba naik harga pada waktu promosi kita bolehlah elak daripada beli dulu kerana harganya mungkin akan dijual lebih murah selepas itu. Langkah nak semak harga dan bandingkan mana paling murah adalah seperti berikut:

Muat turun Download AliPrice Shopping Assistant

Pertama sekali, muat turun atau download aplikasi atau extension di pelayar (browser) AliPrice Shopping Assistant:

Cara Guna AliPrice Shopping Assistant Untuk Bandingkan Sejarah Harga Barang

1. Setelah download, buka aplikasi online shopping yang ingin digunakan seperti Shopee atau Lazada

2. Cari barang atau item yang ingin dibeli, dan klik butang share seperti di gambar berikut:

3. Klik Copy Link dan URL barang akan disalin secara automatik

4. Buka semula aplikasi AliPrice Shopping Assistant dan pop-up window akan keluar menunjukkan salinan URL barang yang telah dipilih tadi, Klik ok

5. Paparan harga barangan akan ditunjukkan, boleh pilih untuk tempoh 3 bulan, 6 bulan atau setahun. Jadual juga akan menunjukkan harga paling murah yang pernah dijual untuk barangan tersebut. Jadi sekiranya barang tersebut pada harga promosi sememangnya paling murah, boleh lah beli. Tapi jika harga barang tersebut dalam graf pada hari korang nak beli tu paling tinggi, mungkin boleh beli kemudian.

Dah tahu kan cara semak harga murah waktu sale dan tak tertipu dengan harga promosi. Jadi lepasni boleh lah beli barang dengan harga yang murah dan jimat. Boleh share tips jimat ni pada orang lain agar semua pun berwaspada dan tidak tertipu dengan harga-harga promosi yang ditawarkan online. Kalau nak tahu tips beli barang online tanpa ditipu boleh tengok di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button