PermohonanCara Mudah

Cara Dapat Diskaun Barang Elektrik Program SAVE 4.0 RM400 Mulai 10 Disember 2023

Cara Mohon Rebat RM400 Pembelian Barangan Elektrik

Ramai masih lagi tak tahu cara tebus diskaun barang elektrik program SAVE 4.0 iaitu bantuan baucar rebat sehingga RM400. Ianya merupakan satu inisiatif bantuan pihak kerajaan yang diberikan kepada rakyat Malaysia dalam pembelian barangan elektrikal. Terdahulu kerajaan telah pun melaksanakan program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 3.0 pada tahun 2022 dengan e-rebat sebanyak RM400.

Pada tahun 2023, kerajaan masih meneruskan program SAVE 4.0 dengan memberikan e-rebat maksimum RM400. Ianya akan ditawarkan kepada isi rumah domestik yang membeli barang elektrik cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 hingga 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim adalah kementerian yang bertanggungjawab manakala SEDA Malaysia dilantik sebagai Agensi Pelaksana dengan sokongan Suruhanya Tenaga (ST).

Cara Mohon Program SAVE 4.0 e-Rebat RM400 Pembelian Barangan Elektrik

Berikut adalah cara untuk menebus rebat atau baucar bagi Program SAVE 4.0 secara Online mahupun terus ke kedai elektrik serta maklumat lain yang berkaitan.

Apa Itu Program SAVE 4.0?

Program Save 4.0 adalah program e-rebat dengan jumlah maksimum RM400 kepada isi rumah yang membeli alatan elektrik cekap tenaga yang mempunyai label kecekapan tenaga 4 ataupun 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST)

 

Tempoh Pelaksanaan

  • Mulai 10 Disember 2023

*Berdasarkan ‘First Come First Serve Basis’

 

Obkektif

Objektif utama program ini adalah untuk:

  • Meningkatkan jumlah lima (5) dan empat (4) bintang peralatan elektrik cekap tenaga serta barangan cekap tenaga di pasaran; dan
  • Menambah kesedaran orang ramai bagi menggalakkan mereka untuk membeli perlatan cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penjanaan tenaga melalui penjimatan tenaga; dan
  • Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga

Syarat Kelayakan

Untuk layak menerima baucar Save 4.0, pemohon hendaklah menepati syarat kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pengguna / Pemilik Akaun Elektrik (domestik) berdaftar di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Sdn. Bhd.
  3. Satu (1) Bil Akaun Elektrik hanya layak untuk memohon satu (1) e-rebat sahaja untuk setiap peralatan

Jumlah e-Rebat

Setiap isi rumah yang layak, akan mendapat e-Rebat sehingga:

  • RM400 (RM200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk)

Barang Yang Boleh Dibeli

e-Rebat hanya boleh digunapakai untuk membeli:

  • Peralatan elektrik cekat tenaga berlabel 4 & 5 bintang (senarai jenama dan model peralatan tersebut adalah terdapat di laman sesawang SEDA Malaysia yang akan dikongsikan di bawah)

Baca Juga : Cara Semak Barang Elektrik Cekap Tenaga

Cara Tebus

Terdapat beberapa cara untuk menebus iaitu:

i. Secara Manual

Untuk penebusan secara manual, sila rujuk kedai elektrik yang berdaftar di pautan berikut:

Setelah menjumpai kedai yang berdekatan:

  1. Bawa kad pengenalan dan bil elektrik ke kedai berkenaan.
  2. Beritahu ingin menebus baucar Program SAVE 4.0

ii. Shopee

  1. Buka aplikasi Shopee dan cari produk yang ingin dibeli yang mempunyai tag ‘SAVE 4.0’
  2. Hubungi peniaga yang akan menolong untuk memohon baucar SAVE untuk pembeli
  3. Setelah diluluskan, peniaga akan kongsikan kod baucar kepada pembeli
  4. Semasa ‘checkout’ klik pada ‘Shop Vouchers’ dan masukkan kod baucar unik untuk jimat RM400!

Info lanjut: https://shopee.com.my/m/program-save-bm

 

ii. Lazada

  1. Layari dan pilih barangan dalam laman web Lazada ini
  2. Hubungi peniaga untuk mendapatkan baucar SAVE
  3. Klik (Send Product) dan ‘I Want Save 4.0 Voucher’
  4. Isikan maklumat seperti yang diperlukan dan pautan baucar akan dikongsikan sebaik sahaja diluluskan
  5. Klik pautan baucar, checkout dan jimat RM400!

Info lanjut: https://www.lazada.com.my/program-save

 

 

 

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Special Team for the SAVE 4.0 Program
Technical Development and Facilities Division
SEDA Malaysia
03-8870 5853 / 5864 / 5869 / 5922
saveenergy@seda.gov.my
www.saveenergy.gov.my

Mudah sahaja kan nak mohon rebat pembelian barangan elektrik ni kan? Bukan sahaja dapat jimat sehingga RM400, korang dapat beli barangan yang jimat elektrik juga! Dah banyak penjimatan dapat buat untuk jangka masa pendek dan juga untuk jangka masa panjang kerana pakai alatan elektrik cekap tenaga.  Barulah jimat perbelanjaan harian rumah dan boleh buat duit lebih tu untuk kegunaan lain. Siapa nak tahu tips jimat elektrik boleh rujuk panduan di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button