TeknologiDekorasi

Daripada Anak Guna Handphone Tak Berfaedah, Baik Bagi Main Sambil Belajar Guna Aplikasi Game Pendidikan Ni!

Tips Anak Guna Handphone Untuk Perkara Bermanfaat

Musim cuti sekolah ni, korang sebagai ibu bapa kenalah rancang aktiviti-aktiviti yang menarik untuk anak-anak supaya diorang tak kebosanan di rumah. Tapi memandangkan kita belum boleh rentas negeri, dan pandemik pun masih tular, antara pilihan yang lebih selamat untuk keluarga adalah duduk di rumah saja.

14 Aplikasi Game Pendidikan Bermanfaat Buat Anak Bermain HP Sambil Belajar

Bahaya duduk di rumah saja semasa cuti sekolah adalah anak-anak akan sentiasa melekat dengan gajet masing-masing, bermain permainan online ataupun menonton video-video hiburan di YouTube.

Daripada biarkan anak bermain game yang tak berfaedah, apa kata cadangkan aplikasi game pendidikan di bawah ni, supaya bukan saja anak dapat belajar, tapi turut dapat menghiburkan diri. Barulah cuti sekolah dapat dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah! Tambahan pula, semua aplikasi game pendidikan di bawah ni dalam Bahasa Melayu dan dihasilkan oleh rakyat Malaysia!

1. Belajar Mengeja ABC, Perkataan dan Ayat

Setelah mengenali huruf, apps ni pula akan mengajar anak mengeja perkataan-perkataan mudah!

2. Belajar ABC, Nombor dan Warna

Apps ni sangat sesuai buat anak yang baru mahu belajar mengenal huruf, nombor dan warna. Dengan laman antara muka yang berwarna-warni, anak-anak mesti tak rasa bosan nak belajar.

3. Belajar ABC Fonik

  • Google Play Store: SINI
  • App Store: SINI

4. Belajar Menulis ABC, Suku Kata dan Perkataan

Kemudian, tak lengkap kalau anak tak belajar sendiri macam mana nak menulis huruf-huruf yang dipelajarinya. Diorang boleh belajar menulis dengan menggunakan jari yang dileretkan pada skrin telefon.

5. Belajar Membaca + Suara Mengajar

Apps interaktif dengan suara yang mengajar anak untuk membaca pasti sangat membantu mereka.

6. Belajar Mengira Prasekolah

Selain daripada huruf, korang juga kena biasakan anak-anak dengan nombor, memandangkan nombor memang akan diguna pakai dalam kehidupan seharian.

  • Google Play Store: SINI
  • App Store: SINI

7. Belajar Matematik, Tambah dan Tolak

  • Google Play Store: SINI
  • App Store: SINI

8. Belajar Matematik, Darab dan Bahagi

9. Belajar Huruf Jawi, Alif Ba Ta

Apabila dah kenal huruf-huruf rumi, boleh ajar anak huruf jawi pula. Dengan apps ni, anak akan kenal apa itu alif, ba dan ta!

10. Belajar Menulis Jawi, Alif Ba Ta

Kemudian, anak boleh belajar cara nak menulis huruf-huruf hijaiyyah pula melalui apps ni.

11. Belajar Mengeja Jawi, Suku Kata dan Perkataan

Dengan menggunakan ilmu huruf jawi yang dipelajari, anak akan belajar mengeja dalam jawi pula dengan apps ni.

12. Belajar Bahasa Arab, Huruf Hijaiyyah

Kalau nak lagi advanced, boleh cuba apps ni untuk ajar anak bahasa arab dan mengenali perkataan-perkataan arab yang mudah!

13. Belajar Mengira Bahasa Arab

14. Belajar Menulis Hijaiyyah

Jadi dengan adanya aplikasi game pendidikan macam ni, tak adalah cuti sekolah anak dibazirkan dengan hanya bermain game di telefon saja!

Kalau korang risau dengan jenis laman web apa yang anak layari semasa diorang bermain telefon, ikuti tips di SINI untuk memastikan anak dapat bermain telefon dengan selamat!

Sumber: Muhammad Syamil

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button