TeknologiCara Mudah

Anak Asyik Main Telefon? Ini Tips Anak Main Telefon Selamat Antaranya Kunci Aplikasi Tak Bermanfaat

Tips Anak Main Handphone Dengan Selamat

Telefon pintar boleh jadi salah satu sumber pendidikan untuk anak-anak di rumah, tapi rasanya korang pun tahu, anak-anak ni kalau dah dapat telefon, habis digodeknya semua benda jadi apa tips anak main telefon selamat? Kita tak naklah anak-anak kita jumpa video yang bukan-bukan, beli barang secara online sampai beratus ringgit di Shopee, ataupun meluangkan masa depan skrin melebihi daripada tempoh yang sepatutnya kan. 

Tips Anak Main Telefon Selamat Sebelum Serahkan Pada Anak Agar Tak Jadi 

Sebagai ibu bapa, kita mestilah pastikan apa-apa gajet yang kita serahkan pada anak adalah selamat untuk diorang gunakan. Ini bukan je berkenaan dengan keselamatan apps di dalam telefon, tapi termasuk keselamatan fizikal telefon tu sendiri. Kadang-kadang, anak ni anggap telefon kita macam mainan. Jadi diorang main campak je sana-sini. Kita yang tengok ni pun rasa macam nak nangis tak berlagu.

Sebab tu lah, sebelum nak serahkan telefon pintar pada anak, pastikan korang dah ikuti tips anak main telefon selamat di bawah ni:

Beli Casing yang Tahan Lasak

Sumber Gambar MNML

Belanjakan sedikit duit untuk beli casing yang tebal dan tahan lasak supaya dapat memastikan telefon korang masih elok walaupun terjatuh. Kalau boleh, cari casing yang kalis air, kalau-kalau susu yang nak sedang minum masa main telefon tertumpah. Dan pastikan juga casing tersebut meliputi seluruh bahagian belakang, tepi, atas, bawah, dan sedikit bahagian hadapan telefon. Selalunya casing yang diperbuat daripada getah yang berkualiti tinggi ataupun plastik polycarbonate akan lebih tahan lasak.

Lock Skrin Telefon dan Letakkan PIN

Salah satu cara yang paling mudah untuk pastikan anak tak main dengan telefon korang tanpa kebenaran adalah dengan mengunci skrin dan meletakkan nombor PIN. Bila korang buat macam ni, nanti anak tak adalah main telefon sesuka hati tanpa perlu minta izin dulu. 

Selain daripada lock skrin telefon, korang boleh juga download apps yang boleh lock apps-apps lain. Contohnya, korang boleh lock apps WhatsApp dan Shopee untuk elakkan anak daripada membukanya. Salah satu apps yang boleh mengunci apps lain yang korang boleh download adalah di pautan di bawah: 

Buat Akaun Lain Bagi Pengguna Android

Tips ni sesuai buat pengguna telefon Android yang mempunyai setting ini, di mana sama seperti laptop, korang boleh ciptakan beberapa akaun lain yang mempunyai fungsi terhad. Cara-caranya adalah:

  • Pergi ke Settings dan skrol sampai jumpa Users.

  • Pilih Add User or Profile. Letakkan nama yang korang nak dan pilih Restricted Profile

  • Nanti akan keluar senarai apps dan korang boleh pilih mana satu apps yang perlu atau tak diperlukan dalam akaun yang baru ni. Korang juga boleh menghalang akaun baru ni daripada membuat panggilan atau menghantar mesej. Nanti tak adalah anak korang telefon polis untuk tujuan bermain-main.

Pin Apps Supaya Anak Tak Boleh Buka Apps Lain

Satu lagi fungsi keselamatan yang terdapat dalam telefon Android adalah fungsi pin apps. Fungsi ni akan membuatkan apps yang terbuka itu dikunci, dan anak korang takkan boleh tutup apps yang sedia ada dan buka apps lain. 

  • Buka Settings dan tap bahagian Security & Location. Skrol ke bawah dan tap Advanced.

Sumber Gambar Android Central

  • Tap pada bahagian Screen Pinning, dan tukar kepada On.
  • Kalau nak tambah lagi ciri keselamatan, korang boleh hidupkan fungsi Ask for PIN Before Unpinning.

  • Di laman utama, korang tap butang Multitasker View, yang akan keluarkan semua apps yang sedang terpasang. 
  • Tap pada mana-mana App Icon yang korang mahu kuncikan. Nanti akan keluar paparan menu dan pilih Pin. 

  • Kalau nak Unpin, korang kena tekan butang Back dan Multitasker View serentak, dan isikan nombor PIN yang dah ditetapkan, barulah boleh keluar ke laman utama telefon.

Bila korang dah ikuti tips anak main telefon selamat ni, tak adalah tiba-tiba anak korang layari laman web yang bukan-bukan ataupun beli banyak benda secara online. Benda lain yang penting juga adalah korang kena kawal masa anak di depan skrin. Jangan biarkan diorang dengan gajet seharian, sebaliknya cubalah lakukan aktiviti bersama-sama yang boleh meningkatkan kreativiti dan merapatkan hubungan dengan diorang juga! Nak buat aktiviti dengan anak tanpa gajet yang menarik boleh lihat di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button