MakananCara Mudah

6 Tips Mudah Turun Berat Badan yang Korang Mungkin Tak Pernah Dengar. Nombor 3 Paling Unik!

Cara Mudah Turun Berat Badan Dengan Petua Lain Dari Lain

Semua orang pun nak hidup sihat kan? Mungkin korang dah bersedia nak turunkan berat badan. Tapi korang dah bosan dengar tips-tips klise macam banyak makan sayur, kurangkan kuantiti pengambilan makanan, dan selalu bersenam. Memang tak dinafikan semua tu betul, tapi mungkin korang tercari-cari petua baru yang lain yang belum pernah didengari lagi. 

Cara Mudah Turun Berat Badan Dengan Petua Lain Dari Lain

Jangan risau, korang datang ke tempat yang betul! Dekat bawah ni kitorang akan kongsikan beberapa tips turunkan berat badan yang korang belum pernah dengar lagi, yang mungkin boleh tingkatkan semangat untuk menjalani hidup yang lebih sihat!

1. Banyakkan Makan Telur – Kenyang Lebih Lama

Korang tau tak sebenarnya telur boleh bantu untuk turunkan berat badan? Mungkin ada antara korang yang rasa telur ni tak sihat atau menggemukkan, tapi sebenarnya ada kajian yang mengatakan sebaliknya! Kalau korang bersarapan dengan telur, ia boleh bantu mengehadkan pengambilan kalori untuk hari tu, sehingga lebih daripada 400 kalori! Boleh jadi sebab bila makan telur, korang akan rasa kenyang lebih lama. Nanti masa makan tengah hari, korang akan makan sikitlah sebab perut masih rasa penuh lagi.

Sumber Gambar Tvsarawak

2. Barli Sebagai Sarapan – Bantu Lawaskan Penghadaman

Gantikan nasi lemak dan roti canai yang korang makan masa sarapan tu dengan barli. Barli mempunyai kandungan serat yang tinggi, maksudnya korang akan cepat rasa kenyang dan kekenyangan tu akan bertahan untuk masa yang lama. Selain tu, barli juga boleh bantu dalam melawaskan sistem penghadaman korang.

Korang boleh masukkan barli dalam menu harian dengan cara:

  • Rebus 2 cawan barli di dalam periuk sampai ia bertukar lembut. Air yang diperlukan adalah 3 kali ganda jumlahnya daripada jumlah barli.
  • Tapis dan minum airnya setiap pagi.
  • Kalau korang tak suka sangat dengan rasanya, boleh tambahkan madu untuk memaniskan lagi air barli tu. Jangan letak gula pulak! Tak jadi diet. 

Sumber Gambar Islamituindah

3. Makan di Tempat yang Senyap – Akan Makan Lagi Sikit

Korang tahu tak kita akan cenderung untuk makan dengan lebih banyak kalau kita terganggu dengan tugas lain seperti membaca ke, main telefon, atau menonton TV. Ada kajian yang menunjukkan, walaupun hanya terganggu dengan bunyi daripada bilik sebelah, seseorang tu akan memakan lebih banyak daripada biasa. Kalau nak pastikan korang makan apa yang perlu je atau tak terlebih makan, cuba korang duduk di satu tempat yang sunyi dan kurang sibuk, tumpukan perhatian untuk nikmati makanan di depan mata; tanpa gajet, tanpa TV. Haa cuba dulu baru tahu. 

Sumber Gambar Fimela

4. Trik Sup Sayur Sebelum Makan Nasi – Kenyang Dulu

Pastikan korang makan semangkuk sup sayur sebelum makan tengah hari atau makan malam. Dengan cara ni, korang akan rasa lebih kenyang disebabkan oleh sup dan sayur yang ada. Kalau korang perasan, appetizer kedai makan chinese muslim selalunya ada sup sayur ni. Mungkin sebab tu orang cina kurus-kurus kot boleh jadi kan. 

Cara nak memasak sup sayur mudah:

  • Tumiskan setengah cawan bawang merah, setengah cawan seleri, dan 3 ulas bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan lobak merah.
  • Tuangkan air secukupnya dan biarkan sampai mendidih.
  • Masukkan sayur-sayuran pilihan korang, seperti kobis, brokoli, dan kacang snow pea. Nak masukkan cendawan dan tauhu pun boleh.
  • Perisakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Kalau nak bagi lagi sedap, boleh masukkan sup bunjut.

Sumber Gambar Veggiehits

5. Makan dengan Chopsticks – Makan lebih sikit

Bila makan dengan Chopsticks atau penyepit ni, korang akan makan dengan lebih perlahan dan makanan yang diambil pun lebih sikit. Untuk kita yang dah biasa makan dengan menggunakan tangan, bila pakai chopsticks, kita akan ambil masa lebih lama untuk menyepit makanan dengan chopsticks, dan ini akan membantu kita untuk makan dengan lebih cermat. Cuba untuk makan dengan menggunakan chopsticks 3-4 kali dalam seminggu dan korang boleh lihat hasilnya. Mungkin ini juga rahsia kenapa orang cina ramai yang tak gemuk, siapa tahu kan. 

Sumber Gambar Medium

6. Gunakan Pinggan yang Kecil – Lagi Sikit Makan

Pakar pemakanan dah banyak kali cakap: semakin besar pinggan, semakin banyak makanan yang akan diisikan dalam pinggan tu. Jadi, kalau korang gunakan pinggan yang kecil setiap kali nak makan, hidangan makanan pun dapat dikecilkan, ye lah sebab tak muat nak letak banyak-banyak lauk kan. Tapi tak bermakna korang kena buang semua pinggan besar yang ada dalam almari. Pinggan-pinggan tu bolehlah korang guna untuk makan salad.

Sumber Gambar Fitmw

Jadi dah tahu cara-cara nak diet yang lain daripada yang lain ni kan, apa kata kita buat dan tengok hasilnya sendiri. Tak salah pun cuba kan. Tak perlu beli ubat mahal-mahal pil kurus ke atau ikut kursus dekat gym sampai beratus-ratus Ringgit. Semuanya boleh buat dengan jaga pemakanan korang je, dan ubah sikit cara nak makan tu. Kalau dah hujung bulan tak tahu nak jimat makan apa boleh tengok sini.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button