MakananCara Mudah

Tak Payah Guna Racun Halau Semut! Amalkan Petua Senang Ni Guna Barang Ada Kat Rumah Korang Je

Cara Mudah Halau Semut Tanpa Guna Racun

Kadang-kadang kita sampai boleh garu kepala sebab pelik tengok makanan yang tiba-tiba dihurung semut sampai mati akal dah nak fikir cara halau semut. Entah dari mana diorang datang pun kita tak tahu, padahal makanan tu ditinggalkan sekejap je. Yang lagi pelik, semut-semut ni bukan setakat datang pada makanan yang manis, makanan lain macam air kosong, lauk-pauk, pun ada juga!

Mungkin korang fikir senang je cara nak bunuh semut ni: sembur je dengan penyembur serangga, dah setel, kan? Tapi penyembur serangga mengandungi bahan kimia yang berbahaya kalau terkena pada makanan dan korang makan pula makanan tu. Boleh jadi keracunan makanan nanti. Lepastu kalau kita sembur sekali tu, lepastu dia datang lagi pulak, takkan nak sembur banyak kali kan? 

Petua Halau Semut Tanpa Gunakan Racun

Sebenarnya ada je cara senang nak halau semut tanpa membahayakan diri dengan menggunakan racun. Dan barang-barangnya pun mudah didapati atau memang ada pun dekat rumah kita. Jom kita tengok petua halau semut tanpa gunakan racun ni. 

1. Cuka

Semut sangat tak suka bau cuka dan sifatnya yang asidik. Jadi memang sesuai sangatlah kalau nak gunakannya sebagai alat penghalau semut!

  • Larutkan setengah cawan cuka dengan setengah cawan air.
  • Masukkan campuran tersebut ke dalam botol penyembur yang kosong.
  • Semburkan di tempat laluan semut seperti di kaki meja atau bucu-bucu rumah yang berlubang kecil.

2. Kayu Manis & Cengkih

Ada sesetengah orang tak suka bau cuka yang kuat. Jadi korang boleh gunakan kayu manis & bunga cengkih sebagai bahan pengganti.

  • Kisarkan 3 batang kayu manis dan beberapa kuntum bunga cengkih. Kalau korang nak beli yang memang dah siap jadi serbuk pun ada jual di pasar raya.
  • Taburkan atau sapukan di tempat laluan semut. Bau daripada herba ni memang akan membuatkan semut pergi jauh.
  • Selain tu, kalau korang ada essential oils yang bau kayu manis pun korang boleh titiskan dekat tempat laluan semut.

3. Lemon atau Oren

Gula atau benda-benda manis memang semut suka, tapi apa-apa yang pahit atau masam diorang takkan suka. Jadi, buah lemon atau oren memang bahan yang sesuai untuk digunakan.

  • Perah sebiji lemon atau oren di tempat laluan semut.
  • Kalau korang nak letak kulitnya pun okey juga.
  • Korang juga boleh cuci lantai dengan air yang dicampurkan dengan jus lemon.

4. Serbuk Kopi

Kalau tak nak permukaan lantai atau meja melekit disebabkan jus lemon atau oren, korang boleh juga gunakan serbuk kopi. Semut memang tak suka bau-bau yang kuat.

  • Taburkan je serbuk kopi dekat tempat laluan semut. Nanti bukan je korang boleh halau semut, tapi dapur korang juga akan bau seperti kafe. Best kan? 

5. Garam

Garam adalah antara bahan paling murah yang korang boleh guna untuk menghalau semut daripada menghurung makanan. Dan korang pun tak payah nak terkocoh-kocoh pergi kedai beli sebab garam memang bahan wajib ada pun dekat dapur, kan?

  • Didihkan air yang dicampur segenggam garam. Kacau sampai garam larut.
  • Tuangkan dalam botol penyembur dan semburkan tempat yang korang rasa semut akan lalu.

6. Cili

Kalau nak gunakan cara ni, pastikan korang berhati-hati sebab takut anak korang yang masih kecil boleh tercedera.

  • Rendamkan cili kering di dalam air yang diisi di dalam botol penyembur. Biarkan selama semalaman. Lagi lama lagi baik. Semburkan dekat tempat laluan semut.
  • Ataupun korang boleh juga letakkan beberapa tangkai cili kering di tempat semut lalu.

7. Kapur

Kapur mengandungi kalsium karbonat yang boleh bantu untuk menghalau semut.

  • Tumbukkan kapur dan taburkan serbuk kapur di kawasan yang menjadi titik masuk semut ke dalam dapur.
  • Ataupun korang boleh juga lukiskan garisan kapur di pintu masuk semut. Pastikan tempat yang korang lukiskan tu jauh daripada jangkauan kanak-kanak dalam rumah.

8. Pelekat Lalat

Mungkin korang pernah nampak benda ni selalu dekat kenduri-kenduri di kampung. Kertas yang berpelekat ni selalu orang buat nak perangkap lalat. Pelekat lalat ni mempunyai gam yang kuat, jadi kalau ada serangga tersentuh je bahagian gam, memang sampai bila-bilalah ia akan melekat. Pelekat lalat ni korang boleh juga guna untuk perangkap semut. Caranya:

  • Buka kertas pelekat dan letakkan dekat dengan makanan. Cuma kalau korang nak gunakan pelekat ni, kena berhati-hati sikit. Pastikan rumah korang tak ada kucing atau haiwan peliharaan yang lain. Kalau diorang tersentuh je kertas pelekat ni, nanti susah pula nak cabut.

9. Air

Rasanya, ramai juga yang pernah dengar cara ni. Cara ni paling mudah sebab sah-sahlah korang boleh dapatkan bekalan air dengan mudah di dapur.

  • Isikan air di dalam sebuah bekas dan letakkan makanan tu di tengah-tengah bekas berisi air tu seperti sebuah pulau.
  • Kini, semut tak lagi boleh mendekati makanan korang.

10. Lilin Serai

Buat yang malas nak buat petua semua tu boleh cuba beli lilin serai ni je ade jual dekat kedai RM2.10 Eco Shop tu. Cara dia mudah je:
  • Letakkan lilin serai di kawasan yang ingin dielakkan semut datang dan nyalakan lilin tersebut.
  • Kalau tak jumpa boleh beli dekat SINI

Korang bolehlah ucapkan selamat tinggal pada semut dengab mencuba petua-petua ni! Tapi selain daripada petua-petua ni, korang kenalah juga pastikan dapur korang sentiasa bersih supaya tak menarik semut atau serangga dan haiwan perosak lain untuk datang berkerumun. Kalau dah rumah memang bersepah macam tongkang pecah, memang tak boleh nak cakap apa lah kan. Cuba tengok rumah ni dari luar PPR je tapi dalam macam kondominium.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button