KewanganTips Jimat

7 Tips Jimat Beli Barang Sekolah Anak. Nombor 7 Tu Jarang Orang Buat!

Tips Jimat Beli Barang Keperluan Sekolah Anak

Sekejap je tahun ni dah nak habis dah dan tak lama lagi kita bakal tiba pada tahun baru. Seperti biasa, setiap kali tahun baru, sesi persekolahan anak-anak pun bermula dengan penggal baru. Dan apabila sesi persekolahan nak buka, ibu bapa pun mulalah kena bersedia mengeluarkan duit untuk membeli barang-barang persekolahan untuk anak-anak. Kadang-kadang tu rasa sesak nafas juga masa nak bayar barang persekolahan anak yang kalau main beli je boleh cecah sampai ratusan ringgit!

Tapi sebenarnya, tak perlu keluarkan duit yang banyak pun untuk beli barang-barang sekolah anak, sebab ada tips mudah untuk jimat belanja semasa beli barang sekolah anak yang korang boleh ikuti dekat bawah ni!

Tips Jimat Beli Barang Sekolah Anak

1. Tak Semestinya Semua Benda Kena Baru – Pakai Abang Atau Kakak Punya

Kalau rasa-rasa ada barang sekolah yang masih elok, pakailah lagi. Jangan pula nak beli baru dan buang yang lama. Dah membazir dekat situ. Baju sekolah kalau tahun lepas masih muat, boleh minta anak pakai lagi. Mungkin tambah satu helai lagi je untuk spare kalau terkoyak ke apa kan. Bukan beli terus dua pasang yang baru.  

Ataupun kalau dah tak muat, boleh minta diorang pakai abang atau kakak punya. Tapi jangan lah sampai kena lipat-lipat pula sebab besar macam gambar di bawah.  Alatan sekolah macam bekas pensel, pembaris yang masih elok pun boleh digunakan semula. Banyak duit boleh jimat kalau tak beli barang sekolah yang baru. Tapi janganlah sampai kedekut sangat untuk beli. Boleh beli dengan tengok tips selanjutnya. 

Sumber Gambar Jutawan

2. Promosi Akhir Tahun – Harga Lebih Murah

Selalunya, bila dah hujung tahun ni, akan ada banyak tempat yang mula buat promosi akhir tahun. Barang-barang sekolah akan dijual dengan diskaun dan korang boleh beli dengan harga yang lebih murah. Pastikan korang dah bandingkan harga barang yang nak dibeli tu daripada beberapa kedai, supaya lebih berbaloi. Nak tengok kedai mana murah baca tips seterusnya. 

Sumber Gambar Wanista

3. Beli di Kedai RM2

Ada benda yang korang boleh beli dengan harga sangat murah dekat kedai RM2, tapi tak semua barang sekolah ada kat sini tau. Korang jangan berharap nak beli baju sekolah dekat sini pula. Kalau macam stoking, skop rambut tu boleh lah dapat kat sini. Selain tu, barang-barang seperti alat tulis dan botol air, lebih baik kalau dibeli di kedai RM2 je sebab memang murah sangat, tempat lain mungkin lebih daripada RM2 harganya.. 

Sumber Gambar Emas Putih

4. Beli Secara Borong

Tips ni sesuai kalau korang ada anak ramai yang masih bersekolah. Contohnya, kalau korang ada 8 anak yang masih bersekolah, lagi jimat kalau beli alat tulis di kedai borong daripada beli satu-satu di kedai biasa. Sebab dekat kedai borong ni diorang jual dalam jumlah yang banyak tapi dengan harga yang murah. Tak pun korang beli barang awal tahun je jadi kalau pensil patah ke buku habis mukasurat nak tulis ke dah ada stok kat rumah, kan senang. Macam beli barang dapur secara pukal lah. 

5. Beli Secara Online

Sekarang ni ada banyak dah platform untuk shopping online yang korang boleh gunakan. Cara ni sangat sesuai dengan orang yang tak nak bersesak dengan ibu bapa lain di kedai. Hanya perlu pilih barang mana yang nak dibeli, dan tunggu je barang sampai rumah. Dah boleh jimat duit minyak dan parking dekat situ. Lagipun, bila beli secara online ni, korang boleh gunakan voucher pulangan tunai atau cashback yang boleh buat harga barang lagi murah.

Sumber Gambar Sinarharian

6. Tak Perlu Beli Barang Berjenama Terkenal

Korang sendiri pun tahu, selalunya barang sekolah yang berjenama terkenal ni, harganya akan sedikit mahal daripada barang yang jenama tak berapa terkenal. Kalau nak jimat, korang boleh beli je barang sekolah yang kurang terkenal tu. Kadang-kadang, kualiti barang dia boleh jadi lebih bagus. Lagipun, barang berjenama terkenal sebenarnya tak menjaminkan kecemerlangan anak di sekolah pun. Silap-silap senang hilang atau dicuri lagi sebab branded kan. 

Sumber Gambar Wanista

7. Beli Barang Setelah Sekolah Dibuka – Jualan Penghabisan Stok

Tak semua barang sekolah akan digunakan semasa minggu pertama persekolahan kan. Jadi lebih baik kalau korang pentingkan barang mana yang lebih perlu. Nanti bila sesi persekolahan dah bermula, barulah beli. Lagipun, ada sesetengah kedai yang menjual barang sekolah dengan harga yang lebih murah lepas sesi persekolahan bermula sebab nak habiskan stok. Jadi, masa ni lah nak rebut peluang untuk beli barang sekolah yang diperlukan, dan kedai pun tak sesak dengan orang.

Sumber Gambar Wanista

Apa yang paling penting dalam tips jimat beli barang sekolah anak ni adalah, belilah mengikut kemampuan diri. Tak perlu beli barang mahal-mahal hanya untuk memastikan anak nampak bergaya di hari pertama sekolah. Apa yang lebih penting adalah pembelajaran anak dan bukannya penampilan mereka. Duit lebih daripada berjimat ni korang bolehlah gunakan untuk membayar kelas tambahan atau tuisyen anak. Tips tempat jimat beli barang dapur boleh rujuk di sini.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button