KenderaanCara Mudah

Alamak Kereta Kemik Terlanggar Tiang! Tak Payah Pergi Bengkel Baiki, Buat Sendiri Je Pun Boleh

Cara Mudah dan Jimat untuk Betulkan Kereta Kemik

4 Cara Mudah dan Jimat untuk Betulkan Kereta Kemik

Bila kereta ada terlanggar sesuatu ke atau terlibat dengan kemalangan kecil dan badan kereta kemik, mesti korang dah tak senang duduk dah memikirkan duit yang bakal melayang untuk betulkan badan kereta tu dekat bengkel. Mahu RM200-RM300 juga boleh hilang tu.

Tapi korang tahu tak, sebenarnya ada cara yang mudah untuk betulkan badan kereta yang kemik – dan korang boleh buat semua ni dekat rumah je tanpa perlu keluarkan kos yang besar! Jom kita baca 4 cara mudah untuk betulkan kemik kereta dekat bawah ni.

1. Gunakan Air Panas

Sumber Gambar Solid Smack

Mungkin korang pernah dengar cara ni, di mana bahagian kereta yang kemik tu akan disiram dengan air panas yang mendidih. Macam yang korang tahu, apa-apa objek yang panas akan mengembang. Jadi bahagian yang kemik tu akan mengembang dan kembali ke bentuk asal. Cara-caranya adalah:

  • Panaskan air dalam cerek atau periuk sampai mendidih. Pastikan cerek atau periuk yang korang gunakan tu cukup besar menampung air untuk betulkan kemik tu. Kalau tak korang kena panaskan air berkali-kali.
  • Siram air mendidih tadi pada bahagian yang kemik. Air memang kena betul-betul panas, baru jadi. Bila dah mendidih je terus cepat-cepat siram dan jangan tunggu.

Kalau nak tengok versi video, korang boleh klik SINI.

2. Gunakan Pengering Rambut ataupun Heat Gun dan Sedikit Daya

Sumber Gambar  Wonder How To

Selain dari gunakan air panas yang mendidih, korang juga boleh guna pengering rambut untuk panaskan bahagian kereta yang kemik. Cuma kadang-kadang, haba daripada pengering rambut tak cukup panas. Jadi alternatif lain adalah korang boleh gunakan heat gun. Caranya adalah:

  • Panaskan bahagian yang kemik dengan pengering rambut ataupun heat gun.
  • Sambil bahagian kemik tu dipanaskan, sambil tu juga korang kena tolak daripada bahagian belakang badan yang kemik tu secara perlahan-lahan sampailah kemik tu hilang.

Tutorial versi video korang boleh tengok dekat SINI.

3. Gunakan Pam Sinki

Sumber Gambar Miracle Dent Repair

Cara ni lebih kurang sama je dengan cara yang pertama. Korang boleh gunakan air panas juga untuk lebih berkesan. Tapi kali ni, korang gunakan pam sinki untuk tarik bahagian yang kemik tu dengan cara:

  • Siram air panas yang mendidih pada kawasan kemik.
  • Gunakan pam sinki untuk sedut bahagian kemik tu dan tarik. Buat beberapa kali sampailah badan kereta tu dah kembali ke bentuk asal.

Boleh klik SINI untuk tengok tutorial video.

4. Gunakan Ais Kering

Sumber Gambar Gear Live

Cara ni lain daripada yang lain daripada cara di atas. Kalau 3 cara dekat atas gunakan haba, cara ni pula gunakan kesejukan untuk betulkan kemik kereta. Caranya:

  • Tekapkan ais kering di bahagian tengah kemik. Pastikan masa nak pegang ais kering tu, korang pakai sarung tangan supaya tak cedera.
  • Tekapkan ais kering tu selama 5 minit sebelum biarkan kemik kereta tu betul sendiri. Kalau masih belum jadi, ulang semula beberapa kali sampailah menjadi.

Kalau nak tengok video macam mana orang buat cara ni, boleh klik SINI.

Banyak cara sebenarnya kita boleh buat untuk jimatkan penggunaan duit dalam kehidupan seharian kita. Apa yang lagi penting adalah memandu dengan berhemah supaya kecelakaan tidak menimpa kita. Bagi yang nak beli kereta tapi loan asyik tak lulus je, boleh rujuk panduan dan tips ini.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button