KenderaanCara Mudah

Nak Buat Pinjaman Kereta Tapi Gaji Rendah, Ikuti Tips Ini Untuk Lulus Pinjaman

Cara Mudah Buat Pinjaman Kereta Walaupun Gaji Rendah

Cara Mudah Buat Pinjaman Kereta Walaupun Gaji Rendah

Kereta pada zaman sekarang sudah hampir boleh dikatakan sebagai keperluan terutamanya jika tinggal di kawasan yang tiada atau kurang pengangkutan awam. Untuk korang yang bekerja dan nak buat pinjaman kereta, tapi risau takut pinjaman tak lepas kerana gaji rendah, korang boleh ikut tips ini sebagai panduan:

Pilih kereta sesuai dengan kemampuan kita

Sumber Gambar Faiz Wahab

Menurut Faiz Wahab, seorang RFP(Registered Financial Planner), harga kereta yang hendak dibeli tidak boleh melebihi jumlah gaji atau pendapatan setahun seseorang. Maksudnya jika gaji kita RM 2000 sebulan, gaji setahun RM 24000, maka kereta yang sesuai untuk kita ialah Perodua Axia.

Jika gaji RM 1500 pula, bagaimana? Adakah tak boleh beli kereta? Boleh, tapi korang harus berkorban sedikit sebanyak untuk memastikan dapat menanggung bayaran balik pinjaman kereta dan kos penyelenggaran setiap bulan. Contohnya melakukan kerja untuk pendapatan sampingan demi memastikan tiada masalah untuk membayar bayaran bulanan pinjaman kereta yang korang ambil.

Pastikan rekod kredit bersih di CTOS/CCRIS 

Benda pertama yang bank akan lihat apabila korang memohon pinjaman ialah rekod kredit korang, mereka yang mempunyai rekod kredit yang bersih biasanya pinjaman akan lebih mudah lebih diluluskan. Namun jika korang pernah disenarai hitam oleh mana-mana bank atau institusi kewangan kerana mempunyai tunggakan bayaran mana-mana pinjaman, baik selesaikan perkara itu terlebih dahulu sebelum memohon pinjaman yang baru. Cara nak semak boleh ikut panduan sini

Berapa gaji minimum untuk layak lulus pinjaman? Jika tiada KWSP?

Sumber Gambar Perodua

Gaji korang mestilah berbaki RM 1000 setelah ditolak bayaran pinjaman kereta, KWSP dan SOCSO. Contoh kiraan untuk gaji RM 1500 untuk membuat pinjaman penuh kereta Perodua Axia 1.0 E(MT) berharga RM 22990 selama 9 tahun ialah: 

RM 1500(Gaji) – RM 165(KWSP) – RM8.75(SOCSO) – RM 285(Bayaran)

= RM 1041.25 (LAYAK)

Bagaimana pula jika baki gaji kurang RM 1000? Menurut Perodua Sales Advisor, korang masih boleh cuba buat pinjaman dengan penjamin yang mempunyai pendapatan melebihi RM 2000. Sama juga jika korang bekerja namun tidak mencarum KWSP.

Pastikan dokumen yang diperlukan lengkap!

Dokumen yang korang perlu sediakan untuk melancarkan urusan permohonan pinjaman ini ialah:

  1. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  2. Salinan lesen memandu (depan dan belakang)
  3. Slip gaji (3-6 bulan)
  4. Penyata bank (3-6 bulan)
  5. Penyata KWSP
  6. Surat tawaran bekerja

Lebih lengkap dokumen korang, lebih mudah untuk pihak bank meluluskan pinjaman. Ada sesetengah bank akan membuat panggilan atas tujuan temuduga ringkas atas talian, pastikan korang jawab panggilan tersebut untuk melancarkan urusan.

Namun dinasihatkan sekali lagi, korang layak untuk membuat pinjaman tak semestinya korang mampu, fikirkan semula pilihan sebelum membuat keputusan besar ini. Jika tak mampu untuk beli kereta, tak salah untuk kita naik motorsikal atau pengangkutan awam dahulu. Fikir-fikirkan.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button