PekerjaanCara Mudah

Kehilangan Kerja Disebabkan PKP? Nak Berniaga Modal Rendah Atau Tak Ada? Cuba Buat Bisnes Mudah Untung Banyak Ni

Cara Mudah Mula Berniaga Dengan Modal Rendah

Cara Mudah Mula Berniaga Modal Rendah

Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP yang dikuatkuasakan kerajaan disebabkan pandemik COVID-19 telah banyak memberi kesan terutamanya golongan B40. Ramai dalam kalangan kita hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Nak cari kerja semula pun bukan senang. Namun itu tak harus menjadi pematah semangat untuk kita berusaha memperoleh pendapatan. 

Ada dalam kalangan kita yang pasti sudah merasa penat mencari kerja, bila nak berniaga, modal pula sikit atau tak ada. Korang boleh cuba buat dua jenis perniagaan ini tanpa memerlukan modal yang tinggi atau tiada modal langsung! 

Tiada modal langsung? Cuba perniagaan dropship atas talian (online), sebulan boleh dapat sehingga RM1,500!

Dropship ialah salah satu cara membuat duit dengan modal yang sangat minima atau hampir tiada modal langsung yang diperlukan. Korang cuma perlu jual barangan atau produk bagi sesuatu pihak atau jenama tanpa perlu keluarkan sendiri modal untuk beli barangan tersebut. 

Sumber Gambar BeritaSatu

Jadi macam mana kita nak buat dropship ni? Korang cuma perlu komputer riba atau telefon pintar yang ada sambungan internet. Lepastu, ikuti je langkah berikut:

  1. Daftar menjadi ejen dropship dengan produk tertentu seperti Mamasab, Nurraysa dan sebagainya.
  2. Cari pelanggan yang berminat hendak membeli produk mereka melalui media sosial dan sebagainya lalu kumpul pesanan yang korang terima.
  3. Pelanggan akan membuat pembayaran kepada korang berdasarkan harga jualan
  4. Kemudian korang pula akan bayar harga produk tersebut kepada tuan punya produk atau biasanya HQ(headquarter) dengan harga ejen, di mana akan lebih murah dari harga jualan.
    *Untung bersih dari jualan tersebut korang simpan kerana itu milik korang. 

Segala urusan pembungkusan termasuklah pengeposan produk akan ditanggung oleh pihak HQ tersebut. Dalam erti kata lain, korang cuma perlu jadi orang tengah je.

Contoh pengiraan keuntungan:

Jika ada 10 orang pelanggan dan untung yang dapat dari setiap daripada mereka adalah RM 5, maksudnya korang dah dapat RM 50. Kalau 1 hari RM50 korang dapat konsisten untuk 30 hari dah dapat RM1,500 sebulan. Mudah kan?

Tak suka duduk rumah je? Boleh jadi ‘runner‘, untung boleh cecah RM500 seminggu!

Sumber Gambar Vocket

Runner barangan dapur kebiasaannya akan menyediakan servis memudahkan pembeli mendapatkan barangan dapur tanpa mereka sendiri perlu ada di supermarket atau pasar, khususnya buat mereka yang sibuk atau takut nak ke pasar di musim COVID19. Kalau korang jenis yang rajin berjalan dan sudah biasa membeli barangan dapur, kerja ini sesuai untuk korang.

Cara dia korang cari pelanggan di dalam satu-satu kawasan perumahan boleh iklan dekat Facebook atau Whatsapp je pada kawan dan jiran minta diorang share pada orang lain. Lepastu, pelanggan yang berminat akan mesej korang dan senaraikan barangan dapur yang mereka hendak beli. Kumpul senarai pesanan tersebut dan pergi ke pasar atau supermarket untuk beli setiap barangan yang dipesan. Lepas beli terus hantar kepada pelanggan tersebut mengikut waktu yang telah dijanjikan.

Contoh pengiraan keuntungan:

Selalunya bayaran boleh minta deposit separuh harga daripada harga keseluruhan barang atau guna duit korang dulu dan kemudian bila dah hantar barang, pelanggan akan bayar beserta caj servis sekali. Runner barangan dapur biasanya boleh meletakkan caj servis kepada pembeli-pembeli mereka minima pada kadar RM 3-RM 15 (bergantung kepada jarak kebiasaannya). Modal pula mungkin sekadar kos pengangkutan dan tenaga untuk ke pasar atau supermarket. Jika ada 10 pembeli, korang sudah boleh dapat RM 30-RM 150 dalam tempoh masa kurang dari sehari. Sebulan boleh dapat sehingga lebih RM1,500.

Sumber Gambar : Vocket

Walaupun PKP ni memberi kesan besar kepada kita terutamanya dari aspek pendapatan, jika kita berusaha, pasti ada jalan rezeki di mana-mana. Semoga kita dimurahkan rezeki sentiasa dan jangan berhenti mencuba. Suri rumah pun boleh tolong suami bekerja dengan buat perniagaan mudah tapi confirm dapat untung, baca SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button