KewanganCara Mudah

Suami Isteri Bekerja Pun Duit Tak Cukup. 5 Cara Ni Mungkin Tak Sangka Dapat Tolong Selesaikan Masalah Ni!

Cara Mudah Selesai Masalah Duit Tak Cukup Suami Isteri

Cara Mudah Selesai Masalah Duit Tak Cukup Suami Isteri

Gaji suami dan isteri baru masuk tapi belum hujung bulan dah habis, terpaksa berhutang pula. Pening! Gaji tak akan cukup jika berlaku kebocoran sana dan sini dalam kewangan rumah tangga. 5 cara ini mungkin dapat tolong masalah korang tanpa disangka.

Bawa bekal makanan ke tempat kerja dan jimat RM 3120 setahun!

Percaya atau tak masak sendiri memang lagi jimat dari makan dekat luar. Bayangkan kalau korang belanja RM 20 sehari makan di kedai untuk sarapan dan makan tengah hari: RM 20 x 26 hari bekerja x 14 bulan = RM 6240. Setahun korang dah belanja RM 6240 untuk makan bagi seorang. Jika masak dan bawa bekal sendiri, paling tidak boleh berjimat separuh dari jumlah tersebut, setiap bulan akan ada penjimatan RM 260, dan RM 3120 setahun. 

Korang boleh masak lebih sedikit untuk makan malam sebelumnya bagi menjimatkan masa, hidangan atau lauk tersebut boleh dijadikan bekal pada keesokan harinya. Bukan sahaja boleh berjimat, kasih sayang antara suami isteri pulak boleh bertambah. Yelah nanti orang cakap ‘sweet nya isteri bekalkan makanan setiap hari’.

Internet pakai data telefon sahaja tak habis kan sebulan? Tak perlu langgan wifi kat rumah!

Akses internet merupakan keperluan pada zaman sekarang terutamanya untuk membuat kerja, menjalankan perniagaan dan juga bagi tujuan pembelajaran.

Ada keluarga yang melanggan kemudahan ‘wifi’ di rumah sedangkan bila suami dan isteri bekerja, anak pula di sekolah, tiada orang yang akan menggunakan wifi tersebut. Jika kedua-dua telefon suami dan isteri mempunyai akses internet, itu sudah memadai dan boleh guna ‘hotspot tethering’ untuk berkongsi akses internet tersebut dengan anak-anak pada waktu malam. Lagi bagus boleh kawal penggunaan internet diorang, macam pukul 11 malam dah boleh tutup dan suruh anak-anak tidur.

Tips penting, utamakan keperluan dan kurangkan kemahuan apabila membuat perbelanjaan. 

Tak perlu ada dua kereta! Carpool pergi kerja atau guna pengangkutan awam. 

Suami dan isteri boleh carpool apabila hendak pergi ke tempat kerja. Carpool bermaksud menaiki satu kereta secara berkongsi ke satu-satu destinasi. Dengan mengamalkan carpool, korang bukan sahaja boleh membantu menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan jumlah kereta atas jalan, tetapi juga boleh menyelamatkan poket korang kerana jimat duit minyak dan kos penyelenggaran bagi dua buah kereta. Duit tu bolehlah digunakan untuk simpanan kecemasan atau bayar sewa rumah.

Tapi jika tempat kerja suami dan isteri jauh, dan tak dapat nak carpool, suami boleh menaiki motosikal dan isteri boleh memandu kereta. Dan pilihan yang terbaik untuk berjimat pastilah dengan menaiki pengangkutan awam jika ada, bukan setakat boleh jimat, korang boleh berehat di dalam pengangkutan awam dan kurang pening memikirkan kesesakan trafik kerana bukan korang yang memandu, terutamanya jika korang menaiki LRT.

Cumanya korang kena berkorban bangun awal sikitlah, namun pasti berbaloi daripada poket hangus setiap bulan.

Sumber Gambar GoHartanah

Sewa rumah sesuai dengan gaji dan berdekatan tempat kerja

Ada pasangan suami isteri yang memilih untuk terus tinggal di rumah orang tua atau rumah sewa yang lama walaupun jauh dari tempat kerja. Tapi lebih baik kalau korang pilih lokasi rumah sewa yang dekat atau tidak terlalu jauh dengan tempat kerja kedua-dua isteri dan suami. Nak ke tempat kerja isteri tak jauh, ke tempat kerja suami pun tak jauh. Jadi kedua-dua mudah untuk pergi ke tempat kerja selain dapat jimat masa untuk pergi kerja dan balik rumah, boleh juga jimat duit minyak dan kos pengangkutan.

Rumah yang nak disewa pula mestilah sesuai dengan gaji dan keperluan, tak perlu sewa rumah yang besar sehingga susah nak bayar sewa. Tetapkan bayaran sewa bulanan rumah tidak melebihi 30% jumlah gaji suami dan isteri. Kalau gaji korang dah bertambah dan dah ada anak nanti, barulah sewa rumah yang lebih besar dan selesa.

Bergilir-gilirlah apabila hendak balik ke kampung

Kedua-dua suami isteri masih ada orang tua di kampung untuk dijenguk kan? Menjenguk orang tua di kampung tidaklah salah malah perbuatan yang mulia. Namun sebaik-baiknya rancanglah penggiliran dan kekerapan balik kampung ke rumah orang tua masing-masing terutamanya dari segi aspek kos dan duit. 

Contohnya bulan ni, balik kampung suami, bulan depan balik kampung isteri. Jangan sampai satu minggu tu korang nak balik dua-dua kampung lagi-lagi kalau orang tua suami tinggal di utara, orang tua isteri pulak tinggal di selatan, tak ke penat tu. Tak cerita lagi kalau kampung suami di Kedah, kampung isteri di Sabah! Memang bocor poket dibuatnya. Jadi rancang dan bergilirlah agar dapat memuaskan hati semua pihak.

Mak ayah sebenarnya faham akan kesukaran anak-anak, cuma sekali sekala mereka ingin untuk dijenguk anak yang mereka dah besarkan, lagi-lagi kalau dah ada cucu. Kadang sebuah panggilan telefon dan sedikit kiriman wang setiap bulan sudah memadai bagi mereka sebagai tanda kita tidak pernah melupakan mereka.

Sebesar manapun gaji korang, jika tidak dirancang dan berjimat, pasti tidak akan pernah cukup. Berbelanjalah ikut keperluan dan kemampuan, kerana kemahuan itu tak akan pernah puas. Kalau nak juga duit tambahan boleh buat kerja sampingan macam ni

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button