RumahCara Mudah

Dah Kahwin Tapi Masih Tumpang Rumah Mak Ayah? Ini Cara Mudah Nak Cari Rumah Sewa Murah

Cara Mudah Cari Rumah Sewa Murah

Disebabkan kos sara hidup semakin tinggi, ramai orang yang walaupun dah berkahwin, masih lagi menumpang dekat rumah mak ayah. Berdasarkan laporan Astro Awani, ada yang hidup lebih dua generasi bermakna tinggal dengan datuk dan nenek di Projek Perumahan Rakyat (PPR). Tak salah pun sebenarnya nak tinggal dengan diorang. Tapi korang tau tak ada beberapa kesan negatif kalau korang masih tinggal dengan diorang bila dah berkahwin? Antaranya:

Ruang Sempit Tak Selesa

Ini masalah utama bila duduk dengan mak ayah. Ni belum dapat anak ramai lagi tu. Kalau ada ramai anak, memang tidur sampai ke ruang tamu la jawabnya. Bila anak dah besar, susah pulak lagi sebab akan timbul isu aurat semua nanti.

Sumber Gambar Abam Kie

Bil Api Air Tinggi

Bila dah duduk ramai-ramai tu, confirm bil api dan air akan melambung tinggi. Sebabnya penggunaan elektrik dan air yang terlalu banyak. Setiap sorang mesti ada telefon masing-masing dan mesti nak kena cas setiap hari. Dan dalam setiap bilik mesti akan ada satu kipas pulak. Sebab tulah boleh terjadinya kes bil api dengan air terlalu tinggi ni. Bila dah mahal mula lah tuduh menuduh yang ni guna banyak elektrik dan jadi pulak kesan seterusnya. 

Senang berlaku salah faham

Hal ni paling menakutkan sebab boleh mengeruhkan hubungan ahli keluarga. Kadang-kadang punca salah faham kecik je. Contohnya, bila suami tak tahu sama ada nak dahulukan mak ayah atau pun isteri. Bila dah ada yang bermasam muka, tak seronok la nak duduk bersama.

Cara Mudah Cari Rumah Sewa Murah

Jadi untuk elakkan benda-benda ni dari berlaku, korang bolehlah cari rumah sewa. Tak mampu nak sewa rumah? Ada cara sebenarnya cari rumah sewa murah ni. Ini antara langkah yang korang boleh ikut:

Melalui Platform OnlineFacebook dan Mudah.my

Banyak sebenarnya platforrm online yang korang boleh guna. Kalau yang ada Facebook tu, korang boleh tekan butang ‘Marketplace’ dan cari rumah sewa yang murah-murah kat situ. Korang jugak boleh gunakan group dekat Facebook macam ‘Rumah dan Bilik Sewa Selangor/Kuala Lumpur’ atau ‘Rumah Gombak Wangsa Maju Keramat Ampang (Selangor KL) Untuk Disewa & Dijual’ dan banyak lagi!

Cara dia cari dekat Facebook di ruangan ‘search Facebook’ tulis Rumah Sewa (Masukkan nama tempat atau kawasan yang korang cari). Bila dah jumpa yang berkenan, hubungi orang tersebut dengan nombor yang diberikan atau terus mesej peribadi di Facebook mereka. 

Platform lain yang lebih mudah untuk cari rumah sewa adalah dekat Mudah.my. Korang boleh sign up guna profil Facebook je dan start cari rumah sewa murah dekat situ. Mudah.my ni boleh tapis berapa bajet korang dan dekat mana lokasi yang korang nak cari rumah sewa tu. Korang jugak boleh pilih untuk filter jenis-jenis rumah yang dicari. Biasanya tuan rumah akan tinggalkan nombor telefon untuk bagi korang senang hubungi diorang dan sewa rumah tersebut.

Cari Cara Manual – Iklan Tampal

Sumber Gambar Ohcasetera

Kalau tak nak susah-susah atau tak reti guna cara online, korang boleh jugak guna cara manual cari rumah sewa. Orang masih lagi tampal iklan untuk cari penyewa dekat banyak premis. Antara premis yang dimaksudkan adalah 7-Eleven, papan iklan dekat mana-mana kawasan kondominium atau apartment, stesen LRT atau tempat menunggu bas dan juga tiang-tiang lampu tepi jalan dan juga lampu isyarat. Yang penting korang kena rajin sikit pergi ke kawasan tu dan tengok sendiri. Kalau tak pun boleh tanya orang surau atau taman tersebut ada tak rumah untuk disewa. 

Rumah Sewa Murah Bantuan Kerajaan

Sebenarnya kerajaan ada sediakan pelbagai bantuan untuk rakyat yang tak mampu. Antaranya PPR atau nama penuhnya Projek Perumahan Rakyat.

Kalau korang duduk dekat PPR, sewa sebulan serendah RM124 sahaja. Semua rakyat Malaysia layak memohon asalkan berumur 18 tahun ke atas, berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan dan belum pernah memiliki rumah.

PPR ni ada dekat semua negeri dalam Malaysia.Kalau korang berminat, korang boleh mohon dekat Sistem Pengurusan Perumahan Negara. Boleh rujuk panduan sini.

Disebabkan proses permohonan PPR tertakluk di bawah Kerajaan Negeri, korang jugak boleh dapatkan borang permohonan projek perumahan awam dekat kaunter-kaunter perkhidmatan seperti kaunter perhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan sebagainya.

Korang boleh share info ni kepada kawan-kawan atau keluarga yang tengah cari rumah sewa murah terutama sekali mereka yang masih lagi duduk dengan mak ayah walaupun dah berkahwin. Mungkin diorang terbuka hati untuk pindah nanti dengan bantuan korang. Selamat memohon dan semoga segala urusan korang dipermudahkan. Tapi kalau suami isteri dah kerja pun masih tak cukup duit, boleh baca tips ini.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button