KewanganCara Mudah

Dapat Gaji Nak Bayar Apa Dulu? Takut Belum Apa-apa Dah habis. Korang Wajib Tengok Cara Urus Duit Bila Dapat Gaji Ni!

Cara Urus Duit Bila Dapat Gaji Yang Mudah Untuk Buat

Cara Urus Duit Bila Dapat Gaji Yang Mudah Untuk Buat

Apa benda pertama yang korang buat bila dapat gaji? Belanja dulu kemudian simpan? Itu merupakan tabiat kebanyakan dari kita di mana jika ada lebihan perbelanjaan bulanan, barulah kita akan menyimpan. 

Adakah tabiat ini salah? Tidaklah salah selagi mana segala komitmen kita sudah diselesaikan. Tapi sebenarnya ada je kaedah lebih berkesan bagi cara urus duit bila dapat gaji. Tak ada lah dah dapat gaji nanti terus habis duit di belanja begitu saja. Ikuti langkah kat bawah:

Kena halau rumah sewa? Selesaikan komitmen dahulu

Selesaikan segala komitmen bulanan, terutamanya sewa atau bayaran pinjaman rumah, bil air, bil elektrik, bil telefon dan segala jenis macam komitmen yang korang ada terhadap bank, TNB, tuan rumah/tanah dan lain-lain. Komitmen ini adalah benda yang nak tak nak, wajib bayar kalau tak, besar kemungkinan korang akan dihalau rumah, kena potong elektrik dan banyak lagi benda yang akan menyusahkan korang nanti.

Lazimnya, jumlah komitmen sebaiknya jangan melebihi 30% daripada gaji. Sebagai contoh kita ambil had pendapatan kemiskinan tahun 2020 sebagai contoh iaitu RM 2208. Komitmen bulanan sebaiknya jangan melebihi RM 662.40. So anggaran dia lebih kurang macam ni:

  • Bilik Sewa : RM250
  • Bil Api Air : RM50
  • Ansuran Kereta : RM300
  • Bil telefon : RM50
    Jumlah : RM650

Fikir Nak Simpan Lepas Belanja Tapi Akhirnya Tak Ada? Asingkan Dulu Siap-Siap

Sumber Gambar Titan

Ya, ini mungkin pelik sedikit, tetapi dengan mengubah tabiat akan memberi kesan besar terhadap pengurusan gaji terutamanya simpanan kita. Letakkan perbelanjaan sebagai benda yang terakhir sekali dalam fikiran kita. Dalam erti kata lain, ikuti turutan ini:

  1. Gaji
  2. Komitmen
  3. Simpanan
  4. Perbelanjaan

Jika gaji korang RM 2208 dan ke bawah, saya melihat kadar 10%-30% sudah memadai. Bila dapat gaji, setelah selesaikan komitmen, terus asingkan simpanan ke tempat yang susah untuk dikeluarkan semula, contohnya untuk mereka yang mempunyai akaun Maybank, korang boleh guna fungsi ‘Goal Saving Plan’ di Maybank2u untuk menjaga simpanan korang dari diusik. Cara dia baca sini

Jika korang konsisten menyimpan RM 220.80 iaitu 10% daripada RM 2208 setiap bulan tanpa gagal selama setahun, sedar tak sedar korang sudah mempunyai RM 2649.60 dalam simpanan korang. Simpanan ni penting untuk sebarang kecemasan atau boleh guna untuk bayar duit pendahuluan kereta. Terpulang dengan pilihan dan sasaran kewangan masing-masing. 

Lepastu baru boleh belanja, tapi penuhi keperluan dulu, barulah kehendak!

Baki gaji setelah tolak komitmen dan simpanan barulah kita gunakan untuk perbelanjaan yang terbahagi kepada dua, keperluan dan kehendak. Keperluan ini merangkumi segala keperluan asas dan tambahan termasuklah makanan, pakaian dan pengangkutan. Perbelanjaan kehendak pula untuk sesuatu yang tidak kita perlukan, tetapi lebih kepada kita inginkan. 

Kita kena pandai bezakan kerana kadang-kadang agak rumit hendak bezakan keperluan dan kehendak, contohnya, ayam goreng. Ayam goreng sebagai makanan itu satu keperluan, terutamanya bila kita goreng sendiri, tetapi kalau ayam goreng KFC, Kfry, Kyochon dan sebagainya, itu merupakan kehendak. Perbelanjaan kehendak pula mestilah tidak melebihi 10% gaji, dalam erti kata lain bahagian gaji untuk kehendak tak boleh melebihi simpanan

Paling penting cari keberkatan dalam setiap rezeki kita

Walau sekecil mana gaji kita, ada juga bahagian orang lain di dalamnya. Untuk baki gaji korang, maka bolehlah disedekahkan terutamanya kepada ahli keluarga kita sendiri. Apa yang penting ialah korang kena secure untuk komitmen dan simpanan terlebih dahulu, kemudian belanja dan sedekahlah yang selebihnya. 

Bagi yang beragama Islam, bila dapat gaji benda paling utama untuk dibuat adalah bersyukur pada yang Maha Pemberi Rezeki. Boleh juga amalkan doa seperti di bawah ini.

Sumber Gambar 180 Koleksi Doa Mustajab

Banyak cara yang korang boleh guna untuk uruskan gaji atau pendapatan, dan ini merupakan salah satu cara tersebut. Yang penting, korang wajib menyimpan setiap bulan. Jangan pulak pergi tebuk balik duit simpanan untuk belanja ya! Kalau nak baca cara urus duit bila dapat gaji yang lain boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button