KewanganCara Mudah

Senang je nak buka akaun bank! Ikuti 3 langkah mudah ni

Cara Mudah Buka Akaun Bank

Cara Mudah Buka Akaun Bank

Zaman kini dah makin maju, kalau dulu beli barang di kedai sekarang beli barang secara online (atas talian) je. Ini lebih jimat sebab kadang-kadang barang online lagi murah daripada dijual di kedai. Jadi kalau nak beli barang online perlu ada perbankan internet serta akaun bank juga. Nak berniaga online pun perlu akaun bank, boleh dapat pendapatan sehingga RM3000 sebulan jadi ejen dropship je. 

Bantuan daripada kerajaan sekarang pun masuk terus ke akaun bank. Jadi lebih baik ada akaun bank kan. Tak perlu beratur panjang di bank untuk ambil bantuan secara tunai. Akaun bank pun perlu buka untuk anak-anak yang nak sambung belajar di kolej atau universiti sebab duit pinjaman PTPTN akan dimasukkan ke akaun bank. Tak susah pun nak buka akaun bank, ikuti langkah mudah ni. 

1. Bawa Kad Pengenalan (MyKad) Ke Bank Yang Dipilih

Setelah korang pilih bank untuk buka akaun, pergi ke cawangan bank tersebut yang berhampiran dan bawa sekali kad pengenalan atau MyKad. Untuk yang berumur 16 tahun ke bawah, korang kena datang dengan ibu bapa atau penjaga bagi buka akaun bank.

*Nota : Pastikan cip MyKad korang dalam keadaan baik, sebab kalau dah rosak, mesin tak dapat baca data peribadi dan bank tak dapat teruskan permohonan untuk buka akaun. So kalau rosak, terpaksa lah tukar IC baru dulu dekat JPN

Sumber Gambar Facebook

2. Sediakan Wang untuk Buka Akaun Bank

Untuk buka akaun bank di mana-mana bank sekalipun, wang minimum diperlukan dalam akaun tersebut bergantung pada jenis akaun yang dibuka. Sebagai contoh bagi akaun BSN GIRO-i, sekurang-kurangnya perlukan RM50 untuk buka akaun. Tapi jangan risau lepas dah masukkan RM50 tu korang boleh keluarkan balik RM40 daripada akaun sebab jumlah baki minimum dalam akaun RM10.

Sumber Gambar BSN

3. Isi Borang Pemohonan Buka Akaun di Bank

Sampai di bank tu korang terus bagitahu pegawai kat kaunter ambil nombor giliran tu cakap nak buka akaun bank individu. Nanti dia bagi borang, isi je mana yang perlu, lepastu tunggu sampai nombor dipanggil. Pegawai kaunter perkhidmatan akan siapkan permohonan buka akaun bank korang dan perlu ikut je arahan mereka contohnya perlu imbas cap jari untuk pengesahan identiti dan sebagainya.

Sumber Gambar ETB

Lagi satu, sekarang ni dah tak pakai sistem buku akaun bank, sebab dah ada sistem online dan kad debit ATM. Jadi nak keluar duit lepasni pakai kad je terus di mesin ATM. Nanti pegawai tu akan bagitahu sekali cara macam mana. Selalunya proses ni tak lama dalam 1 jam biasanya kalau bank tu tak ramai orang, ataupun boleh cepat lagi ikut keadaan. 

Jadi tak susah pun nak buat akaun bank ni. Jangan takut atau risau kena tanya macam-macam soalan. Bila dah ada akaun bank, boleh buat perbankan internet pula, jadi senang nak beli barang online lepasni. Kalau guna BSN boleh rujuk sini untuk daftar perbankan atas talian. 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button