PermohonanCara Mudah

Nak Mohon Kerja Tapi Sijil SPM Hilang Atau Rosak? Ini Cara Dapatkan Semula Buat Online Je!

Cara Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang

Dalam musim Covid-19 masih menular ni, semua orang pun tengah sibuk nak cari kerja, lagi-lagi bagi mereka yang baru habis belajar. Kalau boleh semua tempat pun kita nak mohon sebab nak dapat kerja waktu-waktu sekarang ni punyalah susah. 

Bila dah dapat panggilan untuk temuduga ataupun tengah siapkan diri untuk pergi temuduga secara walk-in, korang mestilah kena kemaskan semua sijil-sijil akademik dan resume dalam fail yang bersesuaian. Nak mohon kerja, kita mestilah nak kena tunjuk sijil-sijil yang original. Takkan nak tunjuk pada bakal majikan kita sijil akademik yang fotostat je pula kan? Nampak tak profesional pula nanti.

Tapi macam mana masa tengah kemas-kemas fail tu, tak jumpa sijil SPM korang? Mana cukup hanya nyatakan dalam resume saja. Nak hubungi sekolah pula, mungkin sekolah tutup pula musim-musim pandemik ni ataupun pihak sekolah tak menyimpan pun sijil korang.

Langkah untuk Dapatkan Sijil SPM Hilang (Dan Sijil Lain) Melalui e-Lembaga Peperiksaan

Jangan risau, korang boleh dapatkan semula sijil peperiksaan yang hilang tu melalui e-Lembaga Peperiksaan. Mohon secara online dan hanya perlu tunggu sijil tersebut tiba di depan rumah. Cara-caranya pun mudah je, dan korang boleh ikutinya di bawah ni:

  • Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di SINI.
  • Di laman utama, korang klik bahagian Perkhidmatan.

  • Kemudian, pilih pula Salinan Keputusan.

  • Korang boleh pilih sijil peperiksaan apa yang mahu dipos ke rumah.

  • Isikan nombor kad pengenalan dan klik Papar Borang Permohonan.

  • Isikan alamat yang mahu sijil tersebut diposkan.

  • Pilih cara Penghantaran Salinan, iaitu sama ada nak ambil sendiri atau penghantaran melalui pos (dikenakan caj tambahan RM10).
  • Caj sebanyak RM30 akan dikenakan bagi setiap sijil yang dimohon. Sahkan dua kotak di bawah tu sebelum klik Mohon.

  • Lepas tu, bolehlah buat bayaran dan hantar permohonan.
  • Selesai! Korang boleh tunggu sijil peperiksaan korang sampai ke rumah, jika pilih untuk dihantar secara pos.

Sumber Gambar Facebook

Lepas ni dah tak perlu gabra kalau sijil peperiksaan sekolah hilang atau rosak sebelum nak pergi temuduga. Boleh mohon secara online je dan tak perlu bersusah payah pergi ke pejabat Lembaga Peperiksaan.

Kalau dah dapatkan semula sijil SPM hilang tu, dah boleh hembus nafas legalah dan boleh mula mohon kerja. Tapi, macam mana kalau korang belum ada resume lagi? Macam mana nak mohon kerja kalau tak ada resume? Tak apa, nak buat resume sekarang guna telefon je pun boleh! Senang je kalau ikut cara-caranya di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button