RumahCara Mudah

Bomba Kata Wajib Periksa Kotak Suis Utama Sebulan Sekali Elak Litar Pintas. Ini Caranya!

Cara Periksa Kotak Suis Utama Masih Elok Ataupun Tak

Selalunya ramai yang tak periksa kotak suis utama yang terletak di dalam rumah, di bahagian atas, dekat dengan siling. Kotak suis utama mengandungi fius yang berhubung dengan semua soket elektrik di rumah kita. Fius ni lah yang berfungsi untuk melindungi setiap litar elektrik dalam rumah korang dengan cara mematikan aliran elektrik sekiranya terdapat arus elektrik yang berlebihan.

Sekiranya terdapat kerosakan pada kotak suis utama, ia boleh menyebabkan kemudaratan yang sangat buruk terjadi, seperti terjadinya litar pintas yang menghasilkan percikan api dan akhirnya tercetusnya kebakaran.

Cara Periksa Kotak Suis Utama Masih Elok Ataupun Tak

Sumber Gambar Facebook

Walaupun kedudukan kotak suis utama ni terletak jauh daripada capaian kita, tapi tak bermakna kita biarkan je ia di situ. Sesekali, kita perlu periksa sama ada kotak suis utama tu berfungsi dengan baik ataupun tak.

Untuk pengetahuan korang, bagi mengelakkan selalunya terjadi litar pintas, suis ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) perlu diperiksa paling kurang sebulan sekali bagi memastikan ia masih berfungsi dengan baik.

Cara untuk periksanya adalah:

  • Buka kotak suis utama. Cari suis ELCB (suis yang selalu akan jatuh ke bawah kalau terdapat kilat menyambar). Selalunya berdekatan dengan suis ELCB akan terdapat satu butang berwarna biru yang tertulis ‘Push to Trip’. 
  • Tekan butang ‘Push to Trip’ tersebut.
    • Kalau suis ELCB terjatuh lepas ditekan, maksudnya kotak suis utama korang masih berfungsi dengan baik.
    • Kalau suis ELCB masih kekal di atas, maksudnya ia dah rosak. Jadi bolehlah hubungi juruelektrik untuk tukarnya dengan yang baru.
  • Selepas tekan butang ‘Push to Trip’, semua litar elektrik rumah korang akan terputus. Jangan risau, ia memang akan terjadi macam tu kalau suis ELCB korang berfungsi dengan baik. Cuma tolak ia semula ke atas untuk kembalikan arus elektrik ke seluruh rumah.

Sumber Gambar Keluarga

Tanda Perlu Baiki / Panggil Juruelektrik Untuk

Semasa periksa kotak suis utama tu, kalau korang perasan terdapat tanda-tanda di bawah ni, cepat-cepat hubungi juruelektrik sebab ia boleh mendatangkan bahaya jika dibiarkan saja:

  • Ada terhidu bau plastik yang terbakar di sekitar kotak suis utama.
  • Kedengaran bunyi seperti percikan elektrik di kotak suis utama.
  • Fius di kotak suis utama asyik terbakar je (dalam beberapa kali setahun).
  • Penutup kotak suis utama terasa panas apabila disentuh.

Perkara yang melibatkan elektrik ni memang tak boleh diambil ringan. Kalau dibiarkan terlalu lama, kemungkinan untuk terjadi litar pintas dan mengakibatkan kebakaran akan menjadi lebih tinggi. Korang boleh ikuti tips-tips untuk elak kebakaran di SINI, bagi mengelakkan segala harta benda di rumah musnah dijilat api.

Sumber Info : FAFIQ Electrical Service & Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button