TeknologiCara Mudah

Awas Handphone Cepat Panas Boleh Meletup! Cuba Buat Tips Ini Untuk Elak Telefon Cepat Panas

Cara Mudah Elakkan Telefon Pintar Jadi Cepat Panas

Telefon pintar sekarang ni dah menjadi keperluan utama bukan untuk kita orang dewasa je malah untuk kanak-kanak jadi pentingnya untuk tahu cara elak telefon cepat panas. Sebab sekarang ni pembelajaran di sekolah dilakukan secara PdPR ataupun secara online di rumah. Jadi nak tak nak mereka memang memerlukan handphone untuk belajar.

Zaman ekonomi mencabar ni, ibu bapa pun turut memang tak mampu nak berikan keperluan pada anak-anak. Ye lah ada yang dibuang kerja, ada juga yang hilang pendapatan sebab tak boleh berniaga. Jadi bergantung pada bantuan kerajaan jugak lah nak beli telefon untuk anak belajar di rumah ni. Kalau anak seorang tak apa, ini ramai pulak terpaksa berkongsi.

Cara Elak Telefon Cepat Panas

Memang kerajaan ada beri pelbagai bantuan untuk golongan yang memerlukan khusunya B40. Antaranya program Jaringan Prihatin yang memberikan subsidi bagi pembelian telefon dan juga Yes Prihatin iaitu pemberian telefon percuma kepada keluarga B40

Walau bagaimanapun, haruslah diingat apabila telefon percuma yang diberikan ini, spesifikasi dia mungkin sedikit rendah dan tidak hebat setanding telefon mahal. Apa boleh buat kan? Itu je bantuan yang kerajaan bagi setakat ini maka bersyukurlah kita daripada takde langsung kan.

Satu lagi ada beberapa perkara yang kita mungkin boleh buat untuk pastikan telefon tersebut tahan lama dan tidak panas ataupun meletup macam kes-kes yang telah pun berlaku. Mungkin kejadian ‘overheat‘ ini disebabkan spesifikasi telefon yang rendah sedangkan keperluan untuk belajar online memerlukan penggunaan yang lebih tinggi. Tapi kita cubalah juga ikhtiar lakukan langkah seperti di bawah ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko kan?

Jika diikutkan pelbagai punca boleh menyebabkan telefon jadi panas termasuklah perisian telefon tu sendiri ataupun masalah hardware tapi ini adalah beberapa tips yang disyorkan pengeluar telefon dan nasihat pakar:

1. Tutup Aplikasi Background Apabila Tak Digunakan

Ramai terlepas pandang tips elak telefon cepat panas yang pertama ni, yelah bila kita bukak aplikasi di telefon lepastu kita tekan back kita ingat kita dah tutup aplikasi tu kan. Rupanya tidak, aplikasi akan tetap berjalan atau running in background. Jadi apa perlu buat adalah tutup aplikasi tersebut dengan ikut langkah di bawah:

  • Klik butang di home screen yang akan memaparkan running background

  • Klik butang tong sampah untuk hapuskan semua running background

  • Jika tidak boleh tolak ke atas atau swipe up semua aplikasi yang masih berjalan sehingga skrin di bawah dipaparkan
  • Satu lagi cara untuk pastikan aplikasi tidak berjalan di running aplication adalah dengan klik setting

  • Klik Disable bagi aplikasi yang tidak anda perlukan untuk sentiasa terbuka atau berjalan

2. Tutup Wifi, Internet Data, GPS Location Atau Bluetooth

Apabila korang tengah guna data internet, dan tidak memerlukan tetapan lain beroperasi seperti bluetooth, GPS Location mahupun Wifi maka seeloknya dimatikan fungsi tersebut. Ini bagi mengelakkan telefon bekerja keras seperti mencari talian wifi dan bluetooth yang ada sedangkan tidak digunakan.

Cara tutup fungsi berkenaan adalah pergi ke bahagian tetapan atau settings dan klik disable atau tutup button bagi fungsi yang tidak digunakan. Bukan saja dapat elak bateri hp panas malah korang juga dapat jimatkan bateri dengan cara ini.

Sumber Gambar Wanista

3. Kurangkan Tahap Kecerahan Skrin Telefon

Yang ini pun mungkin ada yang tak perasan sebab ada sesetengah telefon kita boleh tetapkan dalam mood automatik. jadi kalau korang berada di bawah matahari atau lampu terang je dia akan terus naik kadar kecerahan.

Jadi apa korang perlu buat adalah pergi ke bahagian settings > display brightness dan gerakkan kepada kadar kecerahan yang sesuai. Takdelah paling cerah sekali, nanti bukan cepat panas, bateri pun cepat habis.

4. Pastikan Pengudaraan baik Ketiga Guna Telefon

Seeloknya tempat korang guna telefon tu adalah kipas ataupun ada pengaliran udara. Maksudnya tak ada lah korang letak dekat celah tilam ke bantal apatah lagi kalau tengah cas tu. Silap-silap boleh meletup juga tau! Alatan gajet ni memang akan panas bila kita gunakan cuma bergantung pada teknologi telefon tersebut dan macam mana kita guna

Sumber Gambar Sinarplus

5. Rehatkan Seketika Setelah Guna, Jangan Terus Menerus

Ya memang begitu lumrahnya dengan peralatan elektrik kebanyakannya. Kalau kita guna berterusan tanpa ada rehat sememangnya akan membuatkannya lebih cepat panas. Jadi kalau guna untuk belajar tu, kalau dah habis kelas online cuba tutupkan skrin telefon tu dan biarkan rehat selama beberapa minit sebelum guna semula. Ni tak terus pasang lagu atau main game memang cepat panas lah telefon nya.

Senang je kan tips elak telefon cepat panas ni? Ini hanyalah beberapa saranan dan candangan yang mungkin korang boleh buat untuk kurangkan kepanasan telefon tu. Takdelah nanti dah panas meletup tak boleh nak pakai lagi satu kerja susah nak cari yang lain. Nak tunggu bantuan kerajaan mungkin tak tahu lagi bila dapat, so kita guna je dulu apa yang dah dapat baik-baik ya! Nak tahu tips telefon selalu hang sangkut boleh baca SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button