KenderaanCara Mudah

Jiran Parking Depan Rumah Boleh Dikenakan Tindakan. Ini Cara Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa

Cara Buat Aduan Kereta Jiran Selalu Parking Depan Rumah

Masalah jiran parking depan rumah nampak seperti kecil tapi kalau dah berlaku banyak kali boleh menimbulkan hal atau isu besar. Ye lah parking atau meletakkan kereta di depan rumah orang hingga menyebabkan orang itu susah nak keluar rumah, bukan ke menganiaya orang tu? Betul mula-mula bolehlah nasihat tapi kalau kerap kali berlaku takkan nak biar je kan?

Kalau ada hal kecemasan seperti rumah terbakar atau perlu pergi ke hospital, lepastu si pemilik kereta tidur ke dalam rumah dan tak boleh dihubungi, nak buat macam mana? Jadi perlulah kita fikir tentang orang lain juga bukan kesenangan diri sendiri je. Kalau mereka berdegil juga macam mana? Jangan risau, negara kita ada undang-undang.

Cara Buat Aduan Kereta Jiran Parking Depan Rumah Dan Menghalang Lalulintas

Ya betul, meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran atau di kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan halangan lalulintas adalah salah di sisi undang-undang. Undang-undang tersebut adalah seperti berikut:

Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

  • “Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.”

Manakala bagi sesiapa yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah korang dengan sengaja pula mungkin boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (“AKK 1955”) atau Kanun Keseksaan di atas alasan melanggar masuk atau trespass. Justeru, korang masih boleh membuat laporan polis keranan ia melibatkan harta persendirian.

Seksyen 22 Akta Kesalahan Kecil 1955

  • “Barangsiapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal….dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih dari lima puluh ringgit.”

Sumber Gambar PDRM

Langkah membuat laporan

Jadi apakah tindakan yang perlu korang buat? Ini merupakan saranan PDRM sekiranya perkara begini terjadi:

  1. Berbincang dan berunding sebaik mungkin dengan pemilik kenderaan.
  2. Jika mereka enggan, bolehlah membuat aduan kepada pihak Majlis Perbandaran
  3. Boleh juga menghubungi pihak polis untuk dipertimbangkan
  4. Jangan sesekali merosakkan kenderaan tersebut kerana ia boleh dikira satu perbuatan jenayah

Jadi dah tahu saluran yang betul untuk selesaikan masalah ni boleh lah cuba ikut. Paling tak pun share kan dulu artikel ni kat jiran parking depan rumah selalu tu biar diorang baca dan faham sendiri lepastu baru takut nak parking depan rumah kan. Kalau korang nak tahu tips untuk elak berlaku kebakaran rumah pula boleh baca di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button