KesihatanCara Mudah

Tips Elak Rambut Gugur Antaranya Letak Garam Pada Syampu, Pelik Tapi Berkesan!

Cara Elak Rambut Gugur Tanpa Rawatan Mahal Di Saloon

Apa tips elak rambut gugur yang berkesan? Tak kiralah lelaki ke, atau perempuan, dua-dua pun akan stres bila masing-masing perasan ada beberapa helai rambut yang gugur setiap kali lepas menyikat rambut. Mungkin awal-awal korang rasa benda tu normal, tapi bila setiap kali sikat rambut atau basuh rambut je akan ada rambut yang gugur di lantai, rasa takut tu makin membesar. 

Tips Elak Rambut Gugur Yang Jimat & Mudah Je!

Keguguran rambut yang teruk boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap seseorang tu. Keyakinan diri seseorang akan semakin berkurangan, dan lama-lama boleh jadi sampai tak nak berdepan dengan orang lain. Sebenarnya masalah rambut gugur ni korang boleh atasi sendiri di rumah je dan tak perlu nak belanjakan duit sampai beratus-ratus Ringgit untuk membuat rawatan rambut. Amalkan tips elak rambut gugur mudah dan murah di bawah ni je, mesti rambut korang akan kurang gugur dah lepas ni!

1. Jangan Menyikat Rambut Terlalu Kuat

Kadang-kadang, masalah rambut gugur ni berlaku bila kita terlalu kuat sangat menyikat rambut.

Nak sikat rambut ni boleh je, cuma jangan sikat terlalu kuat. Cara paling mudah untuk sikat tanpa merosakkan rambut: kalau rambut cukup panjang, pegang bahagian tengah rambut sebelum korang menyikat bahagian hujung rambut untuk hilangkan kusut. Kemudian barulah perlahan-lahan menyikat rambut daripada kulit kepala hingga ke bahagian tengah. Dengan cara ni tak adalah rambut korang cepat gugur.

2. Tocang Rambut Sebelum Tidur

Bagi yang berambut panjang, pernah tak bila bangun daripada tidur tu, rambut akan jadi sangat kusut. Untuk elakkan benda ni daripada terjadi, sebelum tidur tu, korang tocangkan dulu rambut kepada dua bahagian, kiri dan kanan. Pastikan jangan ikat rambut ketat sangat. Lepastu rambut yang dah ditocang tu korang letakkan di tepi leher sebelum tidur. Nanti bila dah bangun keesokan harinya, bolehlah buka getah macam biasa dan rambut pun dah tak kusut lagi. Masalah gugur pun akan berkurangan.

3. Berhenti Gunakan Haba pada Rambut

Cuba elakkan daripada keringkan rambut dengan pengering rambut. Haba yang datang daripada pengering rambut tu terlalu panas dan boleh membuatkan rambut menjadi cepat kering dan rapuh. Lagilah rambut senang nak gugur kan kalau macam tu. Sebaiknya, lepas mandi atau basuh rambut, korang lap dulu dengan tuala kering dan biarkan rambut kering dengan sendiri je.

4. Basuh Rambut Setiap 4-7 Hari

Jangan terlalu kerap membasuh rambut. Bila korang cuci rambut setiap hari, minyak semula jadi yang menguatkan akar rambut akan hilang, sebab tu lah rambut akan senang gugur. Cara yang betulnya adalah untuk mencuci rambut selang 4 ke 7 hari dan korang kena ingat, masa nak syampu rambut tu, cuma syampu bahagian kulit kepala je. Elakkan daripada menggosok pada bahagian helaian rambut.

5. Letak Garam Pada Syampu

Bunyi macam pelik kan? Tapi ini lah petua yang orang kata kalau nak rambut tu kuat, lebat dan tak mudah gugur iaitu capur syampu dengan garam. Selain itu boleh juga basahkan dulu rambut dengan air garam kemudian barulah cuci rambut dengan syampu. Boleh amalkan dua ke tiga kali seminggu.

Sumber Facebook

Masalah rambut gugur sebenarnya boleh diatasi sendiri di rumah tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkan rawatan di salun. Pastikan korang amalkan tips elak rambut gugur ni paling kurang selama 6 bulan untuk melihat hasilnya. 

Walaupun dah buat tips elak rambut gugur ni, tapi korang masih mengalami masalah rambut gugur yang banyak dan secara tiba-tiba, kitorang syorkan untuk dapatkan nasihat doktor sebab takut ada sakit lain yang lebih teruk yang perlukan rawatan segera. Makanan pun boleh buat tumbuhnya jerawat, biar betul? Baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button