KesihatanMakanan

Makanan Apa Yang Boleh Buat Jerawat Tumbuh? Dan Makanan Apa Pulak Bagus Untuk Elak Jerawat Tumbuh? Ini Dia…

Cara Mudah Jaga Makan Agar Kulit Muka Bersih Daripada Jerawat

Bila tenung muka sendiri dekat cermin, nampak kusam je kulit muka lepastu fikir macam mana nak elak jerawat tumbuh dengan banyak. Walaupun dah cuba macam-macam produk, kulit tetap macam ni juga. Mungkin korang terlepas apa yang kita makan boleh beri kesan pada kulit muka kita! Bukan kena beli produk kulit yang mahal-mahal je tau!

Siapa je tak mahu kulit yang sihat dan bersih? Tak susah pun sebenarnya untuk jaga makan dan dapatkan kulit muka yang sihat ni. Korang hanya perlu kekalkan mindset dan tegas dengan diri sendiri agar dapat capai kulit muka yang sihat. Ya betul, perlu jaga makan je, tak perlu keluar duit banyak buat rawatan kulit dan sebagainya

Sumber Gambar Thetrentonline

3 Jenis Makanan Untuk Kulit Yang Cantik Sihat & Elak Jerawat Tumbuh

Korang kena makan makanan tersenarai di bawah ni kalau nak kulit yang bersih dan elak jerawat tumbuh. Ini beberapa jenis makanan yang boleh beri impak positif kepada kulit muka korang.

1. Sayuran Hijau

Korang tak salah baca pun. Nak sihat memang kena makan sayur walaupun ada yang tak berapa gemar. Sayur hijau macam bayam banyak khasiatnya macam antioksidan tapi ia juga mengeluarkan kolagen untuk badan kita. Ia juga mengandungi vitamin C dan vitamin E 3 kali ganda lebih banyak. Dengan memakan bayam dalam kuantiti yang betul, kulit korang akan terlindung daripada sinaran UV. Tapi, jangan pula tinggalkan rutin sunscreen tu kalau sering terdedah kepada matahari!

Sumber Gambar Kompas

2. Sayur Berwarna Oren

Bila fikir sayur warna oren, sayur apa yang terlintas dalam kepala? Mestilah lobak kan? Tau ke tak ni lobak sebenarnya banyak khasiat untuk kulit kita? Lobak berikan vitamin A dalam badan kita dan secara langsung boleh kurangkan kedutan, membantu melembabkan kulit, rawat parut di muka dan banyak lagi! Lobak tak semestinya anda makan macam tu saja. Anda boleh jadikan sebagai jus ataupun panggang buat sementara waktu.

3. Badam

Badam ataupun dalam bahasa English adalah almond. Tapi badam bukan dalam kategori kekacang ke? Bukan ke kacang sebabkan jerawat? Sebenarnya badam ni penuh dengan vitamin E yang bantu untuk kurangkan penuaan dan juga serikan wajah lagi serta elak jerawat tumbuh. Tapi janganlah makan terlalu banyak badam pula. Pengambilan boleh dalam 24 biji badam sehari dan mencukupi.

3 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Jerawat Muncul Di Muka

Dah tahu makanan yang terbaik untuk cantikkan kulit korang, ini pula beberapa makanan yang boleh jadi penyebab jerawat muncul di muka dan perlu dielakkan kalau boleh.

1. Karbohidrat & Gula Putih

Banyak ahli dermatologi bersetuju bahawa karbohidrat yang diproses boleh menyebabkan kulit dengan mudahnya ada jerawat. Contoh karbohidrat proses adalah biskut, roti putih dan bijirin. Pengambilan gula putih dalam air yang banyak juga boleh sebabkan jerawat naik di muka tau. 

2. Produk Tenusu

Susu semestinya ada banyak kebaikan. Lagi-lagi untuk tulang dan gigi anda tetapi pengambilan produk tenusu seperti keju dan susu boleh meransang kelenjar minyak di kulit muka dan kemudian boleh hasilkan jerawat. Dengan mengurangkan pengambilan produk tenusu ni boleh baiki keadaan kulit dan juga elak jerawat daripada muncul di kulit muka kita.

Sumber Gambar Insider

3. Makanan yang pedas

Kalau sebut pasal makanan pedas je, orang Malaysia memang tak boleh elak. Tapi sebenarnya makanan yang pedas mengandungi likopen asid yang boleh merengsakan kulit anda juga hilangkan kestabilan pH level kulit anda. Ahli dermatologi juga banyak menyarankan untuk berhenti makan makanan yang pedas untuk dapatkan kulit yang sihat tanpa jerawat. Mungkin kalau muka tengah breakout tu kena berhenti kejap lah makan pedas kan

Untuk tutup topik ni, kalau korang nak kan kulit yang bersih dan elak jerawat tumbuh, perlu mula untuk ‘eat-clean’ iaitu amalkan pemakanan yang sihat dan bersih. Tiada makanan bergoreng dan sememangnya mengikut pyramid makanan yang disarankan oleh pakar kesihatan. Orang kata beauty is pain kan. Kena lah tahan sikit kan. Makan maggi selalu pun tak sihat tau untuk kesihatan, ini alternatif lain korang boleh tengok. Baca di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button