MakananTips Jimat

Selain Maggi, Ini Makanan Murah Dan Jimat Bagi Yang Dah Pokai Tunggu Gaji Masuk Tu

Tips Jimat Makanan Murah Selain Maggi

Tips Jimat Makanan Murah Selain Maggi

Awal bulan gaji masuk, lepas dah asingkan duit untuk itu dan ini, makanan pun kena catu. Bila dah tengah-tengah bulan rasa macam alaaahh tiba-tiba teringin nak makan sedap sedap. Terpaksalah tahan nafsu nak beli macam macam haa. Jadi kita pun terdesak nak cari makanan yang sedap tapi masih murah dan mengenyangkan, betul tak?

Takkanlah nak makan maggi saja kan sementara nak tunggu gaji masuk. Makanan segera seperti maggi ini tidak boleh mengenyangkan anda dalam masa yang panjang. Tambahan pula, pengambilan secara setiap hari boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kerana jumlah garam yang banyak di dalam satu paket.

Jadi, selain mi segera ini cadangan makanan yang murah dan jimat dan boleh mengenyangkan anda!

1. Orang Malaysia ni kalau tak dapat nasi tak sah!

Sumber GambarBharian

Untuk yang tak pandai memasak, anda boleh beli nasi bujang berharga RM3 di kedai. Jika anda boleh memasak, lebih bagus kerana disini sahaja anda sudah jimat! Sebenarnya, anda boleh buat macam macam dengan nasi sahaja.

Anda boleh buat nasi goreng kosong dengan hanya tambah telur dan sedikit perasa. Kalau ada cili ataupun bawang, anda boleh tumis terlebih dahulu. Bila dah terdesak, yang macam ni pun kita rasa sedap! Selain nasi goreng, anda boleh je buat makan jadi nasi bujang. Hanya perlu gorengkan telur sahaja. Kalau ada lebihan sambal dalam peti ais, boleh lah makan sekali. Kalau tak pun, makan dengan kicap pun dah cukup sedap. 

2. Beli makanan pada waktu pagi dan simpan!

Sumber GambarFlickr

Tahukah anda, makanan sarapan pagi yang dibungkus dengan daun pisang boleh tahan sehingga malam jika anda tempatkan di dalam peti ais. Dengan harga serendah RM1.00 sahaja anda boleh dapatkan sebungkus nasi lemak. Ada juga gerai yang menjual bihun goreng dan juga mee goreng. Jadi boleh beli dan makan untuk malam pula.

3. Makanan segera yang cukup nutrisi!

Sumber GambarBorakKita

Kadang-kadang bila balik,rasa macam malas nak masak. Nak makan maggi instant pula macam tak kenyang. Anda tau tak anda boleh dapatkan satu set makanan macam nasi goreng kampung,  nasi lemak sambal dengan telur dan berbagai lagi dekat mana mana 7 Eleven atau 99 Speedmart? Makanan macam ni memang sudah disejuk bekukan dan anda hanya perlu panaskan sahaja! Arahan pada bekas makanan juga senang! Anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM5 untuk sebekas nasi goreng kampung. Makanan macam ni lebih mengenyangkan sebab nutrisi pun cukup. 

Sumber Gambardaddriana

Tapi kalau macam duit pun cukup cukup sahaja anda boleh beli bubur nasi instant di mana-mana pasar raya dengan harga serendah RM1.80 untuk satu unit. 

4. Kenyang dengan roti sahaja!

Sumber Gambarcikmatahariku

Bila anda terfikir roti, apa je lah yang boleh dibuat dengan roti ni. Banyak sebenarnya dan sangat mudah untuk anda sediakan. Kenyang pun kenyang. Anda boleh buat roti telur celup sardin ataupun roti sosej kalau nak senang. Kalau anda ada lebihan sambal ikan bilis di dalam peti ais anda boleh buat roti sambal ikan bilis. Bahan utama anda perlukan hanyalah roti dan juga telur! Beli telur 10 biji di mana-mana supermarket dengan harga serendah  RM4. Roti baru RM3 satu dapat tahan 2 ke 3 hari.

Sebenarnya banyak pilihan yang ada bila kita dalam keadaan terdesak. Makan mi segera hari-hari pun tak elok juga untuk kesihatan. Sekali-sekala perlu masukkan sesuatu yang cukup nutrisi dalam badan untuk kekal sihat. Anda boleh beli makanan di gerai-gerai kecil tepi jalan untuk lebih jimat. Kalau ada rezeki lebih, diorang boleh bagi extra. Bila kawan-kawan ajak makan di luar dan nak belanja anda, janganlah segan tolak. Rezeki perlu dikongsi. Nak tahu tips jimat makan di luar baca sini

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button