PermohonanCara Mudah

Cara Mohon e-Janji Temu LHDN Untuk Rayuan BPR 2021 Mulai 15 Jun Hingga 30 Jun

Langkah Mohon Online Janji Temu Rayuan BPR di Kaunter LHDNM

Semua tahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 masih dilanjutkan susulan kes COVID19 yang masih tinggi maka untuk hadir ke LHDN perlu buat e-Janji Temu LHDN. Ini kerana, bagi permohonan rayuan BPR 2021, selain boleh dibuat secara atas talian, untuk membuat rayuan di kaunter perlulah dibuat terlebih dahulu permohonan secara online bagi e-Janji Temu LHDNM

Harus diingat bahawa hanya pemohon yang membuat janji temu secara dalam talian sahaja akan dibenarkan berurusan di kaunter BPR LHDNM. Jadi macam mana nak buat temujanji online untuk buat rayuan di Kaunter LHDNM ni? Berikut adalah cara memohon e-Janji Temu LHDN

Baca Juga: Cara Mohon Rayuan BPR 2021 Online

Cara Mohon Online e-Janji Temu LHDN untuk Rayuan BPR di Kaunter LHDNM

Sebelum tahu lebih lanjut, perlulah tahu dulu bila rayuan BPR 2021 dibuka dan bila pula boleh mohon e-Janji Temu?

  • Rayuan BPR 2021: 15 Jun 2021 hingga 30 jun 2021
  • Permohonan e-Janji Temu: Dibuka mulai 14 Jun 2021
  • Tarikh Janji Temu: mulai 15 Jun 2021
  • Waktu Operasi Kaunter BPR:

Perkhidmatan di Kaunter LHDNM

Antara perkhidmatan yang disediakan di kaunter BPR apabila telah membuat janji temu adalah seperti berikut:

  • Semakan Status / Bayaran
  • Permohonan
  • Rayuan
  • Lain-lain

Kaedah pemohonan e-Janji Temu LHDN

Boleh dibuat di Portal Rasmi BPR seperti pautan berikut:

Langkah Membuat Permohonan Online e-Janji Temu LHDN

Berikut adalah cara memohon e-Janji Temu LHDNM:

1. Layari Portal Rasmi BPR 2021 seperti di atas dan klik ikon ‘Janji Temu’

2. Pilih sama ada janji temu untuk diri sendiri atau wakil

3. Jika wakil, bahagian maklumat wakil akan dipaparkan

4. Ruangan emel adalah wajib untuk diisikan

5. Jika MyKad yang dimasukkan bukan penerima BPR, ruangan No. Telefon serta emel akan dipaparkan.

6. Sila pilih negeri dan cawangan yang berhampiran atau yang ingin dikunjungi bagi janji temu.

7. Pilih tujuan janji temu dan tarikh janji temu

8. Masukkan Kod Captcha dan Sahkan Captcha lalu klik Hantar

9. Permohonan yang berjaya di hantar akan menerima borang makluman janji temu melalui butang Cetak. Jika pemohon bukan penerima BPR, makluman akan dihantar ke email yang didaftarkan.

Syarat Permohonan Janji Temu

  • Hanya satu tarikh sahaja dibenarkan bagi setiap No. MyKad Pemohon
  • Kemaskini hanya dibenarkan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh janji temu
  • Slot masa akan dipaparkan mengikut kekosongan masa janji temu. Peruntukan hanya untuk 3 orang pemohon bagi satu slot masa
  • Permohonan janji temu tidak dibenarkan bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan
  • Captcha mestilah diisi sebelum menghantar permohonan e-janji temu

Pembatalan Permohonan Janji Temu LHDN

  • Pembatalan permohonan janji temu ada disediakan di dalam emel yang dihantar
  • Pemohon yang ingin membatalkan janji temu boleh klik pautan ‘Tekan Di Sini’
  • Paparan pembatalan akan ditunjukkan seperti gambar di bawah. Klik Batal Permohonan untuk pembatalan Janji Temu

Laman e-Janji Temu (Pengguna MyBPR)

Bagi pemohon atau penerima BPR sebelum ini, boleh juga login ke laman BPR dan klik pada e-Janji Temu

Klik ‘Tempah e-Janji Temu’ atau ‘Senarai Janji Temu’. Senarai janji temu akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

Maklumat Lanjut

Jika slot janji temu penuh atau mempunyai sebarang masalah serta ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BPR MOF: 03-88824565 / 03-88824565

Baca Juga : Cara Tempah Temujanji Klinik Gigi Kerajaan & Saringan Perkahwinan Online

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button