RumahCara Mudah

Lantai Jubin Berlumut Susah Nak Cuci? Guna 4 Bahan Semulajadi Ni Je Mudah Hilang Semua Kotoran Degil!

Cara Cuci Lantai Jubin Berlumut Dengan Mudah

Tandas merupakan tempat yang kita pergi setiap hari dan mesti kalau dah lama tak basuh lantai jubin berlumut dan kotoran degil melekat kan. Kadang tu kalau dah basuh pun masih susah nak bersihkan kotoran degil atau lumut yang melekat tu. Dah guna berus dengan sabun pun tak boleh juga hilang, takkan nak kena tukar jubin baru kan. Jangan risau sebenarnya ada cara mudah nak bersihkan lantai jubin yang kotor berlumut ini hanya dengan menggunakan bahan semulajadi yang ada di rumah je.

Bukan apa kalau nak beli sabun pencuci yang betul-betul berkesan hilangkan kotoran degil di tandas tu kadang harga dia mahal. Selain itu ianya menggunakan bahan kimia yang mungkin boleh membahayakan kesihatan kita. Jadi lebih mudah dan murah kalau kita guna bahan semulahadi yang ada dekat rumah je. Jimat kos dan tak perlu bersusah payah beli bahan pencuci lain. Apa yang lagi penting ianya berkesan!

Cara Cuci Lantai Jubin Berlumut Dengan Mudah Hingga Bersih Kotor Degil

Berikut dikongsikan cara untuk mencuci lantai jubin yang berlumut dengan mudah sehingga bersih semua kotoran degil:

Bahan-Bahan

  • 7 cawan air
  • 1/2 cawan soda
  • 1/3 cawan jus lemon
  • 1/4 cawan cuka

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam botol penyembur, goncangkan dan sembur pada lantai jubin yang berlumut.
  2. Biarkan seketika dalam 1 hingga 2 minit , kemudian gosok dengan berus dan bilaskan dengan air

Mudah sahaja kan? Jangan terkejut jika hasilnya memuaskan. Tandas pun akan berbau wangi dengan bau lemon.

 

Tips Cuci Mangkuk Jamban Yang Kotor Dan Berkerak 

Satu lagi masalah yang sering wujud apabila kita mencuci tandas adalah mangkuk tandas atau mangkuk jamban yang berkerak. Kadang tu kita dah guna sabun pun tetap juga tak menjadi. Jangan risau, cuba buat tips di bawah:

Bahan-Bahan

  • Cuka atau Air Coca cola
  • Berus

Cara-Cara 

  1. Tuangkan cuka atau air coke ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam
  2. Gosokkan mangkuk tandas menggunakan berus
  3. Selepas berjaya menggalkan kesemua kotoran degil, siram dengan air bersih

 

Dah tahu cara nak bersihkan lantai jubin berlumut dan mangkuk tandas berkerak, lepasni tak ada masalah lagi nak cuci tandas dengan mudah. Kalau dah cuba tips dekat atas ni dah masih tak menjadi boleh cuba lagi guna bahan semulajadi yang lain boleh rujuk di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button