KenderaanCara Mudah

Cara Beli Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri. Dapat Lagi Murah Sebab Ada Diskaun & Promosi

Tips Beli Tiket Bas Ekspres Setiap Negeri Secara Atas Talian (Online)

Mesti masih ada yang tak tahu cara beli tiket bas online ke seluruh negeri. Pembelian tiket bas secara atas talian ini sebenarnya memudahkan kita semua. Tak perlu lagi pergi ke stesen bas atau kaunter jualan tiket bas dan beratur panjang untuk berebut membeli tiket. Jadi boleh jimat masa, dan paling penting sekali jimat duit kerana tak perlu bayar kos duit minyak dan duit parking. Nak bayar untuk beli tiket bas online ni pun boleh secara online sahaja menggunakan perbankan internet.

Bas ekspres merupakan salah satu pengangkutan awam yang ada di Malaysia untuk perjalanan rentas negeri. Ia juga adalah cara yang paling murah berbanding pengangkutan awam yang lain seperti kapal terbang dan kereta api. Terdapat pelbagai jenis pengendali atau syarikat bas ekspres yang menawarkan perjalanan rentas negeri mahupun daerah. Ada juga tiket bas yang dijual untuk merentas negara seperti ke negara jiran kita iaitu Thailand dan Singapura.

Cara Beli Tiket Bas Online. Bas Ekspres Setiap Negeri Menggunakan Diskaun & Promosi (Kupon)

Berikut adalah cara untuk membeli tiket bas secara online dan beberapa info lain yang berkaitan.

TERKINI: Senarai Tawaran Diskaun Bas Sempena PRU-15

Beberapa syarikat perkhidmatan bas mahupun paltform pembelian tiket bas ada menawarkan tawaran sempena Pilihan Raya Umum Ke-15. Antaranya adalah:

1. Easybook – Sehingga 15%

Platform pembelian tiket bas online, Easybook ada menawarkan diskaun harga tiket sehingga 15% bagi para pengundi yang akan pulang ke tempat mengundi bagi PRU-15. Tawaran adalah seperti berikut:

  • Kod Diskaun: EB15OFF
  • Diskaun 5% + Ganjaran Tunai 10% = 15%
  • Tempoh tempahan : Sehingga 22 November 2022
  • Tempoh perjalanan: 16 November hingga 22 November 2022

2. Redbus – Sehingga 50%

Redbus yang merupakan platform pembelian tiket bas online juga turut menawarkan diskaun harga tiket sehingga 50% untuk para pengundi yang bakal pulang mengundi untuk PRU-15. Tawaran adalah seperti berikut:

  • Kod Diskaun: JOMUNDI
  • Diskaun 25% (sehingga RM6) + Ganjaran Tunai 25% (sehingga RM10)= 50% 
  • Tempoh Sah : Sehingga 21 November 2022

 

Kelebihan Beli Tiket Bas Online

  • Jimat masa (tidak perlu datang awal atau sehari sebelum untuk membeli tiket mahupun menunggu bas pada waktu yang dijadualkan)
  • Jimat tenaga (tidak perlu beratur panjang dan tunggu lama terutama sewaktu musim perayaan)
  • Jimat kos (boleh menggunakan diskaun & promosi yang ada serta elak daripada ditipu ulat tiket)

Platform Beli Tiket Bas Online 

Sebenarnya terdapat pelbagai tempat atau platform untuk membeli tiket bas ekspress secara atas talian. Pengguna boleh memilih untuk membeli terus daripada syarikat bas tersebut ataupun menerusi platform yang telah mengumpulkan hampir kesemua bas-bas ekspress yang ada di dalam sebuah laman web. Antaranya adalah:

Portal / Aplikasi Tiket Bas Online

Syarikat Bas 

Pengguna boleh menggunakan mana-mana platform yang tersedia di atas kerana ianya sememangnya mudah dan mesra pengguna. Di bawah akan dikongsikan cara membeli tiket bas online menerusi Redbus. Bagi platform lain caranya adalah lebih kurang sama mungkin sedikit berbeza di bahagian interface setiap lamannya.

Semasa Pembelian Tiket Bas

1. Layari atau muat turun aplikasi Redbus :

2. Pilih Lokasi Berlepas (Departure) dan Ketibaan (Arrival)

3. Pilih tarikh untuk pergi (sahaja jika mahu sehala) dan juga pulang lalu klik Cari Bas

4. Pilih masa yang diinginkan dan syarikat bas yang ingin dinaiki dan klik padanya

5. Pilih tempat duduk yang diinginkan dan klik Teruskan

6. Buat pembayaran dengan mengisi maklumat peribadi dengan betul dan kemudian pilih untuk membayar menggunakan kad debit, kad kredit, perbankan internet ataupun e-wallet.

7. Mesej pengesahan akan dihantar ke emel yang didaftarkan serta nombor telefon yang telah diberikan.

8. Tiket atau e-ticket yang dihantar ke emel tersebut hendaklah di simpan dan dicetak sekiranya diperlukan oleh syarikat bas. Sesetengah bas hanya perlu tunjuk tiket tersebut di telefon bimbit tanpa perlu mencetaknya di kertas.

Tiket Murah Promosi & Diskaun

Untuk mendapatkan promosi dan diskaun bagi membeli tiket bas murah, pastikan masukkan kod promosi di ruangan sebelum pembayaran dilakukan. Kod promosi lazimnya dinyatakan di setiap paltform pembelian tiket bas online.

Semasa Menaiki Bas

Apabila telah membeli tiket bas secara online, pada hari ingin menaiki bas tersebut pastikan pengguna membuat perkarra berikut:

1. Semak e-ticket yang dihantar melalui emel (pastikan tarikh dan waktu betul)

2. Setelah tiba di stesen bas, pergi ke kaunter tiket bas dan tunjukkan e-ticket pada kaunter bas.

3. Pegawai di kaunter tiket akan memberikan nombor plat atau no. pendaftaran bas dan platform atau gate bas pada hari tersebut. (Sesetengah syarikat bas akan mencetakkan tiket fizikal juga untuk diberikan kepada pelanggan)

Mudah sahaja kan nak beli tiket bas secara online, lepas ni tak perlu lagi bersusah payah nak pergi sehari sebelum atau datang awal untuk beratur panjang dan tunggu lama di kaunter tiket stesen bas untuk beli tiket bas.

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button