InformasiCara Mudah

Cara Mohon Pengeluaran Kematian KWSP Untuk Tuntut Wang KWSP Jika Pencarum Meninggal Dunia

Langkah Bagi Penama/Waris Memohon Pengeluaran Kematian KWSP Sekiranya Pencarum Meninggal Dunia

Apa jadi dengan duit simpanan KWSP bila kita meninggal nanti, boleh ke buat pengeluaran kematian KWSP? Korang mesti pernah terfikir soalan ni kan? Sebenarnya, setiap kali seorang ahli KWSP meninggal dunia, penama atau warisnya boleh datang untuk memohon pengeluaran simpanan si mati, tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.

Syarat-Syarat Pengeluaran KWSP Apabila Pencarum Meninggal Dunia

Sebelum nak tahu cara-cara pengeluaran, kita kenalah ambil tahu dulu syarat-syarat permohonannya. Syarat-syarat permohonan pengeluaran kematian KWSP ni terbahagi kepada dua, iaitu:

  1. Penamaan
  • Pemohon adalah penama akaun ahli, maksudnya pencarum yang meninggalkan dunia tu telah menamakan individu tersebut untuk mengeluarkan simpanan KWSP beliau.
  • Kalau penama meninggal dunia pula, situasi ni perlu dilihat dalam dua aspek, iaitu jikalau pencarum tersebut beragama Islam ataupun tak.
    • Pencarum beragama Islam: Kalau penama meninggal dunia sebelum atau selepas ahli KWSP, waris terdekat ahli boleh memohon dengan Surat Kuasa.
    • Pencarum bukan beragama Islam: Kalau penama meninggal SEBELUM ahli, waris kepada ahli layak memohon. Tapi kalau penama meninggal SELEPAS ahli, waris kepada penama yang layak untuk memohon. 
  1. Tanpa Penamaan

Ada beberapa situasi pula, pencarum KWSP tak meletakkan apa-apa penama, jadi waris yang terdekat yang layak untuk memohon. Waris ni dibahagikan kepada dua pula, iaitu:

  • Pencarum yang dah berkahwin, waris yang layak memohon adalah:
    • Balu atau duda pencarum
    • Anak-anak
    • Pentadbir pusaka pencarum
  • Pencarum yang belum berkahwin, waris yang layak memohon adalah:
    • Bapa atau ibu pencarum
    • Adik-beradik, kalau ibu bapa pencarum dah meninggal dunia
    • Pentadbir pusaka pencarum

Cara Menuntut Simpanan KWSP Apabila Pencarum Meninggal Dunia (Pengeluaran Kematian KWSP)

Sebelum nak memohon pengeluaran kematian di KWSP, pastikan korang dah sediakan dokumen-dokumen yang selengkapnya. Dokumen yang diperlukan oleh KWSP terbahagi kepada dua jenis, dokumen utama dan dokumen sokongan. 

  1. Dokumen Utama
  1. Dokumen Sokongan

i. Sijil lahir pemohon, jika penamaan yang didaftar oleh ahli menggunakan Sijil Kelahiran pemohon.

ii Ahli KWSP (Si Mati) Belum Berkahwin

• Sijil Kelahiran Ahli, sekiranya pemohon adalah ibu atau bapa ahli; ATAU
• Sijil Kelahiran Ahli, Sijil Kelahiran Pemohon serta Sijil Kematian Ibu bapa ahli, sekiranya pemohon adalah adik beradik ahli.

iii. Ahli KWSP (Si Mati) Telah Berkahwin
• Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan.

iv. Ahli KWSP (Si Mati) Bukan Islam Telah Berkahwin Sebelum 1 Mac 1982
• Surat Akuan Sumpah Kahwin DAN Sijil Kelahiran Anak Ahli.

v. Ahli KWSP (Si Mati) Telah Bercerai
• Sijil Penceraian Ahli; DAN
• Dokumen bukti pertalian ahli dengan pemohon

vi. Surat Kuasa
• Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi); ATAU
• Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah); ATAU
• Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah); ATAU
• Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB) ATAU
• Surat Kuasa Mentadbir (Pejabat Daerah Sarawak) ATAU
• Surat Kuasa (Mahkamah Anak Negeri Sabah)

Nota: Salinan Surat Kuasa perlu disahkan oleh pengeluar Surat Kuasa atau sekiranya dokumen asal atau pendua dikemukakan, salinan dokumen Surat Kuasa berkenaan boleh disahkan oleh pegawai kaunter KWSP. Surat Kuasa yang dicetak secara ‘online’ juga perlu disahkan oleh pengeluar Surat Kuasa yang berkenaan. Pihak Peguam adalah tidak dibenarkan sebagai pengesah kepada salinan Surat Kuasa.

vii. Penama Meninggal Dunia
• Sijil Kematian Penama

 

Nak diringkaskan cerita, susunan langkah untuk permohonan pengeluaran kematian tu nanti adalah:

  1. Segala dokumen pemohon mestilah disahkan oleh orang yang diberi kuasa.
  2. Kenal pasti panel bank KWSP supaya lancar urusan kemasukan duit nanti.
  3. Hantarkan permohonan yang dah lengkap diisi di pejabat KWSP yang berdekatan.
  4. Untuk tahu lebih lanjut, boleh bertanyakan pada mana-mana kaunter KWSP ataupun baca risalah yang disediakan KWSP di SINI atau SINI.

Sekarang dah tahu kan cara nak tuntut wang (pengeluaran kematian KWSP) sekiranya ada ahli keluarga kita yang meninggal dan mempunyai caruman KWSP. Semoga bermanfaat, dan boleh share artikel ini agar ramai lebih tahu. Kalau korang nak tahu cara untuk membayar zakat KWSP, korang boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button