Uncategorized

PdPR Macam Lama Lagi? Ini 5 Phone Mampu Milik Spefikasi Bagus Sesuai Untuk Belajar Online Di Rumah

Telefon Pintar Mampu Milik Sesuai Untuk Anak Belajar Di Rumah

Kalau zaman dulu, telefon pintar ni kita tengok sebagai satu kehendak je, yang kalau tak milikinya pun tak apa. Tapi zaman sekarang ni, ia dah jadi satu keperluan. Semua orang pun perlukan telefon pintar untuk memastikan kehidupan seharian dapat berjalan dengan lancar. 

Lagi-lagilah bila pandemik Covid ni melanda, makin ramai orang bekerja di rumah atau anak-anak yang perlu belajar dari rumah, semua ini memerlukan gajet yang mampu untuk bermesyuarat atau menghadiri kelas secara online dan telefon pintar dapat membantu dalam hal ni.

Perkara Penting Sebelum Beli Phone

Sebelum nak beli smartphone, korang kena tahu dulu kriteria apa yang penting dan memastikan pembelian kita tu nanti berbaloi. Antara kriteri yang korang kena teliti adalah:

  • Memori 

Memori ni kalau boleh sekurang-kurangnya dalam 32GB pun sepatutnya dah cukup je untuk simpan gambar dan apps yang penting.

  • Processor (RAM)

RAM ni kalau dia makin kecil, makin smartphone korang cepat lagging. Nak main game ke atau nak scroll Facebook ke, dah susah pula kalau processor kecil sangat. 3GB RAM dah memadai dah untuk smartphone.

  • Harga 

Harga ni, dah tentu-tentulah nak lagi murah lagi bagus kan? Kalau smartphone mahal sangat, sampai kena ambil installment, dah jadi satu benda yang membebankan pula nak kena bayar setiap bulan. Lagipun, ada je smartphone murah yang berbaloi untuk dibeli.

5 Smartphone Mampu Milik untuk Pelajar Khususnya Keluarga Golongan B40

Bila sebut telefon pintar, mesti korang terbayang beribu ringgit perlu dihabiskan untuk membelinya. Tapi sebenarnya, ada banyak je pilihan telefon pintar yang harganya tak cecah RM500 pun! Kalau korang tengah cari telefon pintar, mungkin boleh mempertimbangkan 5 telefon pintar dekat bawah ni:

1. Vivo Y11

Vivo Y11 dilancarkan pada tahun lepas, dilengkapi dengan sistem unit pemprosesan Snapdragon 439 yang membuatkan telefon ni tak mudah lagging. Selain tu, Vivo Y11 ni juga dilengkapi dengan beauty filter. Jadi makin lawalah gambar selfie yang korang tangkap nanti! Telefon ni boleh didapati dengan harga mampu milik walaupun fungsinya hampir sama dengan telefon berjenama yang lebih mahal. Spesifikasi untuk telefon ni adalah seperti berikut:

  • RAM: 3GB
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 6.35’’ full HD
  • Bateri: 5000mAh
  • Kamera: 13MP + 2MP (belakang), 8MP (depan)
  • Berat: 190.5g
  • Harga: RM499

2. Realme C3

Mungkin jenama ni jarang didengari, tapi apa yang ditawarkan dalam telefon ni membuatkan ia berbaloi untuk dimiliki. Plastic coating pada badan telefon ni membuatkannya jadi kalis air dan kalis cap jari. Selain tu, badannya juga tahan calar. Siapa yang selalu telefon terjatuh atau anak selalu main telefon, bolehlah mempertimbang Realme C3 ni. Spesifikasi untuk telefon ni adalah seperti berikut:

  • RAM: 3GB
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 6.5’’ mini drop full screen
  • Bateri: 5000mAh
  • Kamera: 13MP + 2MP + 2MP (belakang), 5MP (depan)
  • Berat: 195g
  • Harga: RM499

3. Oppo A5s Smartphone

Telefon jenama Oppo semakin dikenali dan banyak digunakan oleh orang Malaysia. Ia memang terkenal dengan spesifikasi yang mantap dengan harga yang mampu milik. Oppo A5s Smartphone ni mempunyai paparan skrin berkualiti, bateri yang tahan lama, dan rekaannya yang tahan lasak. Kalau jenis suka selfie pun, telefon ni sesuai untuk korang! Spesifikasi untuk telefon ni adalah seperti berikut:

  • RAM: 3GB
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 6.2’’ HD+
  • Bateri: 4230mAh
  • Kamera: 13MP + 2MP (belakang), 8MP (depan)
  • Berat: 170g
  • Harga: RM499

4. Honor 9A

 Satu lagi jenama telefon pintar keluaran China, yang mungkin jarang orang dengar. Dengan harga yang mampu beli, korang boleh dapatkan telefon yang mempunyai design yang cantik dan mempunyai bateri tahan lama. Honor 9A juga ada sistem fast charging, di mana dalam sejam je, bateri korang daripada kosong boleh jadi penuh. Spesifikasi untuk telefon ni adalah:

  • RAM: 3GB
  • Storage: 64GB
  • Skrin: 6.3’’ IPS Dewdrop
  • Bateri: 5000mAh
  • Kamera: 13MP + 5MP + 2MP (belakang), 8MP (depan)
  • Berat: 185g
  • Harga: RM489

Sebenarnya ada je telefon berkualiti yang mempunyai harga yang mampu milik. Jangan ikutkan sangat trend untuk memiliki telefon berjenama terkini yang mahal, sedangkan korang boleh je jimat duit dengan membeli telefon yang jauh lebih murah, tapi mempunyai kualiti yang hampir sama. Korang kenalah bezakan antara kehendak dan keperluan, dan kalau nak tahu cara untuk bezakan antara dua benda ni, boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button