MakananCara Mudah

Masak Pakai Rice Cooker Pun Nasi Boleh Hangit? Ini Tips Hilangkan Bau Hangit Nasi

Tips Baiki Apabila Nasi Jadi Hangit

Mungkin zaman sekarang ni dah kurang kot masalah nasi hangit sebab rata-rata orang sekarang masak nasi guna rice cooker. Melainkan kalau rice cooker korang rosak, jadi kadang-kadang kerak dekat bahagian bawah periuk tu nanti boleh jadi hitam dan hangit. Boleh jadi juga mungkin masatu rumah tak ada elektrik dan korang pula lapar. Kenalah masak nasi guna dapur gas. Ataupun rice cooker korang rosak.

 

Sumber Gambar Kantan Merah

Tapi kalau korang masih masak nasi guna periuk nasi atas dapur, mata memang kena sentiasa melekat dekat periuk nasi tu. Kalau terleka sikit je habis nasi boleh hangit. Bila nasi hangit nanti habislah susah, kan? Takkan nak buang pula. Dekat sini, kitorang nak kongsi tips, apa nak buat untuk hilangkan bau hangit pada nasi.

8 Petua Berguna untuk Hilangkan Bau Nasi Hangit

Kalau nasi yang korang masak tu hangit, jangan buang! Nasi tu masih boleh dimakan, cuma bau hangit tu je yang kena buang. Asingkan nasi yang elok daripada kerak yang hangus. Kemudian gunakan bahan-bahan di bawah ni, untuk hilangkan bau hangit pada nasi supaya korang boleh makan nasi tu tanpa diganggu bau yang kurang enak.

1. Kelapa Parut

  • Sediakan sehelai kain putih kecil yang bersih.
  • Letakkan dalam 3 sudu kelapa parut ke dalam kain dan diikat.
  • Timbuskan dalam nasi.
  • Teruskan memasak dengan api yang perlahan.

2. Cili Kering

  • Basuh 2-3 tangkai cili kering dan jangan dipotong.
  • Masukkan ke dalam periuk yang terisi nasi hangit dan biarkan seketika. Cili kering tu akan serap semua bau hangit tu.

3. Daun Pisang

  • Tutup je periuk yang terisi nasi hangit tu dengan daun pisang dan biarkan untuk seketika.

4. Cili Padi

Sumber Gambar Elle Hughes//UNSPLASH

  • Pertua ni banyak digunakan semasa kenduri, bila orang masak nasi dalam kawah.
  • Ambil beberapa tangkai cili padi dan cucukkan terus ke dalam nasi hangit tu.
  • Biarkan sampai cili tersebut lebam atau layu. Tu tandanya bau hangit tu dah hilang.

5. Daun Limau Purut

  • Ambil beberapa helai daun limau purut. Carik-carikkan dan taburkan dalam nasi hangit tadi.
  • Tutup periuk dan biarkan selama beberapa ketika. Mesti nasi tu akan berbau harum.

6. Daun Pandan

  • Daun pandan memang dikenali sebagai bahan pewangi dalam masakan. Jadi memang tak terkejutlah kalau ia digunakan sebagai petua nak hilangkan bau hangit.
  • Ambik dua helai daun pandan, simpulkan dan masukkan ke dalam mangkuk. Mangkuk tu kemudiannya diletakkan di tengah-tengah periuk nasi dan ditutup.

7. Kulit Bawang

Sumber Gambar Foodism360//UNSPLASH

 

  • Korang jangan ingat kulit bawang tu tak ada guna eh. 
  • Kulit bawang yang dah dikupas daripada isinya, korang boleh cuci untuk hilangkan kotoran, sebelum masukkan dalam periuk nasi hangit tadi dan tutup penutupnya.

8. Bunga Cengkih

  • Satu lagi pewangi makanan yang korang boleh gunakan untuk hilangkan bau hangit nasi adalah bunga cengkih.
  • Taburkan dalam 5 kuntum bunga cengkih ke dalam nasi hangit dan biarkan sampai hilang baunya.

Kalau nak ikutkan, banyak je petua nenek moyang kita yang masih boleh diguna pakai sampai hari ni. Jadi bolehlah korang amalkan petua dekat atas kalau nasi yang korang masak tu hangit. Nanti tak adalah membazir nasi hangit tu bila korang buang macam tu je, kan? Kalau nak tahu tips masak nasi impit boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button