Pekerjaan

Majikan Wajib Bagi 5 Hari Cuti Umum Bergaji? Ramai Tak Tahu Lagi Ini Penjelasannya

Ketahui Hak Kita Sebagai Pekerja

Hari cuti umum

Hari Cuti Umum atau juga dikenali sebagai Hari Kelepasan Am adalah hari-hari yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk semua warganegara supaya mendapat rehat dari kerja harian mereka. Hari cuti umum merupakan hak pekerja yang dijamin oleh undang-undang, dan syarikat-syarikat diwajibkan untuk memberikan cuti pada hari-hari ini kepada pekerja mereka.

Semua orang suka cuti tidak kira cuti pada hujung minggu atau ketika cuti umum kan? Mesti ada yang nak pergi bercuti dan spent masa dengan keluarga tersayang. Sebelum masuk tahun kalendar baru setiap tahun, kerajaan Malaysia akan mengumumkan takwim senarai hari-hari cuti umum untuk kemudahan semua orang bagi merancang perjalanan pulang ke kampung dan sebagainya.

Senarai hari-hari cuti umum itu termasuklah semua cuti perayaan atau sambutan antaranya Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali atau cuti Hari Keputeraan di setiap negeri-negeri dalam Malaysia, dan cuti bersempena khas seperti Hari Kemerdekaan. Tetapi ini tidak bermaksud semua syarikat di Malaysia perlu bercuti pada hari-hari tersebut.

Dalam Akta Kerja 1955 ada menerangkan setiap syarikat yang berdaftar di Malaysia seharusnya mengambil minimum 11 hari sahaja untuk bercuti. Ia merangkumi 5 hari cuti yang wajib diambil dan 6 hari cuti yang pihak majikan boleh pilih.

Senarai Hari Cuti Umum Wajib Setiap Syarikat Berikan

Akta Kerja 1955 juga mengatakan bahawa setiap majikan TIDAK WAJIB ambil semua hari cuti umum yang diumumkan oleh kerajaan. Sebaliknya, pihak majikan perlu memperuntukkan minimum 11 hari cuti yang terdiri daripada 5 hari cuti WAJIB dan 6 hari cuti PILIHAN.

5 hari cuti yang WAJIB maijkan diambil seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 adalah:

  • Hari Pekerja – 1 Mei

Hari Cuti Umum

  • Hari Kebangsaan – 31 Ogos

Hari cuti umum

Sumber: Berita Harian 2023

  • Hari Malaysia – 16 September

HARI CUTI UMUM

  • Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong

hari cuti umum

  • Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri atau Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan

hari cuti umun

Baki lagi 6 hari cuti biasanya pihak majikan boleh pilih daripada senarai hari-hari cuti umum yang diwartakan kerajaan. Dalam konteks di Malaysia, kebiasaannya hari-hari yang terpilih adalah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Perayaan Krismas, Maulidur Rasul, atau Hari Wesak.

Di sini penting untuk setiap majikan memaklumkan senarai hari-hari cuti yang diambil kepada semua pekerja sama ada dengan mengeluarkan notis sebelum bermulanya tahun kalender baru setiap tahun.

Selain daripada Hari Kelepasan Am, terdapat juga hari Cuti Tambahan yang diberikan khas oleh kerajaan antaranya hari cuti sempena pembentukan kerajaan selepas Pilihanraya Umum atau satu hari cuti khas bersemperna meraikan kejayaan dalam bidang sukan. Dalam kes ini pihak majikan perlu memberi cuti kepada pekerja seperti yang tertulis dalam Seksyen 8 Akta Kelepasan Am 1951 yang menerangkan Menteri boleh mengumumkan satu hari cuti tambahan khas yang tiada dalam takwim kalender asal.

Walaupun begitu, majikan boleh meminta para pekerjanya untuk bekerja pada Hari Kelepasan Am yang dinyatakan di atas, namun, dalam situasi ini pekerja layak untuk menerima pembayaran yang lebih tinggi. Perkara ini boleh dirujuk dalam Seksyen 60 D (3) (a) Akta Kerja 1955.

Hari cuti umum adalah hari-hari yang ditetapkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa untuk semua warga negara menikmati rehat dari rutin kerja mereka. Ini adalah masa yang penting dalam kalendar tahunan di mana pekerja dapat meluangkan masa bersama keluarga, mengejar hobi, dan merawat kesihatan fizikal serta mental mereka. Di seluruh dunia, setiap negara mempunyai senarai hari cuti umum yang berbeza, tetapi konsep ini adalah aspek penting dalam menyokong keseimbangan kerja-hidup yang sihat.

Tapi cuti-cuti ini tak tahu nak makan mana? Jom baca artikel 10 Tempat Makan Best & Mesra Poket di Kuala Lumpur

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button