Pekerjaan

Kerja Berat Tapi Gaji Sikit! Ini 5 Pekerjaan Gaji Paling Rendah Di Malaysia

5 Pekerjaan Dengan Gaji Yang Paling Rendah Di Malaysia

Apakah pekerjaan gaji paling rendah di Malaysia? Adakah korang tahu bahawa di dunia pekerjaan, ada je kerja yang berat dan memenatkan tapi gaji sikit? Boleh pulak ada pekerjaan yang buat kita kering peluh, tapi gaji yang masuk poket macam air paip yang tersumbat. Pada hakikatnya, telah menjadi lumrah manusia menjadikan prospek gaji atau faedah sebagai keutamaan apabila memilih pekerjaan. Hal ini kerana kebanyakkan orang pada zaman sekarang “bertuhankan” duit dan menganggap duit adalah segalanya untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup serta komitmen kewangan yang lain.

Dan besar kemungkinan juga ada yang di antara kita tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima. Lebih-lebih lagi dengan orang yang melakukan kerja berat, lebih masa dan pada waktu yang tak menentu. Mereka yang bergaji rendah ni cukup-cukup makan je lah, takde extra nak shopping baju trendy atau makan kat restoran atau café yang fancy. Ini antara pekerjaan yang dibayar dengan gaji yang sikit dan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.

5 Pekerjaan Gaji Paling Rendah Di Malaysia Yang Masih Ramai Tak Tahu

1. Pekerja Binaan

Gaji bermula dari RM 1200

Bukan sahaja buruh binaan terpaksa kerja keras dan memerlukan tenaga yang banyak, kerja ini mempunyai risiko kematian yang agak tinggi berbanding dengan pekerjaan lain. Mereka juga terpaksa bekerja tak tentu masa sampaikan ada yang bekerja pada lewat malam. Tidak ambil kira lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas terik.

Buruh binaan dibayar dengan gaji yang sikit kerana kebanyakkan mereka tidak mempunyai kelayakan atau kelulusan pendidikan yang tinggi. Mungkin jugak sebab mereka ni tak pandai dalam pembelajaran, timbul juga isu di mana masyarakat tak menganggap buruh binaan ni sebagai pekerjaan yang penting. Sebab itu kadang-kadang gaji buruh binaan tak dihargai sepenuhnya.

Padahal, kalau takde buruh binaan, kita takkan boleh duduk dalam rumah yang cantik dan selesa atau guna infrastruktur kat Malaysia ni kan? Disebabkan gaji yang tidak setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan, rakyat Malaysia lebih memilih pekerjaan lain dan kini pekerjaan binaan dipelopori oleh warga asing terutamanya Nepal dan Bangladesh.

Sumber : Kosmo Digital

2. Pegawai Khidmat Pelanggan

Gaji bermula dari RM 1500

Tahu tak, kerja khidmat pelanggan ini bukan selalu senang. Bila ada pelanggan yang tak puas hati, kena sabar dan berusaha nak bantu selesaikan masalah. Tetapi, gaji yang diterima tidak mencerminkan cabaran dan tekanan yang dihadapi setiap hari oleh pegawai khidmat pelanggan. Itu belum ambik kira dengan banyak aduan, rungutan dan caci maki yang dapat daripada pelanggan-pelanggan cerewet terhadap masalah-masalah yang dihadapi.

Kerja khidmat pelanggan ni tak dinafikan bekerja dengan jumlah masa yang panjang dan lebih berorientasikan soft skills. Mesti pandai komunikasi, penuh sabar, dan pandai menyelesaikan masalah pelanggan. Tapi, skil teknikal mungkin tak terlalu ditekankan. Sebab tu, gaji untuk skil yang lebih teknikal mungkin lebih tinggi berbanding kerja yang lebih berfokuskan pada hubungan antara manusia.

Sumber : Informasi Inovareka

3. Pelayan Restoran atau Kedai Makan

Gaji bermula dari RM 1100

Pelayan restoran dan kedai makan antara pekerjaan yang amat meletihkan dan tertekan serta mereka perlu bekerja tak henti sepanjang syif. Hal ini menyebabkan mereka tak dapat rehat yang cukup dan ada kalanya terpaksa berhadapan dengan pelangan yang biadap dan cerewet.

Ramai yang tahu bahawa pekerjaan pelayan restoran atau kedai makan memang seringkali bergaji rendah. Banyak faktor yang menyebabkan gaji dalam bidang ni tak setinggi yang diharapkan. Sesetengah daripada mereka menerima gaji pokok bersama elaun kerja lebih masa atau elaun syif, namun ada juga yang menerima gaji mengikut jam. Apabila dihitung mengikut jam, gajinya adalah lebih rendah daripada mereka yang mendapat gaji tetap.

Situasi ini juga berlaku dalam kebanyakan restoran makanan segera. Walaupun  kebanyakkan rangkaian restoran makanan segera menawarkan faedah kepada kakitangan mereka, namun masih ramai yang menderita daripada tekanan kerja termasuklah gaji yeng rendah dan kerahan tenaga kerja.

Di beberapa tempat, pekerja pelayan bergantung kepada tips sebagai sebahagian daripada pendapatan mereka. Tips ini tak tetap, kadang-kadang mungkin banyak, kadang-kadang mungkin takde langsung. Bergantung kepada tips boleh menyebabkan pendapatan mereka tidak stabil, dan gaji asas mereka mungkin lebih rendah.

Sumber : Iluminasi

4. Penulis

Gaji bermula dari RM 1000

Kebanyakan pekerjaan penulis atau copywriter ini dianggap sebagai pekerjaan seni dan kreatif. Karya seni  di Malaysia memang terbaik, tapi kadang-kadang gaji tak seberapa. Mungkin sebab ramai orang ingat penulis cuma duduk, berimaginasi, dan tulis-tulis je.

Tetapi sebenarnya proses kreatif ni memerlukan masa yang banyak untuk mencari idea. Menghasilkan penulisan yang berkualiti dan berbaloi untuk dibaca bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihasilkan. Ia melibatkan carian dan penyelidikan yang agak lama serta penyuntingan yang sangat rumit.

Kebanyakan penulis bekerja sebagai bebas atau freelancer yang membolehkan mereka bekerja tidak kira masa dan biasanya terasing daripada orang ramai kerana penulis kebiasaanya memerlukan ruang dan masa sendiri untuk berfikir dan menulis.

Namun begitu, penulis yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman boleh meraih pendapatan yang agak lumayan. Hal ini disebabkan antara di antara mereka yang mahir dalam penulisan digital yang menjadi buruan pada zaman perkembangan teknologi ini kerana ia memerlukan tertentu dan tidak semua penulis boleh lakukan.

Sumber : Glints

5. Pembantu Pusat Asuhan

Gaji bermula dari RM 900 

Bekerja di pusat asuhan adalah panggilan hati yang mulia. Ibu bapa kanak-kanak mungkin sibuk dengan tanggungjawab harian mereka, dan itulah sebabnya para pembantu pusat asuhan hadir untuk memberi perhatian dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk memastikan bahawa setiap anak mendapat perhatian yang mencukupi dan rasa selesa seperti di rumah sendiri. Namun, bagaimanakah keadaan sebenar pekerjaan mereka? Walaupun bekerja penuh dedikasi, majoriti pembantu pusat asuhan masih bergaji rendah.

Beberapa dari mereka mungkin bekerja dengan status kontrak, dan ini menyebabkan ketidakstabilan dalam pendapatan bulanan. Pihak pengurusan pusat asuhan sendiri kadang-kadang menghadapi tekanan kewangan untuk memastikan kelangsungan operasi pusat.

Sumber : XTRA

Jadi, memang ada banyak kerja berat tapi gaji rendah di Malaysia ni. Kadang-kadang, kita tak dapat elak daripada menghadapi situasi macam ni. Tapi, janganlah putus asa. Kita kena bangkit, cari jalan nak tambah pendapatan, atau mencari pekerjaan yang lebih baik lagi. Jangan risau, walaupun gaji tak setimpal, kita masih boleh berjaya! Semangat jangan padam! Janganlah berhenti untuk berusaha mencari rezeki yang lebih baik.

Siapa tahu, nanti rezeki kita akan datang dari arah yang tak disangka-sangka. Usaha tangga kejayaan, Pandai-pandailah kita cari jalan untuk improve diri dan cari peluang-peluang tambahan untuk tambah pendapatan. Dan kita perlu pandai jimat dan uruskan gaji kita dengan baik supaya tak cepat habis. Mungkin juga korang boleh tukar ke industri lain yang lebih bersedia nak bayar gaji yang setimpal dengan usaha korang.

Ingat, hidup ni tak terhenti pada gaji je. Banyak lagi benda yang boleh kita appreciate dan nikmati. Layanlah kerja gaji tak setimpal ni macam pengembaraan hidup, benda baru nak dicuba dan pelajaran nak dipelajari. Life is all about the journey, bukan hanya destinasi semata-mata.

Jadi, kalau ada di antara kita tengah berkejar-kejar cari kerja, jangan lah terlalu obses nak dapat gaji besar sampai tak nampak pekerjaan yang gaji tak setimpal ni. Ingat, setiap pekerjaan ada hikmahnya, jadi jangan malas untuk mencari ilmu dan keindahan dalam setiap cabaran yang kita hadapi. Semoga kita semua terus happy dan enjoy dalam perjalanan mencari kerjaya yang paling sesuai!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button