KewanganCara Mudah

Gaji Baru Masuk Tinggal Berapa Je Baki Dalam Bank? Ini Apa Perlu Buat Untuk Simpan Duit

Cara Simpan Duit Bila Baru Dapat Gaji Agar Tak Habis

Ramai yang selalu mengadu masalah sama macam mana nak simpan duit bila dapat gaji? Mana tak nya bila gaji masuk je bayar itu ini beli macam-macam terus habis duit gaji. Memang betul harga barang sekarang pun banyak dah naik tapi gaji kita yang tak naik-naik kan? Jadi apa yang kita boleh buat adalah nak tak nak kena berjimat juga. Barulah gaji yang dah dapat tu tak habis dalam sekelip mata je.

Sebenarnya ada bermacam-macam cara orang dah ajar dan buat dari pengalaman mereka sendiri untuk jimat dan pastikan duit gaji tak habis dengan cepat. Yang paling penting adalah disiplin diri kita sendiri. Kalau diri sendiri tak dapat kawal juga berbelanja tak boleh jadi juga. Jangan risau ramai je mengalami masalah yang sama sebelum ini. Jadi kita perlu betul-betul berusaha juga semampu kita.

Cara Simpan Duit Bila Baru Dapat Gaji Agar Tak Habis

Berikut adalah perkongsian saudara Hilmi Jailani di Facebook beliau tentang cara untuk simpan duit bila baru dapat gaji:

Langkah 1 : Senaraikan Setiap Perbelanjaan Bulanan

Perkara pertama perlu buat adalah ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan. Waktu ni, jangan nak tipu atau bersembunyi lagi. Kalau gunakan duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Terus terang antara satu sama lain. Rujuk gambar di bawah sebagai contoh.

Langkah 2 : Bandingkan Perbelanjaan Dengan Gaji

Bila dah senaraikan perbelanjaan, senaraikan juga gaji yang masuk setiap bulan. Kalau ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, boleh sahaja.

Lepastu tolak jumlah gaji dengan perbelanjaan bulanan, akan dapat positif atau negatif?  Kalau positif syabas dan tahniah diucapkan kerana korang tergolong dalam golongan yang sabar. Tapi kalau negatif, silakan baca sampai habis

 

Langkah 3 : Tengok Langkah 1 & Potong Perbelanjaan Tak Perlu

Semak semula catatan senarai perbelanjaan pada langkah 1 tadi. Potong atau buang dan kurangkan belanja yang dirasakan tidak perlu. Waktu ini, pastikan tengok betul-betul dan sedarlah daripada mimpi atau kembali kepada realiti

 

Langkah 4 : Setiap Kali Gaji Simpan Dulu Sebelum Guna!

Ini mungkin ramai selalu tak buat. Ataupun ramai buat guna dulu gaji yang lebih baru simpan. Percaya lah susah punya kalau buat macam tu. kalau dapat pun mesti sikit je dapat simpan tu nanti. Jadi buat awal-awal dulu. Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa jumlah yang kena simpan?

Jumlah Gaji – (Komitmen + Belanja) = Simpan

Contohnya katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun / bonus, tempat yang sepatutnya diletakkan duit itu adalah pada simpanan. Bukan pada belanja ya? Boleh faham kan?

 

Langkah 5 : Asingkan & Masukkan Duit Dalam Sampul!

Cari angpau atau sampul raya tahun lepas, lepastu masukkan setiap jumlah duit yang dah ditulis pada langkah 1. Asingkan 1 sampul untuk 1 jenis perbelanjaan. Wajib tulis atau tanda besar-besar. Nanti takut terambil sampul yang salah pula. Rujuk gambar di bawah sebagai contoh.

Langkah 6 : Tampal Kertas Untuk Catat Duit Keluar

Setelah masukkan duit dalam sampul tadi, tampal pula kertas pada dinding untuk catat ‘Duit keluar’ dari sampul. Setiap sen yang keluar tu wajib tulis! Lekatkan ianya berdekatan dengan deretan sampul tadi. Tengok gambar di bawah

 

Langkah 7 : Setiap kali Gaji Masuk, Check & Kira Setiap Sampul

Jadi bila dah ada sistem ni, setiap kali gaji seterusnya masuk, semak dan audit semua sampul sama ada sama atau tidak dengan catatan keluar masuk.

 

Kalau ada duit lebih dalam sampul tu nak buat apa? 

Untuk yang ni korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih kan. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih juga kan?

 

Jadi macam mana? Tak susah pun kan nak pastikan gaji masuk dalam bank akaun kita tak habis begitu sahaja sekelip mata. Yang penting memang disiplin diri kita sendiri. Apa pun usaha dahulu yang selebihnya serah pada yang Maha Kaya. Kalau nak tengok tips jimat duit khusus bagi golongan B40 boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button