KenderaanCara Mudah

Cara Tukar Nama Kenderaan Secara Online Menerusi MySikap JPJ

Panduan Pertukaran Nama Kenderaan Online (MySikap JPJ)

Ramai tanya boleh ke tukar nama kenderaan online je?  Sekarang ini teknologi telah memudahkan semua urusan harian kita. Ini termasuklah urusan dengan pihak kerajaan yang jika sebelum ini akan mengambil masa yang lama, kini boleh diselesaikan dengan lebih cepat. Tak perlu lagi pergi ke kaunter, kini boleh buat di mana-mana secara online je. Ini termasuklah tukar nama kenderaan menerusi sistem MySikap JPJ.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah pun melancarkan sistem atas talian mereka untuk mempermudahkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai. Kalau sebelum ini perlu pergi ke kaunter dalam waktu operasi sahaja, kini waktu malam pun boleh buat bagi mereka yang sibuk bekerja. Yang bagus juga bila buat online kita tidak perlu menunggu giliran dan boleh terus pilih urusan mana yang ingin dibuat.

Cara Tukar Nama Kenderaan Secara Online MySikap JPJ

Berikut adalah perkongsian saudara Ahmad Hafidz di Facebook beliau tentang cara tukar nama kenderaan online. Beliau baru sahaja menjual motor beliau dan menukarkan nama kepada owner baru. Langkah dia memang mudah sahaja iaitu:

 

Pemilik lama

1. Log masuk portal MySikap. Sekiranya belum pernah mendaftar sila daftar

2. Klik pada butang Kenderaan

 

3. Pilih Transaksi / Tindakan : Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)

4. Masukkan No. Plat Kenderaan dan klik Carian

5. Klik Teruskan dan masukkan No. MyKad & emel pemilik baharu

6. Sahkan dan permohonan selesai

Pemilik baharu

1. Log masuk MySikap

2. Klik pada butang Kenderaan

3. Pilih Transaksi / Tindakan : Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu)

4. Buat bayaran untuk proses online

5. Selesai dan boleh hadir ke mana-mana cawangan JPJ untuk cetak geran baharu

Sekiranya pemilik baharu belum mendaftar MySikap, bolehlah hadir ke mana-mana JPJ dalam masa 7 hari (selepas pemilik berdaftar selesaikan membuat langkah dinyatakan di atas) bagi membuat pengesanan cap jari atau thumbprint serta cetak geran baharu. Jika lebih 7 hari maka pemilik lama perlu membuat permohonan semula.

Nota: Sebenarnya geran tersebut tidak diwajibkan untuk dicetak dalam waktu tertentu. Jika tidak ingin mencetak kerana tiada keperluan juga dibolehkan kerana semuanya telah di kemaskini di dalam sistem.

Sekarang ini nak perbaharui cukai jalan dan insurans juga tak perlukan geran. Nak renew roadtax online sahaja pun boleh buat di MySikap. Mudah sangat kan kalau nak berurusan dengan JPJ hanya perlu daftar sahaja MySikap dan banyak jenis transaksi boleh dibuat di situ. Cara renew lesen memandu online boleh tengok di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button