Cara MudahRumah

Mudah Je Rupanya Nak Cuci Bekas Berminyak! Ini Caranya Bersihkan Tupperware

Cara Mudah Cuci Bekas Berminyak

Paling malas kita nak buat adalah cuci bekas berminyak kan, betul tak? Memang tak dapat disangkal lagi, banyak jasa tupperware atau bekas makanan dalam hidup kita. Ada orang gunakan tupperware untuk letak bekal makan tengah hari, ada yang guna untuk simpan daging atau ikan mentah di dalam peti sejuk, dan ada juga yang gunakan tupperware untuk simpan lebihan makanan. 

Tapi satu benda yang tak seronok bila gunakan tupperware untuk simpan makanan ni, adalah bila nak mencucinya. Lagi-lagi kalau tupperware tu kita simpan makanan yang berminyak macam kari dan asam pedas. Rasa macam nak pengsan pun ada bila dah puas tonyoh dengan sabun dan span, tapi masih tak nak hilang juga kesan minyak yang degil tu.

Tips Cuci Bekas Berminyak Dengan Mudah

Sebenarnya, cara kita cuci tupperware selama ni mungkin cara yang tak berkesan! Sebab tu walau berapa lama pun kita sental dengan span, kesan minyak tu tak hilang-hilang. Dekat bawah ni, kitorang kongsikan 4 cara nak hilangkan kesan berminyak pada tupperware yang pasti berkesan dan mudah!

1. Tisu dan Air Sabun

Kalau cuci guna span dan sabun je tak dan, cuba cara ni pula.

  • Masukkan sedikit air ke dalam tupperware. Dan titiskan sabun pencuci. Ikut korang nak banyak mana. Selalunya dalam 2-3 titik dah cukup dah.
  • Masukkan tisu dapur yang tebal ke dalam tupperware yang diisikan air tadi. Kalau tak ada tisu dapur, guna tisu biasa pun boleh, cuma kena guna dua tiga helailah sebab nipis.
  • Tutupkan tupperware, dan goncang selama 30 saat. 
  • Bila dah berbuih banyak, bilas tupperware korang macam biasa.

Cara ni mungkin korang tak percaya boleh jadi, tapi sebenarnya ia memang betul-betul berkesan! Tak caya cuba sendiri.

2. Soda Bikarbonat 

Kalau cara tersebut tak jadi, boleh guna bahan seterusnya ni yang pasti ada dekat rumah korang iaitu Soda Bikarbonat. Cara dia mudah je:

  • Taburkan Soda Bikarbonat ke dalam bekas yang berminyak
  • Masukkan sedikit air panas
  • Gosok dengan span dan kotoron berminyak akan hilang

3. Cuka Makanan dan Soda Bikarbonat

Kalau tak berkesan juga, korang boleh cuba gabungan cuka makanan dan soda bikarbonat ni, yang memang dikenali sebagai ejen pencuci semula jadi yang hebat. Cara-caranya adalah:

  • Semburkan cuka makanan ke dalam tupperware. Pastikan setiap lekuk diselaputi oleh cuka makanan.
  • Taburkan dua sudu besar soda bikarbonat ke dalam tupperware. Ia akan berbuih apabila larut dengan cuka tadi.
  • Tuangkan sedikit air dan gosok dengan berus sehingga bersih. Apabila selesai, boleh bilas macam biasa.

4. Lemon

Kalau tupperware korang ada kesan minyak yang degil dan ada bau yang kuat, boleh gunakan lemon untuk hilangkan kesan dan bau tu. Cara-caranya adalah:

  • Perah sebiji lemon ke dalam tupperware.
  • Gosok setiap lekuk di dalam tupperware dengan lemon tadi.
  • Jemurkan tupperware tadi di bawah cahaya matahari hingga kering.

Cara ni lebih berkesan kalau kesan tupperware korang dah lama menguning. Lepas gunakan cara ni, kesan kuning tu pasti akan hilang

Dengan menggunakan 4 cara ni, pasti tupperware korang dah tak ada kesan berminyak lagi. Tapi kalau korang jenis malas dah nak membasuh tupperware yang ada, lebih baik beli yang baru je. Gantikan tupperware plastik yang korang ada tu kepada bekas makanan yang diperbuat daripada kaca atau seramik. Selain daripada tahan lama, ia juga tak akan meninggalkan kesan berwarna jika letakkan lauk-lauk yang berminyak! Dah jimat masa nak mencuci dekat situ. Selain tu, sesetengah bekas kaca juga boleh dimasukkan ke dalam microwave. Lagi mudah nak panaskan lauk lepas ni.

Tonton video penuh tips cuci bekas berminyak di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button