PermohonanCara Mudah

Barang Dipos Hilang Disebabkan Syarikat Kurier? Ini Apa Yang Perlu Dibuat Untuk Dapat Kembali Wang Korang

Cara Mudah Dapatkan Kembali Wang Apabila Barang Dipos Hilang Akibat Syarikat Kurier

Ada ke cara nak dapatkan balik wang kita bila barang dipos hilang? Baru-baru ni tular satu video yang menunjukkan pekerja-pekerja di sebuah syarikat kurier yang membaling-baling barang-barang customer atas sebab mogok yang dijalankan ke atas syarikat tersebut. Situasi ni boleh mengakibatkan barang-barang tersebut rosak, ataupun lebih teruk, hilang!

Tapi macam mana kalau barang atau parcel korang hilang? Apa yang korang kena buat? Daripada berdiam diri dan menangisi kerugian atas kehilangan parcel, Puan Aida Shuzana di Facebook telah mengajarkan langkah-langkah yang perlu diambil supaya kos kehilangan barang tersebut boleh dituntut semula.

Sumber Gambar Tempo.co

Tips Barang Dipos Hilang Akibat Syarikat Kurier

Di bawah ni, kitorang kongsikan semula secara ringkas, 9 langkah yang perlu dilakukan sekiranya barang kita hilang disebabkan oleh syarikat kurier:

1. Buat Laporan di Cawangan Kurier Barang Tersebut Dipos

Kalau dah dua hari dan lepas check barang masih belum bergerak di tempat yang sama, cepat-cepatlah ke cawangan kurier yang korang pos barang tu. Pergi ke kaunter dan katakan pada staf di situ yang korang mahu buat laporan tentang kebarangkalian barang hilang. 

Pastikan dalam laporan tu korang terangkan kronologi cerita pengeposan barang dengan teliti. Jangan ada tertinggal satu pun maklumat sebab setiap maklumat sangat penting. Yang ni paling penting: catit nama staf yang melayan korang masa tu dalam laporan dan dalam simpanan peribadi. Ini supaya menjadi bukti kalau-kalau cerita korang tiba-tiba diputar-belitkan pula nanti.

2. Buat Laporan Atas Talian

Lepas dah buat laporan secara bertulis, korang buat pula laporan secara atas talian. Telefon pusat khidmat pelanggan syarikat kurier tersebut dan dalam masa yang sama, hantarkan sekali laporan dalam bentuk e-mel. E-mel tersebut boleh dijadikan hitam-putih ataupun dokumen sokongan nanti.

3. Buat Laporan Polis atas Kehilangan Barang

Kalau lepas seminggu masih belum ada apa-apa tindakan, korang bolehlah buat laporan polis di balai polis atas sebab kehilangan barang. Sama seperti laporan yang dibuat di syarikat kurier, korang juga kena terangkan kronologi cerita secara detail. Laporan polis ni nanti perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tribunal Tuntutan Pengguna, dan syarikat kurier juga.

4. Laporkan Pada SKMM Pula

Laporan pada SKMM ni korang boleh buat secara online je di SINI. Bahagian Buat Aduan Baru tu, pastikan korang isi seperti yang dekat atas ni, dan Pembekal Perkhidmatan tu pilih syarikat kurier yang terlibat. Isi semua maklumat yang diminta dan bahagian lampiran korang boleh muat naik salinan laporan polis dan laporan ke syarikat kurier sebagai bukti sokongan.

5. Hubungi Tribunal Tuntutan Pengguna

Puan Aida telah hubungi Tribunal Tuntutan Pengguna dan menurut beliau, jumlah yang boleh dituntut hanyalah sebanyak nilai harga postage je. Diorang tak cover untuk harga barang yang hilang.

6. Buat Tuntutan di Mahkamah

Ya, nak tak nak korang memang kena bawa kes ni ke mahkamah untuk tuntut semula kos barang yang hilang tu. Telefon mahkamah yang berada berdekatan dengan korang dan tanya mereka jika ada bahagian tuntutan kecil ataupun tak, sebab tak semua mahkamah boleh buka kes tuntutan kecil.

Jika mahkamah yang korang hubungi tu ada bahagian tuntutan kecil:

  • Pergi bahagian pendaftaran.
  • Isi borang tuntutan kecil (pastikan ada nama, nombor kad pengenalan ataupun nombor syarikat, dan alamat defendan).
  • Serahkan borang yang dah diisi lengkap dan kes akan dibuka di kawasan tempat barang tersebut hilang.
  • Bayaran sebanyak RM20 akan dikenakan untuk buka kes. Pastikan bawa kad debit sebab diorang tak terima tunai.

7. Periksa E-mel untuk Nombor Writ Saman

Bila permohonan untuk tuntutan kecil korang diluluskan, pihak mahkamah akan e-melkan nombor writ saman, borang yang telah ditandatangani oleh mahkamah tempat perbicaraan berserta tarikh perbicaraan. Writ saman ni adalah dokumen permulaan kalau nak buka kes saman. Jadi ia adalah dokumen yang penting.

9. Cetak Writ Saman dan Pos ke Pihak Defendan

Contoh writ saman

Pihak defendan ni adalah pihak yang korang nak buat tuntutan. Jadi writ saman ni perlu diposkan ke alamat syarikat kurier. Poskan dua salinan, iaitu satu pada cawangan kurier tempat korang pos barang, dan satu lagi ke HQ. Gunakan AR berdaftar di pejabat pos bagi memastikan pihak defendan terima dokumen tu. Bayaran untuk AR berdaftar hanyalah RM4.80 je.

Bila writ saman dah diterima, slip penerimaan akan dipos semula kepada korang. Simpan dan bawa slip ni pada hari perbicaraan nanti.

9. Tunggu Hari Perbicaraan Tiba

Dan sekarang, korang hanya perlu tunggu hari perbicaraan tiba. Sementara tu, pastikan korang dah sediakan dokumen-dokumen penting yang boleh dijadikan bukti sokongan, antaranya:

  • Salinan consignment note.
  • Slip penerimaan writ saman.
  • Salinan setiap laporan yang dibuat.
  • Dan dokumen-dokumen penting yang lain.

Macam mana dengan harga peguam? Untuk tuntutan kecil di mahkamah, tak perlu upah peguam sebab koranglah sendiri peguamnya yang membela diri sendiri. Jumlah tuntutan yang dibuat pula mestilah tak melebihi RM5000. 

PERINGATAN: Pastikan korang tak mengisi borang claim pampasan dari syarikat kurier sebab kalau claim dah berjaya dibayar oleh pihak diorang, tuntutan mahkamah automatik akan dibatalkan dan kes pun akan ditutup.

Jadi jika ikuti 9 langkah di atas jika barang dipos hilang, harapnya dapatlah korang tuntut semula kos kerugian kehilangan barang yang telah dipos tu. Kalau korang beli barang secara online pula, lagi-lagi di Shopee, boleh jadi barang yang sampai tu rosak ataupun tak sama seperti apa yang dibeli. Ada cara untuk return dan refund semula barang tersebut secara percuma. Baca kat SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button