KewanganCara Mudah

Tak Perlu Pergi Ke Kaunter Setiap Bulan. Ini Cara Mudah Simpan Duit Di Tabung Haji Online Menerusi JomPay

Cara Mudah Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPAY

Boleh ke nak simpan duit di Tabung Haji online je?Memang impian semua orang untuk menunaikan haji di Mekah, paling kurang pun sekali seumur hidup. Tapi tak semua berkemampuan jadi proses nak tunaikan haji tu mungkin mengambil masa sedikit sebab kita perlu kumpul duit simpanan dulu. Walaupun pihak kerajaan dan tabung haji menyediakan subsidi bagi penunai haji kali pertama, jumlah kos menunaikan haji tetap melibatkan sebuah amaun yang tinggi.

Antara institusi yang memang dikenali sebagai tempat melabur dan menyimpan duit haji adalah Lembaga Tabung Haji (TH). malah, ramai juga ibu bapa yang buatkan akaun tabung haji untuk anak sejak diorang kecil lagi. Tapi ada sesetengah orang akan memasukkan duit ke dalam akaun TH secara manual. Setiap bulan, diorang akan ke mesin ATM atau kaunter TH dan beratur untuk memasukkan duit ke dalam akaun secara manual. 

Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Online dengan JomPAY 

Korang tahu tak, Tabung Haji kini telah memudahkan urusan semua orang untuk memasukkan wang ke dalam akaun tabung haji menggunakan transaksi pindahan wang atas talian sahaja menerusi platform JomPAY. JomPAY ini dah di integrasi dengan kebanyakan sistem bank online di Malaysia seperti CIMB, RHB, Maybank dan lain-lain. 

Cara ni bukan je lagi memudahkan korang, tapi dalam masa yang sama juga dapat memastikan yang setiap bulan pasti akan ada duit yang disimpan di dalam akaun Tabung Haji. Ya lah, kalau transfer duit secara manual ni, kadang-kadang boleh terlupa nak masukkan atau tak sempat. Jadi, untuk lebih memudahkan, korang boleh ikut caranya yang telah dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor menggunakan bank Maybank dekat bawah ni. 

  • Korang boleh buka apps atau layari Maybank2U di telefon dan log masuk.
  • Kemudian tekan bahagian Pay, dan seterusnya pilih pula JomPAY.

  • Memandangkan kita nak buat transaksi baru, jadi kita tekan pada NewJomPAY.
  • Nanti ada dua bahagian yang korang kena isikan. Bahagian BillerCode tu, korang masukkan nombor ‘60228’. Nombor ni adalah kod untuk ‘deposit ke dalam akaun Tabung Haji’. Dan bahagian Ref-1 tu pula, korang masukkan 15 digit nombor akaun Tabung Haji.
  • Boleh letakkan amaun yang mahu dimasukkan. Lepas tekan OK, korang pilih Proceed pula untuk teruskan transaksi.
  • Nanti akan keluar pop up ke laman Secure2U yang berfungsi untuk memperketatkan sistem keselamatan akaun korang, tapi dalam masa yang sama lebih memudahkan sebab lepas ni dah tak perlu nak tunggu SMS nombor TAC lagi.
  • Tekan pada Activate Now dan satu kata laluan akan diSMS ke telefon korang. Tekan Confirm jika nombor yang dipaparkan tu betul.
  • Masukkan 6 digit OTP yang diterima. Kemudian masukkan nombor IC korang sebelum tekan Submit.
  • Bila dah berjaya, boleh tekan I agree & Pay.

  • Nanti akan keluar satu lagi pop up yang akan meminta kebenaran korang untuk teruskan transaksi. Klik Approve.
  • Dan berjaya! 

Kitorang sarankan untuk korang jadikan akaun Tabung Haji ni sebagai akaun Favourite. Bolehlah nanti korang setkan untuk masukkan duit ke dalam akaun Tabung Haji secara automatik setiap bulan. Cara-cara nak setkannya adalah:

  • Lepas dah log masuk Maybank2U, klik pada Pay & Transfer.
  • Lepastu di bahagian Transfer, boleh masukkan nombor akaun Tabung Haji yang korang dah set sebagai Favourite tadi.

  • Kemudian korang on kan di bahagian Set Recurring tu.
  • Pilih tarikh mula dan tarikh akhir transaksi bulanan tu.
  • Dan akhir sekali, boleh klik Confirm.

Untuk bank lain, step dia lebih kurang sama je, cuma korang perlu pergi kepada pilihan pay & transfer dan pilih JomPay. Bila korang dah ikuti semua langkah-langkah di atas untuk simpan duit di tabung haji online, dah tak perlu risau lagi kalau terlupa nak masukkan duit ke dalam akaun Tabung Haji. Cuma setkannya untuk sekali dan korang boleh biarkan je duit masuk secara automatik setiap bulan.

Setiap tahun, ramai yang terpilih untuk menunaikan haji. Tapi dalam masa yang sama, banyak juga nama yang tak termasuk dalam senarai yang berjaya. Sebenarnya korang boleh buat rayuan haji, dan semuanya dilakukan secara online je melalui THiJARI. Cara-caranya korang boleh baca di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button