MakananRumah

Ramai Tak Tahu Microwave Perlu Cuci Seeloknya Seminggu Sekali! Ini 5 Cara Mudah Cuci Microwave

Cara Mudah Cuci Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave)

Bila kali terahir kita cuci microwave kita di rumah? Microwave atau ketuhar gelombang mikro ada di hampir setiap rumah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar. Kerja memanaskan makanan menjadi lebih mudah dengan adanya microwave di rumah, malah juga dapat digunakan untuk memasak. Tak perlu lagi tunggu lama panaskan makanan menggunakan dapur api, 2 minit je dah siap.

Tetapi satu perkara yang setiap pemilik ketuhar gelombang mikro inginkan ialah untuk mencucinya dengan lebih mudah. Ye lah selalunya bila guna microwave ini memang sebab nak cepat dan tak ada masa sangat. Itu sampai kadang tu berbulan tak basuh. Jangan risau, ini ada lima cara mudah yang pelbagai untuk cuci microwave korang di rumah.

Tips Mudah Bersihkan Microwave

Sumber Gambar Today.com

Apa Yang Diperlukan Untuk Cuci Microwave?

Bahan dan alatan yang korang perlukan untuk mencuci ketuhar gelombang mikro sangat mudah untuk didapati, malah berkemungkinan sudah ada di rumah masing-masing. Ini bahan dan alatan tersebut:

  • 1 gelas air
  • Span
  • Lemon
  • Cuka putih
  • Baking soda
  • Cecair pencuci pinggan
  • Kain mikrofiber
  • Bekas Selamat-Haba Microwave

 

#1 Cukup Ada Tuala Atau Kain Lembap

Kalau bahagian dalam ketuhar gelombang mikro korang tidak terlalu kotor, tuala atau kain bersih yang lembap mencukupi untuk cuci microwave korang dengan mudah. Caranya ialah:

  1. Letakkan tuala atau kain kembap di dalam microwave
  2. Set suhu kepada paling tinggi dan panaskan selama 5 minit.
  3. Ini akan menghasilkan wap air panas memenuhi ruangan dalam microwave yang akan membantu untuk menanggalkan kotoran dengan lebih mudah.
  4. Lap bahagian dalam dengan tuala atau kain tadi sehingga bersih.

 

#2 Guna Cecair Pencuci Pinggan Dan Span

Sumber Gambar Maid For You

Cara ini lebih kurang sama dengan menggunakan kain atau tuala lembap tadi, namun kali ini kita gunakan cecair pencuci pinggan dan span. Kebiasannya cara ini digunakan untuk cuci microwave korang kalau mempunyai kotoran degil yang agak sukar dicuci dengan menggunakan kain dan air sahaja. Caranya ialah:

  1. Isikan bekas yang selamat-haba microwave dengan air yang dicampurkan dengan cecair pencuci pinggan
  2. Set suhu microwave korang kepada paling tinggi, dan panaskan selama 1 minit atau sehingga kebanyakan air dalam bekas tersebut sudah menjadi wap.
  3. Alihkan bekas tersebut dan lap bahagian dalam microwave tadi dengan span.
  4. Kotoran yang degil akan lebih mudah tertanggal.

 

#3 Kotoran Masih Tak Nak Tanggal? Guna Baking Soda!

Sumber Gambar WikiHow

Kadang-kadang ada jenis kotoran degil yang sangat susah ditanggalkan walaupun dengan menggunakan cecair pencuci pinggan dan span. Antara contoh kotoran degil ini ialah sisa makanan yang hangus dalam ketuhar gelombang mikro korang. Tapi jangan risau, kalau rumah korang ada baking soda, masalah ini boleh diselesaikan. Korang ikuti langkah ini untuk cuci microwave korang:

  1. Dalam mana-mana bekas, campurkan satu bahagian air dan satu bahagian baking soda, gaulkan sehingga jadi pes.
  2. Sapu pes baking soda tadi pada kotoran degil dan biarkan selama 5 minit
  3. Set kan suhu microwave kepada paling tinggi dan panaskan selama 1-2 minit.
  4. Lap kotoran tadi dengan span basah. Kotoran tadi akan lebih mudah tertanggal kerana menjadi lebih lembut setelah disapu pes baking soda.

 

#4 Guna Air Dan Cuka, Minyak Mudah Tanggal

Sumber Gambar Practically Functional

Kalau keadaan ruang dalam microwave korang terlalu berminyak, penggunaan air dan cuka lebih sesuai berbanding baking soda dan lebih berkesan berbanding cecair pencuci pinggan untuk cuci microwave tersebut. Ini kerana sifat asid cuka yang tinggi lebih  berkesan menanggalkan minyak yang degil. Caranya mudah:

  1. Isikan bekas selamat-haba microwave dengan satu bahagian air dan satu bahagian cuka dan gaulkan
  2. Masukkan bekas tersebut dalam microwave dan panaskan dengan suhu microwave tertinggi selama 2-3 minit atau sehingga kebanyakan campuran air dan cuka tadi menjadi wap
  3. Lap bahagian dalam microwave tadi dengan span basah, minyak akan lebih mudah tertanggal.
  4. Lap lagi sekali dengan kain mikrofiber yang kering sehingga kering supaya tiada sisa cuka yang tinggal.

 

#5 Segarkan Microwave Dengan Lemon

Sumber Gambar Hunker

Bila microwave sering digunakan untuk memanaskan makanan, kadang-kadang akan meninggalkan bau yang tidak menyenangkan. Ada cara mudah yang korang boleh ikuti untuk menyelesaikan masalah ini, hanya dengan menggunakan buah lemon. Buah lemon seperti yang kita tahu mempunyai aroma yang menyegarkan, selain itu juga berkesan dalam menghapuskan bakteria yang menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Cara untuk cuci microwave korang menggunakan lemon supaya berbau segar adalah seperti berikut:

  1. Potong lemon separuh biji dan letakkan di atas plat microwave secara telungkup.
  2. Letakkan dua camca air di atas plat tersebut dan panaskan microwave pada suhu paling tinggi selama 2 minit.
  3. Lap plat tersebut dengan kain mikrofiber sehingga kering
  4. Dalam bekas selamat-haba microwave, isikan air sehingga separuh bekas dan masukkan baki separuh lagi buah lemon tadi ke dalamnya
  5. Masukkan dalam microwave dan panaskan pada suhu paling tinggi selama 2 minit.
  6. Keluarkan bekas tersebut dan lap bahagian dalam microwave sehingga kering. Microwave korang akan berbau lebih segar dan bau yang tidak menyenangkan akan hilang.

Itu 5 cara mudah cuci microwave yang korang wajib ikut, tak akan mengambil masa korang lebih dari 5 minit. Yang lebih penting ketuhar gelombang mikro kita bersih dan selamat daripada bakteria. Baru lah rasa yakin nak makan dan tak jatuh sakit kan. Nak guna microwave pun ada pantang larang juga ya, bukan semua benda kita boleh masukkan dalam microwave. Baca lanjut cara guna microwave dengan betul di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button