PermohonanCara Mudah

Permohonan MyKid 2022, Walk-in Sahaja Tidak Perlu Buat Temujanji. Ini Caranya

Cara Mohon MyKID Untuk Anak-Anak (Kad Pengenalan Kanak-Kanak)

Untuk anak-anak yang baru lahir, selain sijil kelahiran  ibu bapa juga kini boleh membuat permohonan MyKID. MyKID adalah kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. Ianya mempunyai ciri yang sama seperti MyKad cuma ianya tidak mempunyai gambar dan cap jari. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir sehingga ke akhir hayat.

Sebelum ini pengeluaran MyKid ditangguhkan sehingga bulan Mac 2022 untuk memberikan laluan bagi proses penambahbaikan sistem pengeluaran MyKid. Terkini menurut UTC Sarawak, permohonan MyKID boleh dibuat bermula 4 April 2022 (Isnin). Namun ianya hanyalah boleh dibuat untuk permohonan pertama kali sahaja. Untuk membuat permohonan MyKid boleh rujuk panduan di bawah.

Cara Buat Permohonan MyKID Untuk Anak-Anak

Untuk membuat permohonan MyKID, panduannya adalah seperti berikut:

 

Cara Mohon MyKid

Hadir ke JPN Tanpa Perlu Temujanji

Berdasarkan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN), pengeluaran Mykid telah beroperasi semula di Ibu Pejabat dan JPN Negeri. Justeru pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan JPN termasuklah di UTC dengan membawa dokumen berikut:

 

Dokumen Sokongan

  1. Sijil Kelahiran Anak (Dokumen asal)
  2. Dokumen Pengenalan Diri Ibu Atau Bapa (Dokumen asal)
  3. Sijil Kahwin

Pemohon dinasihatkan juga membawa:

  • Salinan MyKad Ibu
  • Salinan MyKad Bapa
  • Salinan Sijil Lahir
  • Salinan Sijil Kahwin

 

Bayaran

Tiada bayaran dikenakan bagi permohonan MyKid kali pertama.

 

Ibu Atau Bapa Sahaja Boleh Mohon

Dimaklumkan bahawa hanya ibu atau bapa sahaja yang dibenarkan untuk membuat permohonan MyKid bagi anak-anak.

 

Hanya 30 – 60 Minit Dah Siap MyKid

Menurut orang ramai yang telah berjaya mendapatkan MyKid untuk anak mereka, proses hanya mengambil masa lebih kurang dalam 30 minit sehingga 60 minit sahaja untuk siap. Namun ianya bergantung kepada keadaan situasi sama ada ramai orang ataupun tidak.

 

Semakan Status MyKid

Untuk mereka yang telah memohon MyKid, semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:

Waktu Operasi Kaunter JPN

Sepanjang Bulan Ramadhan Tahun 2022 (3 April 2022 sehingga 2 Mei 2022)

 

Waktu Operasi Biasa

Kelebihan MyKID

Terdapat beberapa kelebihan memiliki MyKid antaranya adalah:

1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta

2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.

3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil

4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.

5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.

6. Bentuk cantik dan menarik

 

Selepas ini boleh lah para ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata tu ataupun telah mendapat anak pada tahun-tahun lepas dan masih belum memohon dan memiliki MyKid membuat permohonan MyKid. Tak susah pun kan, hanya hadir ke mana-mama cawangan JPN atau UTC dan bawa dokumen diperlukan. Untuk anak yang baru sahaja lahir ibu bapa boleh daftar sijil kelahiran online sahaja rujuk panduan di SINI.

 

 

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button