PermohonanCara Mudah

Nak Daftar Kelahiran Anak Boleh Buat Online Je Sekarang. Ini Caranya

Cara Mudah Daftar Kelahiran Anak Secara Online

Pada April tahun lepas, tempoh pendaftaran kelahiran bayi yang baru lahir dilanjutkan sehingga 90 hari (berbanding 60 hari sebelumnya). Pemanjangan tempoh pendaftaran ni ternyata dapat meringankan beban ibu bapa yang perlu membuat persiapan apa yang patut untuk menyambut anak baru di rumah. Tak perlulah tergesa-gesa pula nak ke JPN.

Tapi sejak kebelakangan ni, wabak Covid-19 semakin menular dan semua tempat pun jadi berisiko tinggi, lagi-lagilah tempat yang selalu ramai orang seperti pejabat JPN. Sebab tu lah bagi ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata, korang dah tak perlu lagi ke JPN dan tunggu lama untuk daftar kelahiran anak. Sekarang ni boleh buat dekat rumah je, secara online.

Cara Daftar Kelahiran Anak Secara Online

Proses Pendaftaran Pengguna

Sebelum nak daftarkan kelahiran anak, korang kena tahu dulu cara-cara pendaftaran pengguna seperti di bawah ni:

  • Pastikan korang dah mempunyai akaun di Portal MyGovernment dulu sebelum nak daftarkan kelahiran anak.
    • Klik pada Daftar Pengguna Baru jika belum ada akaun;
    • Dan klik pada Log Masuk pula kalau dah pernah daftarkan diri
  • Kalau nak daftarkan diri sebagai pengguna baru, pastikan korang isikan semua maklumat dengan betul dan lengkap.
  • Bila dah isi selengkapnya, korang akan dapat e-mel pengesahan untuk mengaktifkan akaun dan klik link yang diberi di dalam e-mel tersebut.

  • Link tersebut akan membawa korang kepada satu laman di mana kata laluan baru dan teks pengesahan (CAPTCHA) perlu dimasukkan.

  • Bila dah berjaya, korang boleh klik Seterusnya untuk mula log masuk!

Proses Permohonan Pendaftaran Kelahiran Anak

Lepas dah log masuk, korang ikut pula langkah-langkah dekat bawah ni untuk proses permohonan pendaftaran kelahiran anak:

  • Baca semua terma dan syarat, dan kalau korang setuju dengannya, boleh klik Setuju.

  • Lengkapkan Maklumat Kelahiran yang diminta dan bila dah selesai boleh klik Seterusnya.

  • Kemudian lengkapkan pula Maklumat Pemohon dan klik Seterusnya bila dah selesai.

  • Isi juga maklumat-maklumat lain yang diperlukan dan klik Daftar.
  • Bila permohonan dah berjaya dihantar, akan keluar paparan seperti bawah ni. Korang boleh cetakkannya.

  • Bawa borang permohonan yang telah dicetak ke kaunter JPN yang berdekatan untuk proses seterusnya.

Semuanya lebih senang je sekarang ni sebab boleh dilakukan secara online je. Antara benda lain yang korang boleh buat secara online dan tak perlu ke kaunter untuk selesaikan urusan tersebut adalah dapatkan penyata bank secara online. Nak tahu cara-caranya? Korang boleh baca di SINI!

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button