PermohonanInformasi

Bantuan Laptop Percuma Untuk Pelajar B40 Diagihkan Mulai Februari

Cara Dapat Bantuan Laptop Percuma

Walaupun sesi persekolahan dah bermula, tapi masih ramai lagi murid-murid yang perlu meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Malah, kita semua pun dah boleh jangka yang anak-anak perlu membiasakan diri dengan sesi PdPR selagi semua rakyat Malaysia belum mendapat vaksin Covid-19.

Bagi memastikan sesi PdPR berjalan dengan lancar, murid-murid perlulah memiliki laptop atau telefon berserta plan data Internet yang mencukupi. Tapi tak semua keluarga bernasib baik dan mampu memiliki laptop untuk setiap seorang anak. Kadang-kadang tu, sebuah telefon pintar terpaksa dikongsikan bersama-sama dengan beberapa anak yang masih bersekolah. Boleh jadi ada anak yang ketinggalan dalam pembelajaran bagi memberi peluang kepada adik-beradik yang lain untuk belajar.

Sumber Gambar Twitter

Bantuan Laptop dan Data Internet untuk Murid Sekolah

TERKINI: Agihan Laptop Percuma Inisiatif CERDIK: 12,887 unit telah diagihkan, 40,290 pada 12 Jun dan baki 96,823 pada bulan September

Untuk mengelakkan perkara ini daripada menjadi lebih teruk, bantuan laptop akan disalurkan melalui Tabung Cerdik. Bantuan ini telah pun diisytiharkan di dalam pembentangan Bajet 2021, iaitu sebanyak 150 ribu laptop akan diberikan kepada murid sekolah menengah dan rendah yang layak. Bantuan laptop ini dijangka akan mula diedarkan mulai Februari ini. 

Sumber: Sinarharian

Apa Itu Tabung Cerdik Ni?

Tabung Cerdik adalah tabung tanggung jawab sosial yang mengumpulkan dana daripada 13 syarikat GLC dan GLIC tempatan. Antara syarikat yang terlibat adalah Khazanah Nasional Berhad, Pemodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Sara Pekerja, dan Petronas. 

Projek Tabung Cerdik ni akan diseliakan oleh Yayasan Hasanah, sebuah entiti di bawah Khazanah Nasional Berhad dan akan mendapat kerjasama yang penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan penyaluran bantuan laptop ini dapat diagihkan dengan tepat dan lancar.

Kelayakan Bantuan Laptop Tabung Cerdik 2021

Keutamaan bantuan ini akan diberikan kepada murid yang datang daripada keluarga yang sangat memerlukan, terutamanya daripada keluarga B40. bagi pemilihan peranti laptop pula, KPM akan menyelidiki dengan lebih terperinci supaya spesifikasi laptop yang diberikan tersebut mampu untuk menampung sesi pembelajaran anak-anak yang layak itu nanti.

Sumber Gambar Berita Harian

Cara Mohon Laptop Percuma

  • Prosedur bagi pemberian peranti untuk inisiatif CERDIK adalah seperti Skim Pinjaman Buku Teks. Pakej peranti dan sambungan data akan disumbangkan kepada sekolah yang bertanggungjawab menguruskan pinjaman kepada murid yang layak.

Maklumat yang lebih terperinci mengenai syarat kelayakan dan cara memohon akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Pastikan korang follow MysumberTV supaya tak terlepas akan pengumuman berkenaan bantuan laptop ini nanti. Apa yang pasti, bantuan laptop ni akan mula diagihkan mulai bulan depan iaitu Februari 2021.

Selain daripada laptop, plan data Internet juga penting bagi memastikan sesi pembelajaran anak di rumah lancar. Pastikan ibu bapa memilih plan data Internet yang murah dan berbaloi agar tidak terbeban dan anak-anak dapat belajar di rumah dengan baik.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

4 Comments

  1. perlukan laptop untuk anak2 bljr, anak masih bersekolah 4org
    1. form 5
    2.form.2
    3.Darjah 5
    4. Darjah 1

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button