RumahCara Mudah

Laptop dan Wi-Fi Rumah Lembab? Guna Cara Ni untuk Lajukan Internet Komputer!

Cara Lajukan Internet Dan Komputer Riba di Rumah

Bagaimana nak lajukan internet laptop ya? Bagi sesetengah orang, laptop atau komputer riba ni dah dikira sebagai satu keperluan dan bukannya kehendak. Terutama sekali bagi pekerja yang memerlukan laptop untuk bekerja, dan pelajar yang perlukan laptop untuk belajar dari rumah dan buat assignment. Memandangkan sebahagian besar daripada negeri-negeri di Malaysia akan melalui PKP dan PKPB, makin ramailah yang akan bekerja dari rumah. Pelajar pula akan menunggu pengumuman kerajaan sama ada sekolah dan universiti akan dibuka untuk pembelajaran secara bersemuka

Jadi nak bekerja atau belajar dari rumah, masih memerlukan persiapan juga. Laptop yang kita ada tu, kalau boleh, perlulah berfungsi dengan baik supaya tak mengganggu proses penyiapan kerja kita nanti. Korang mesti pernah mengalami masalah laptop yang lembab sampai susah nak buat kerja, kan? Kalau korang tengah mengalami masalah ni, jangan hantar ke kedai dulu! Sebenarnya ada cara nak bagi laptop kita makin laju, dan semuanya boleh buat sendiri je. Tak payah keluarkan duit langsung!

Cara Untuk Melajukan Laptop 

  • Mula-mula sekali klik Start, dan kemudian pergi ke Control Panel.
  • Lepas tu pilih System & Security.
  • Cari Defragment Hard Disk dekat bahagian Administrative Tools.
  • Klik Analyze Disk dulu, dan tunggu sampai habis.
  • Lepas tu baru klik Defragment Disk, dan siap!

Sekarang, laptop korang dah tak lembab lagi! Nanti tak adalah stres kalau nak buka apa-apa software dalam laptop.

Cara Nak Lajukan Internet Wifi

Selain daripada masalah laptop yang lambat, kadang-kadang Internet di rumah pun boleh membuatkan kerja yang kita nak siapkan tergendala. Sebenarnya, Internet yang lambat tak semestinya salah telco. 

Sebelum korang nak telefon telco masing-masing, cuba check dulu kedudukan router. Router yang diletakkan di tempat yang salah pun boleh membuatkan capaian Internet menjadi perlahan. Antara tempat-tempat yang tak sepatutnya diletakkan router wi-fi adalah:

 

  • Ruang Tamu

 

Bila korang letak router di ruang tamu, capaian Internet yang laju hanya boleh digunakan di sekitar kawasan tu je. Jadi, bilik belakang atau bilik di tingkat atas, akan mempunyai wi-fi yang perlahan. Kalau boleh, letakkan router di tengah-tengah rumah supaya semua bilik dapat kelajuan Internet yang sama.

 

  • Di Dalam Kabinet

 

Walaupun nampak kemas sebab tersorok, simpan router di kawasan yang tertutup akan menghalang signal Internet daripada tersebar ke seluruh rumah. Sebaliknya, router digalakkan untuk diletakkan di tempat yang terbuka.

 

  • Di Sebelah Microwave atau Atas Peti Sejuk

 

Apabila meletakkan router berdekatan dengan microwave atau peti sejuk, akan terdapat gangguan pada signal wi-fi disebabkan kedua-dua perkakas elektrik ni akan menghasilkan gelombang mikro lalu menyebabkan interference berlaku.

Sumber Gambar Sawanila

Capaian Internet wi-fi yang lambat atau asyik-asyik hilang, juga boleh disebabkan oleh router dan modem yang overheat atau panas. Ramai sangat orang yang letakkan modem Internet di atas router. Benda ni akan menyebabkan haba daripada modem akan memanaskan router. Tu yang boleh ganggu kekuatan wi-fi korang tu. Cara nak elakkan modem dengan router overheat adalah:

Sumber Gambar Almost a Technocrat

  • Gunakan stand untuk berdirikan modem dengan router. Dengan cara ni, haba daripada kedua-duanya dapat beredar dengan baik. Kalau tak nak beli stand baru, boleh je diy sendiri guna kotak untuk dijadikan stand.

Sumber Gambar Carousell

  • Kalau router dan modem ada USB port, boleh letakkan di atas cooling pad. Angin daripada cooling pad ni akan menyejukkannya.

Jadi lepas ni, dah tak adalah lagi alasan laptop lambat atau wi-fi lambat sebab dan tahu cara nak lajukan internet dan laptop. Semua kerja pun dapat diselesaikan dengan selesa kalau tak ada apa-apa masalah yang mengganggu. Kadang-kadang, bila kena bekerja dari rumah, rasa macam susah sangat nak produktif. Ya lah, sekejap-sekejap buka peti sejuk cari makanan, tak pun baring di atas katil sampai tertidur. Sebenarnya ada je cara nak kekal produktif walaupun perlu bekerja atau belajar dari rumah. Sediakan tempat kerja yang selesa seperti di meja makan ataupun meja solek. 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button