InformasiSemasa

Apa yang Golongan B40 perlu tahu dalam Belanjawan 2021?

Bantuan Bagi Golongan B40 Dalam Bajet 2021

Setiap hujung tahun, antara perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat dah semestinya pembentangan bajet untuk tahun yang seterusnya. Selalunya, kita nak tengok apa strategi kerajaan dari sudut ekonomi dan berapa besar dana yang akan diperuntukkan. Paling penting, bantuan apa yang kerajaan akan berikan kepada kita. Justeru, Bajet 2021 membawa tema Teguh Kita, Menang Bersama dengan 3 matlamat induk iaitu:

  • Kesejahteraan rakyat
  • Kelangsungan perniagaan
  • Ketahanan ekonomi

Bajet 2021: Apa Bantuan yang B40 Dapat?

Kita sebagai golongan B40 mestilah nak tahu juga apa faedah dan bantuan yang kita bakal terima melalui bajet 2021 ni. Bagi korang yang tak sempat untuk menonton siaran langsung bajet 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, berikut adalah ringkasan kepada bajet 2021, yang khusus untuk golongan B40:

1. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

BPR adalah bantuan kewangan secara bersasar yang menggantikan Bantuan Sara Hidup. Kadar bantuan dan kategori pendapatan yang layak untuk menerima bantuan ni adalah seperti berikut:

  • Pendapatan seisi rumah kurang daripada RM2,500
    • Jika mempunyai 1 anak, akan menerima bantuan sebanyak RM1,200
    • Jika mempunyai 2 anak atau lebih, akan menerima bantuan sebanyak RM1,800
  • Pendapatan seisi rumah RM2,501 hingga RM4000
    • Jika mempunyai 1 anak, akan menerima bantuan sebanyak RM800
    • Jika mempunyai 2 anak atau lebih, akan menerima bantuan sebanyak RM1,200
  • Pendapatan seisi rumah RM4,001 hingga RM5,000
    • Jika mempunyai 1 anak, akan menerima bantuan sebanyak RM500
    • Jika mempunyai 2 anak atau lebih, akan menerima bantuan sebanyak RM750
  • Individu bujang berpendapatan kurang RM2,500
    • Akan menerima bantuan sebanyak RM350
    • Untuk individu yang berumur 21 tahun dan ke atas

Panduan Lanjut BPR : Bantuan Prihatin Rakyat 

2. Program Baucar Perlindungan Tenang

Di bawah program ni, setiap penerima bantuan B40 akan menerima baucar RM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang, termasuklah takaful hayat dan perlindungan diri.

3. Program Jaringan Prihatin

Golongan B40 akan menerima RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi, selain daripada mendapat manfaat data percuma daripada syarikat telekomunikasi masing-masing.

4. Bantuan Pembayaran Sasaran (Moratorium)

Institusi perbankan akan menambah baik bantuan pembayaran bersasar kepada golongan B40 (iaitu penerima BPR dan BSH) dan juga kepada perusahaan mikro. Jadi, bagi korang yang ada buat pinjaman dengan bank, [ihak bank akan bagi dua pilihan kepada peminjam, iaitu:

  • Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan, atau
  • Pilihan 2: Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

Buat peminjam yang layak, korang hanya perlu hubungi pihak bank untuk memilih pilihan yang mana satu dan proses dokumentasi.

Panduan lanjut Moratorium: Penangguhan Bayaran Ansuran Bank

5. Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Buat mereka yang kehilangan pekerjaan, mulai Januari 2021, korang boleh keluarkan simpanan KWSP daripada Akaun 1 sebanyak RM500 sebulan, untuk tempoh 12 bulan, yang membawa kepada jumlah maksimum sebanyak RM6,000.

Panduan lanjut : Pengeluaran Akaun 1 KWSP

6. Pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan

Dalam musim pandemik ni, PERKESO ada menanggung pekerja yang hilang pekerjaan dengan memberi Elaun Mencari Pekerjaan. Dan untuk tahun 2021, tempoh Elaun Mencari Pekerjaan ni akan dilanjutkan lagi untuk 3 bulan, dengan kadar:

  • 80% daripada jumlah gaji untuk bulan pertama
  • 50% daripada jumlah gaji untuk bulan kedua
  • 30% daripada jumlah gaji untuk tiga bulan terakhir

7. Program eBelia

Melalui program ini, kerajaan akan mengkreditkan RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur antara 18 hingga 20 tahun. 

8. Geran Khas Prihatin Tambahan

Geran khas ni akan ditumpukan kepada peniaga dan penjaja di Sabah, di mana mereka akan menerima RM1,000. Geran khas ni juga akan diberi kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, dan pemandu pelancong di Sabah.

Jadi, itulah sedikit sebanyak manfaat buat kita, golongan B40 boleh dapat daripada Bajet 2021 yang dibentangkan. Sekarang, semuanya bergantung kepada dewan parlimen untuk meluluskan bajet ini ataupun tidak. Apa komen korang dengan bajet untuk tahun ni? Kalau bukan golongan B40 boleh tengok bantuan lain dalam Belanjawan 2021 di sini 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button