InformasiKewangan

Apa Rakyat Boleh Dapat Dalam Bantuan Khas Kerajaan Sepanjang PKP. Ini Antaranya.

22 Inisiatif Pakej Bantuan Khas Kerajaan PERMAI

Selari dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021 yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Bantuan ini lah yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai khususnya yang terkesan seperti kita kan.

Jangan risau, sebanyak RM15 billion akan dibelanjakan untuk memastikan PERMAI mampu mencapai 3 matlamat utamanya, iaitu:

  • Memerangi wabak Covid-19.
  • Memelihara kebajikan rakyat.
  • Menyokong kelangsungan perniagaan.

Apa 22 Inisiatif Bantuan Khas Kerajaan Dalam Pakej PERMAI?

Kita mungkin tidak dapat kesemua bantuan tetapi sekurangnya pasti salah satu daripadanya yang kita layak terima. Antara inisiatif dan bantuan kerajaan dalam Pakej PERMAI adalah seperti berikut:

1. Melaksanakan Program Vaksinasi Covid-19

Malaysia bakal menerima bekalan vaksin Covid-19 pada penghujung Februari dan dijangkakan pada awal Mac, lebih daripada 80% daripada rakyat Malaysia akan menerimanya. Garis panduan dan kaedah penentuan penerimaan vaksin akan dihebahkan nanti. Ini semestinya berita baik buat semua kerana dengan adanya vaksin, kita akan terselamat daripada dijangkiti wabak COVID-19. Yang bestnya vaksin ini diberikan secara percuma!

2. Mengukuhkan Sistem Kesihatan Negara

Kerajaan akan menambah lagi 3500 petugas kesihatan yang akan mula bertugas pada hujung Januari ini. Pemberian one-off sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada petugas barisan hadapan kesihatan, dan RM300 bagi petugas barisan hadapan yang lain. Ini pastinya membantu meningkatkan lagi sistem kesihatan negara kita.

3. Meningkatkan Kerjasama dengan Hospital Swasta

Bagi mengelakkan hospital awam daripada terlalu penuh, pihak hospital swasta akan menerima dan merawat kedua-dua pesakit Covid-19 dan pesakit bukan Covid-19. Dengan ini hospital kerajaan akan kurang sesak dan lebih ramai dapat dirawat dengan segera.

4. Memperkukuh Saringan Kesihatan Pekerja

Selain daripada penglibatan PERKESO dalam Program Ujian Saringan Covid-19 ke atas pekerja asing. Kos saringan akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO di zon-zon merah bagi mengenal pasti kluster COVID-19 di tempat kerja. Kerajaan juga akan meningkatkan jumlah pelepasan cukai bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh daripada RM500 kepada RM1,000 yang meliputi bayaran ujian pengesanan COVID-19. Jadi kita boleh lah buat ujian saringan COVID-19 dan dapat pelepasan cukai.

5. Mempercepatkan Bantuan Prihatin Rakyat

Bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021. Bagi bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pula, golongan isi rumah akan menerima RM300, dan bagi kategori bujang akan menerima RM150

Tarikh bayaran boleh rujuk: Panduan Tarikh Bayaran BPR 2021

6. Memperkukuh Program Kebajikan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melaksanakan Program Bakul Makanan yang merangkumi barang makanan keperluan sebanyak RM100 bagi setiap isi rumah yang layak. 

 

7. Meneruskan Tempoh Moratorium dan Pengurangan Ansuran Pinjaman

Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank. Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir pula, sebanyak 15 buah bank telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman. 

Seramai 1.3 juta peminjam telah memohon dan telah pun menerima bantuan pembayaran, dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam PKS. Jadi tak perlu risau pun susah nak mohon atau tak dapat. Cara dia hubungi sahaja bank masing-masing dan ikuti langkah yang diberikan selanjutnya.

Boleh rujuk: Panduan Moratorium Penangguhan Bayaran Ansuran Bank

8. Menambah Baik Program i-Sinar KWSP

Bagi permohonan kemudahan i-Sinar kategori 2, pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 akan dilakukan bagi mereka yang layak dan proses pembayaran juga akan dipermudahkan. Rasanya ini yang ditunggu-tunggu semua kan. 

Pembayaran pendahuluan tersebut dikenali sebagai Bayaran Interim i-Sinar. Pemohon Kategori 2 hanya perlu buat pengesahan kendiri dan bayaran akan dibuat mulai 26 Januari 2021. Sekiranya didapati pengesahan kendiri yang dibuat tidak benar maka bayaran selanjutnya tidak akan diteruskan.

Panduan lanjut: Permohonan i-Sinar KWSP

9. Melanjutkan Tempoh Pelepasan Cukai Khas Ke Atas Pembelian Telefon Bimbit, Komputer dan Tablet

Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer, dan tablet yang sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020 dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021. Golongan M40 pasti gembira mendengar berita ini di mana mereka boleh beli telefon bimbit, komputer atau tablet dan dapat pengecualian cukai. Ia juga dapat digunakan untuk pelajaran anak-anak yang banyak belajar di rumah kerana sekolah masih ditutup kan

10. Melanjutkan Tempoh Capaian Internet Percuma

Pemberian data Internet sebanyak 1 GB kepada orang ramai secara percuma akan dilanjutkan hingga April 2021. Selain tu, pakej langganan khas Internet yang sebelum ni hanya diberikan kepada pelajar SPM dan STPM, kini akan diberikan kepada pelajar institut pengajian tinggi juga. Ini berita baik buat semua pelajar yang kini belajar di rumah sahaja kerana sekolah masih belum dibuka. 

11. Melanjutkan Tempoh Pengecualian Cukai Jualan ke atas Kenderaan Penumpang

Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap sehingga hujung tahun lepas telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Ini juga sangat bagus untuk mereka yang nak beli kereta tu sebab harga kereta akan jauh lebih murah kerana tidak dikenakan cukai. 

12. Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Peminjam PTPTN

Moratorium bayar balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan boleh dimohon oleh peminjam yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan banjir. Ini sangat membantu bagi para graduan yang masih belum mendapat kerja dek kerana pandemik ini. Jadi pinjaman pelajaran tidak perlu dibayar lagi sementara mendapat pekerjaan baru. 

13. Menambah Baik Program Subsidi Upah

Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, di mana majikan yang layak akan menerima subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja yang bergaji kurang daripada RM4,000. Had permohonan akan dinaikkan sehingga 500 orang pekerja. Dengan adanya ini pasti syarikat akan kurang bebean untuk membayar gaji para pekerja dan seterusnya tidak membuang pekerja. 

14. Meneruskan Geran Khas Prihatin (GKP)

Kerajaan akan memperluaskan GKP kepada 500 ribu PKS di negeri-negeri PKP dengan bayaran RM1,000, manakala 300 ribu PKS di negeri-negeri lain akan menerima bayaran sebanyak RM500. Ini sudah pasti berita baik untuk para peniaga yang sangat terkesan kerana perniagaan terpaksa ditutup atau jualan tidak memberangsangkan. 

Panduan lanjut: Permohonan & Semakan Geran Khas Tambahan (PERMAI)

15. Menyediakan Bantuan Kewangan One-Off kepada Pemandu Teksi dan Bas

Bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing. Ini pastinya berita baik buat mereka semua kerana pelancongan dan sekolah tidak dapat beroperasi sehingga kini. 

16. Mempercepatkan Pelaksanaan Skim Mikrokredit

Bagi membantu aliran tunai perusahaan mikro dan PKS, Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikrokredit. Ini berita baik buat para peniaga yang boleh membuat pinjaman kewangan dengan mudah di bank-bank terpilih. 

17. Menyokong dan Merancakkan Perniagaan Dalam Talian

Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro dan kempen Shop Malaysia Online, di mana usahawan mikro akan mendapat bimbingan perniagaan dan pembeli akan menikmati penjimatan melalui jual-beli online. Ini pastinya meningkatkan pendapatan para peniaga kecil-kecilan.

18. Menambah Baik Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin (SPJD)

Antara langkah penambahbaikan SPJD yang akan dilakukan kerajaan adalah:

  • Meningkatkan bayaran maksimum kepada 1 billion ringgit.
  • Pembelanjaan modal dengan tempoh jaminan 10 tahun.
  • Membenarkan syarikat asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat SPJD dengan syarat 75% pekerja adalah pekerja tempatan.

SJPD ini diharap dapat menjana pertumbuhan sektor swasta dan juga mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan.

 

19. Menjadual Semula dan Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Pinjaman MARA dan Sewaan Premis MARA

Program MARA PRIHATIN Peace of Mind 2.0 akan diteruskan di mana peminjam MARA boleh memohon untuk penjadualan semula bayaran balik pinjaman ataupun moratorium sehingga 31 Mac 2021. Sebagai tambahan, usahawan MARA yang terkesan dengan banjir dan wabak Covid-19 turut boleh melakukan penjadualan semula bayaran balik. 

20. Meneruskan Pemberian Diskaun Bil Elektrik

Pemberian diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% kepada 6 sektor perniagaan iaitu; pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

Selain tu, rebat elektrik akan diberikan kepada pengguna TNB pada kadar 2 sen setiap kilowatt per jam sehingga 30 Jun 2021 iaitu bersamaan penurunan bil elektrik sehingga 9 peratus. Banyak jugak ni! Jadi tak perlulah risau anak-anak belajar online di rumah bil elektrik mahal. Tapi boleh juga buat tips jimat elektrik macam panduan sini

21. Memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi

50% jaminan ke atas pinjaman akan disediakan bagi bas dan teksi yang terpilih, membuatkan mereka boleh nikmati moratorium sehingga 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah. Ini pastinya membantu golongan pembawa bas dan teksi yang tiada pendapatan atau berkurangan sepanjang tempoh PKP ini. 

23. Menambah baik Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 2020

Kerajaan akan melanjutkan tempoh kuat kuasa ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual hingga 31 Mac 2021. Ini termasuklah perjanjian sewa beli atau kontrak pajakan dan kontrak jualan kredit untuk memanfaatkan golongan yang terjejas seperti golongan B40, M40 dan perusahaan mikro kerana gagal memenuhi obligasi kontrak mereka

Kalau korang nak dapatkan akses maklumat yang lebih terperinci mengenai PERMAI ni, korang bolehlah tengok di SINI. Ternyata penularan wabak Covid-19 sangat-sangat memberi kesan kepada semua orang sampaikan ramai yang terpaksa bergantung harap kepada bantuan yang diberikan kerajaan untuk teruskan kehidupan. Oleh itu, kita mestilah sama-sama berganding bahu dalam mencegah penularan Covid-19 dengan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

BACA JUGA: Inisiatif & Bantuan Kerajaan Bagi Tahun 2021

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button