PermohonanInformasi

11 Bantuan & Inisiatif Kerajaan yang Korang Boleh Dapat untuk Tahun 2021!

Bantuan Tunai, Baucar Dan Kredit Bagi Tahun 2021 Untuk Rakyat Malaysia

Setiap tahun, kerajaan pasti akan menyediakan bantuan dari jenis kewangan kepada rakyat Malaysia, dan banyak bantuan-bantuan ni dikhususkan kepada golongan yang memerlukan seperti B40 serta M40. Kita ni, bila dah dapat tahu pasal kewujudan bantuan, mestilah tak nak terlepas daripada menerimanya, kan? Tapi kadang-kadang tu, susah nak ingat bantuan apa yang kita terima dan yang boleh dimohon. Ya betul bantuan ni kebanyakan nya perlu mohon tau! Kalau tak tak dapatlah jawabnya..

Jangan risau, dekat bawah ni kitorang dah senaraikan jenis-jenis bantuan yang mungkin korang layak memohon untuk tahun 2021. Tak adalah melepas pula nanti!

Kemaskini: Inisitatif Bantuan Permai , boleh rujuk di sini

Senarai Bantuan & Inisiatif Kerajaan Tahun 2021

1. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

BPR adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada keluarga yang mempunyai isi pendapatan kurang daripada RM5,000 serta bujang berpendapatan kurang RM2,500 dan diberikan dalam dua fasa. Kategori dan kadar bantuan untuk BPR adalah seperti berikut:

  • Pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM2,500
    • Tiada atau seorang anak akan terima RM1,200
    • 2 anak dan ke atas akan terima RM1,800
  • Pendapatan isi rumah bulanan antaraRM2,501 – RM4,000
    • Tiada atau seorang anak akan terima RM800
    • 2 anak dan ke atas akan terima RM1,200
  • Pendapatan isi rumah bulanan antara RM4,001 – RM5,000
    • Tiada atau seorang anak akan terima RM500
    • 2 anak dan ke atas akan terima RM750
  • Individu bujang berpendapatan kurang dari RM2,500
    • Akan terima RM350
    • Had umur kelayakan individu bujang adalah bermula dari 21 tahun

Cara Mohon Rujuk : Panduan Permohonan BPR

2. Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (Bayaran Fasa 2)

Bagi mereka yang telah menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang telah diberikan pada tahun 2020 untuk fasa 1, bayaran fasa 2 akan diberikan pada bulan Januari 2021. Untuk permohonan baharu yang lulus juga akan dimasukkan secara sekaligus pada Januari 2021. Jumlah bantuan adalah seperti berikut: 

i. Isi Rumah B40 : RM1,000

  • Berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,000 dan ke bawah
  • Bayaran RM700 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM300 pada bulan Januari 2021

ii. Isi Rumah M40 : RM600

  • Berpendapatan bulanan lebih daripada RM4,001 hingga RM8,000
  • Bayaran RM400 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM200 pada bulan Januari 2021

iii. Bujang B40 : RM500

  • Berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 dan ke bawah
  • Bayaran RM350 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM150 pada bulan Januari 2021

 iv. Bujang B40 : RM300

  • Berpendapatan bulanan lebih daripada RM2,000 hingga RM4,000
  • Bayaran RM200 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM100 pada bulan Januari 2021

Cara Mohon Rujuk : Panduan Permohonan BPN 2.0

3. Bantuan Bulanan Kanak-Kanak Keluarga Miskin

Bagi keluarga yang mempunyai kadar pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa, terdapat bantuan kewangan khas yang akan diberikan secara bulanan, iaitu:

  • RM150sebulan bagi yang mempunyai anak berumur 7-18 tahun dengan jumlah maksimum bantuan sebanyak RM1,000/keluarga.
  • RM200sebulan bagi yang mempunyai 1 anak berumur kurang 6 tahun dengan jumlah maksimum bantuan sebanyak RM1,000/keluarga.

Cara Mohon Rujuk : Panduan Permohonan Bantuan JKM

4. Lanjutan Moratorium

Bagi peminjam B40 (penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat) yang membuat pinjaman dengan bank, akan mendapat lanjutan moratorium secara automatik tanpa perlu dokumen. Terdapat dua pilihan yang boleh dibuat iaitu:

  • Penangguhan ansuran bulanan selama 3 bulan.
  • Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Bagi pemimjam M40, tidak memerlukan sebarang dokumen juga tetapi perlu membuat pengisytiharan kendiri dan kelulusan dalam 1 hingga 5 hari

Cara Mohon Rujuk : Panduan Mohon Lanjutan Moratorium

5. i-Sinar KWSP

i-Sinar merupakan inisiatif daripada kerajaan menerusi KWSP untuk membantu meringankan beban bagi mereka yang terkesan dengan pandemik COVID19 seperti kehilangan sumber pendapatan atau sumber pendapatan berkurangan. Melalui i-Sinar, pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan sehingga RM10,000 atau RM60,000 daripada Akaun 1 tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan. Kalau nak tahu macam mana cara nak mohon i-Sinar, boleh tonton VIDEO ini.

Cara Mohon Rujuk : Panduan Mohon i-Sinar KWSP

6. Caruman KWSP Diturunkan kepada 9%

Mulai Januari 2021, caruman KWSP yang dikenakan kepada pekerja diturunkan menjadi 9%, berbanding 11% pada tahun-tahun sebelumnya. Ini bermakna pendapatan bulanan korang akan menjadi lebih banyak hasil daripada penurunan caruman ni. Tapi kalau korang masih nak kekalkan caruman KWSP pada 11%, boleh je. Rujuk caranya di SINI.

7. Baucar Perlindungan Tenang

Baucar sebanyak RM50 akan diberikan kepada golongan B40 yang layak, di mana baucar ini boleh digunakan untuk membeli produk Perlindungan Tenang, termasuklah takaful hayat dan insurans perlindungan diri. Panduan lanjut boleh rujuk di SINI

8. Program Jaringan Prihatin 

Sumber GambarHarian Metro

Golongan B40 juga akan menerima bantuan RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi. Ianya adalah untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian daripada kos pembelian telefon bimbit baharu. Panduan lanjut boleh rujuk di SINI

9. Pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

PERKESO menyediakan bantuan kepada mereka yang tiada pekerjaan dengan cara memberi Elaun Mencari Pekerjaan. Dan untuk tahun 2021 ni, Elaun Mencari Pekerjaan akan dilanjutkan tempoh pemberiannya selama 3 bulan, dengan kadar: 

  • 80% daripada gaji untuk bulan pertama
  • 50% daripada gaji untuk bulan kedua
  • 30% daripada gaji untuk bulan terakhir

Ada banyak lagi kemudahan lain yang boleh diperoleh daripada Sistem Insurans Pekerjaan ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca di SINI.

10. Program eBelia

Melalui program ni, kerajaan akan mengkreditkan RM100 secara one-off ke dalam e-wallet belia yang tidak terhad kepada 20 tahun sahaja. Bantuan ini diberikan kepada semua pelajar IPTA dan IPTS walaupun berumur 20 tahun ke atas. Cara permohonan atau pemberian masih belum diumumkan dan akan diperincikan nanti. 

11. Pas Perjalanan MY30

Sumber Gambar Says

Bagi pengguna kenderaan awam, korang boleh gunakan pas perjalanan MY30. Dengan hanya RM30 je, korang boleh dapatkan akses perkhidmatan bas dan rel tanpa had selama 30 hari. Cara daftar dia mudah je, bawa MyKad ke kaunter di LRT dan bagitahu nak langgan pas MY30.

Dah tahu kan jenis-jenis bantuan apa yang korang boleh dapat untuk tahun 2021? Nanti bila dah dapat bantuan tu, jangan berbelanja tak ingat dunia pula. Kita mestilah mempunyai rancangan dalam menguruskan kewangan dengan baik supaya tak pula menyesal di kemudian hari kalau ada apa-apa hal kecemasan yang terjadi

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

2 Comments

    1. Boleh kemaskini permohonan nanti sekiranya dibuka ataupun hubungi talian bantuan untuk mendapatkan penjelasan lanjut

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button