MakananRumah

16 Jenis Makanan Anak Tak Boleh Ambil Bila Sakit, Takut Lambat Sembuh Nanti

Makanan Budak Sepatutnya Elak Untuk Makan Sewaktu Sakit

Ramai ibu bapa masih tak tahu ada makanan anak tak boleh ambil bila sakit. Ye lah anak-anak masih kecil selalunya bila sakit tu memang tak lalu nak makan sangat jadi kita bagi lah mereka makanan yang disukai. Tapi harus diingat tak semua makanan yang disukai tu baik untuk memulihkan kesihatan mereka. Kanak-kanak ini berbeza dengan orang dewasa, mungkin imuniti badan mereka belum kuat lagi.

Jadi nasihat kepada para penjaga khususnya ibu bapa, apabila anak kita sakit tidak kira apa penyakit sekalipun makanan yang diberi makan haruslah diambil perhatian. Ini supaya proses penyembuhan boleh berlaku dengan lebih cepat. Kita bukan apa kadang tu kesian tengok anak sendiri sakit lesu tak bermaya kan. Selain ubat, ikhtiar lain yang boleh dibuat adalah dengan memberi makanan yang baik dan tidak memudaratkan.

Senarai Makanan Anak Tak Boleh Makan Sewaktu Sakit

Perkongsian ini telah dikongsikan sendiri oleh Dr Mazliana Mazlan di Facebook beliau. Ringkasannya adalah seperti berikut:

Terdapat 16 jenis makanan yang harus dielakkan sekiranya anak-anak kita tidak sihat. Ini tidak kira lah apa jenis penyakit pun, cuba elakkan jika boleh. Ataupun kalau dapat dikurangkan semasa anak kita sihat, itu yang paling terbaik. Makanan yang baik, bantu kuatkan imuniti anak-anak juga kan.

1. Roti dan biskut

Terutama yang terdapat di pasaran lazimnya mempunyai banyak sangat bahan yang digunakan untuk menyediakan sebuku roti dan sepaket biskut. Sekiranya ingin membuat sendiri, cuba gunakan pilihan bahan yang baik bagi anak-anak makan.

2. Salad Dressing / Kuah Salad

Antaranya seperti:

  • Mayonis
  • Thousand Island
  • Dan sebagainya

Jenis makanan sebegini wajib ada bahan pengawet untuk kekal lama dua hingga tiga tahun di rak pasaraya tu, jadi sebaiknya elakkan lah daripada makan.

3. Gula

Ini pula adalah baja kepada semua penyakit tau. Maka kita cubalah kurangkan sebanyak mungkin baja penyakit ini daripada anak-anak. Contoh paling senang kalau buat air manis tu kurangkan lah gula ataupun cuba minum air kosong sahaja.

4. Gula Tersembunyi

Untuk gula tersembunyi ini pula, banyak terdapat dalam biskut, air soda, minuman tenaga (energy drinks), granola dan lain-lain. Biasanya ia tidak ditulis dengan nama gula, tetapi diganti dengan nama lain contohnya fruktosa, gluckosam, sirap jagung dan sebagainya

5. Makanan Dalam Tin

Elakkan sepenuhnya apa sahaja bahan makanan dalam tin. Contohnya sardin, tuna, kari ayam dan sebagainya. Kalau tiada pengawet sekali pun. disebabkan ia terperap lama dalam tin aluminium, daripada situ akan datang kesan buruk pada badan anak.

6. Susu

Susu pula adalah makanan yang boleh menimbulkan radang. Terutamanya susu yang berperisa seperti coklat, strawberi, pisang dan sebagainya. Ini kerana ianya mengandungi perisa dan pewarna tiruan.

7. Daging Proses

Makanan yang menggunakan daging proses sememangnya amat digemari kebanyakan kanak-kanak. Contohnya adalah nugget, sosej, burger, meatball dan seangkatan dengannya. Ianya adalah makanan yang bukan dari daging sebenar dan menggunakan pengawet nitrit.

8. Cereal / Makanan Bijirin

Makanan bijirn atau cereal ini lazimnya bersumberkan dari bahan GMO. Kandungan lain yang terdapat di dalamnya juga termasuklah pengawet dan pewarna tiruan.

9. Candy Bar & Coklat

Ini salah satu lagi makanan kegemaran anak-anak kecil. Coklat dan juga candy bar amatlah tinggi sangat kandungan gula dan pewarna tiruan untuk diberikan pada anak-anak kita.

10. Jus Buah Dalam Kotak

Selain air susu dalam kotak, jus buah dalam kotak juga tidak elok untuk anak-anak kita. Tidak ada satu jenis jus buah pun yang kita buat di rumah, tahan lebih daripada 3 hari kan. Ia juga sangatlah tinggi dengan kanduangan gula.

11. Creamer

Semua minuman segera atau 3 in 1 yang boleh dibancuh dan siap diminum segera. Elakkan lah daripada beri kepada anak-anak. Walaupun mudah sangat untuk dibuat, namun mudaratnya kepada kesihatan juga banyak.

12. Marjerin

Kalau hendak berikan makanan ini kepada anak-anak juga, cuba cari ‘pure butter’. Elakkan marjerin yang mempunyai kandungan transfat.

13. Pemanis tiruan

Pemanis tiruan ini sebenarnya banyak ada dalam makanan di pasaran. Namanya mungkin berbeza dan menggunakan nama saintifik seperti sucralose, aspartame, maltodextrin. Walaupun orang kata ianya pemanis yang sesuai untuk pesakit kencing manis, tapi cuba lihat dahulu bahan ramuan yang digunakan, mungkin ada pemanis tiruan macam ini.

14. Minyak Sayuran

Ini pula mungkin ramai para ibu tidak perasan. Elakkan menggunakan minyak jagung, matahari atau soya. Gunakan apa yang banyak ada di negara kita, minyak kelapa sawit dan minyak kelapa adalah antara pilihan yang baik

15. Mee Segera

Ini juga satu makanan yang sering kita makan termasuklah anak-anak yang sememangnya tidak baik untuk kesihatan kita iaitu mee segera. Bila buka sahaja plastik perencah, bau harum semerbak satu rumah kan. Makanan ini semestinya tinggi MSG dan perasa tiruan, itu yang membuatkan baunya menusuk ke hidung hingga mengaktifkan deria rasa kita.

16. Aneka Sos Dan Sapuan (Spread)

Ini pula pastinya kita suka sapu pada roti seperti mayonis, dan juga cicah dengan makanan seperti sos cili, sos tomato. Ianya mempunyai kandungan gula yang tinggi, MSG, pengawet dan perasa tiruan.

Menurut Dr Mazliana, makanan yang dinyatakan di atas ini semua adalah makanan yang tinggi radang dan boleh melambatkan proses penyembuhan. Justeru kita cuba sedaya upaya untuk elakkan dari memberi makan kepada anak-anak dan keluarga terutamanya apabila mereka sakit. Sama-sama kita cuba sediakan pilihan bahan makanan yang baik di rumah buat anak-anak. Ubat batuk dan selsema pun tak boleh bagi budak kecil tau, baca lanjut di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button